Beg plastik yang disumbat dalam bekas sampai penuh dan membukit malah kadang bersepah-sepah memang jadi situasi biasa di dapur rumah.
Kadang-kadang sakit mata lihat beg plastik ini tak tersusun. Supaya tak berserabut mata memandang, eloklah latih diri untuk lipat beg plastik ini setiap kali dapat waktu beli barang. Bila dah lipat kecil, lagi senang nak simpan dan dapur pun nampak lebih kemas.
Cara lipat
1. Setiap kali bawa balik plastik ke rumah, lipat dua plastik secara memanjang.
2. Kemudian lipat dua lagi sekali beg plastik, hingga jadi begini.
Ads
3. Mula dari bawah, lipat beg plastik jadi segi tiga dan selesaikan sampai hujung.
Ads
4. Tinggalkan sedikit di bahagian hujung dan selit pada celah lipatan yang dibuat.
5. Begini rupanya bila dah selit, beg plastik akan jadi bentuk segi tiga yang kecil dan lebih mudah disimpan dalam bekas.
Bila semua ahli keluarga ada di rumah waktu PKP ini kena ada banyak bahan makanan. Salah satu yang boleh kita buat banyak dan frozen untuk mudah masak bila-bila masa adalah donut.
Lagi best kalau dapat donut yang gebu gebas montok macam ini. Nak buat donut ini pun mudah sebenarnya cuma guna 4 bahan saja tapi hasilnya garing di luar, rangup di dalam. Caranya dikongsi oleh Eti Nur Syafiraa.
Cara buat donut gebu gebas hanya guna 4 bahan
Bahan A
1 paket yis Mauripan
2 sudu susu pekat
Setengah gelas air suam
Sedikit garam
Bahan B
850 gm tepung gandum
4 sudu besar marjerin
Cara membuat:
1. Bancuh yis mauripan dengan air suam setengah gelas (elak guna air panas sangat, nanti yis tak naik).
2. Tambah susu pekat 2 sudu besar. Masukkan sedikit garam. Tunggu sehingga yis naik dan berbuih.
3. Gaul tepung gandum bersama 4 sudu marjerin. Selepas gaul, masukkan bahan A, tambah sedikit air sehingga jadi doh.
4. Tunggu sehingga doh naik, kemudian boleh bentuk bulat-bulat atau guna acuan donut.
5.Rehatkan sekejap doh yang sudah dibentuk. Goreng dan toskan minyak.
6. Kemudian boleh letakkan topping mengikut cita rasa sama ada gula castor, coklat, atau Nutela. Hasil donut ini rangup di luar, lembut di dalam. Boleh buat banyak untuk disejukbeku.
Kalau minum minuman sejuk jadi tabiat kebanyakan dari kita mengunyah atau menggigit ais. Saja suka-suka tapi ramai tak tahu bahawa kita sedang merosakkan gigi sendiri.
Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar.
Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.
Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.
Gigi berlekuk
Ini dinamakan “Abfraction”. Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan “berlekuk”, terutamanya di bahagian leher gigi.
Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.
Kesan daripada “abfraction” ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.
Saluran saraf gigi mati mengejut
Mari saya ceritakan tentang makan ais ini. Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.
Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.
Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.
Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).
Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.
Tanah antara faktor utama yang menyumbang pada kesuburan tanaman kita. Ada yang dah siram cukup, baja tapi sayur atau pokok ditanam tak juga subur.
Jadi geram pula bila usaha bercucuk tanam tak nampak kan hasil sedangkan rakan-rakan lain melakukan hobi sama subur elok sayuran mereka.
Jika tanah jadi punca tanaman kita tak menjadi boleh cuba tip yang dikongsi oleh Aimah Raiyan tentang cara beliau menyuburkan kembali tanah sebelum menanam pokok atau sayuran baru. Kalau lihat perkongsian tanamannya memang geram. Elok subur belaka.
Cara suburkan tanah sebelum tanam semula pokok
Sebelum ini ada yang kata tanah saya ini memang sedia subur, sebab itu pokok selalu menjadi. Sebenarnya tak juga. Ada juga tanaman yang mati sebelum berhasil.
Tapi ini cara yang saya lakukan untuk suburkan semula tanah sebelum tanam pokok.
Ambil tanah kompos kemudian campur dengan tanah bakar + tinja haiwan proses (bukan yang fresh ya) nanti pokok mati. Campuran tanah yang digunakan semuanya agak-agak saja ya.
Ini tanah kompos yang siap sedia boleh guna. Kompos dari sisa kebun yang kami longgok tepi kebun. Kalau ada sisa sayur dapur pun kumpul di situ.
Biar atau simpan dulu tanah yang dicampur untuk sebulan dua. Kemudian campur cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus)+ kapur pertanian (bukan kapur masak). Boleh beli di kedai pertanian atau nusery.
Kalau ada kulit telur yang dah ditumbuk halus pun boleh campur sekali. Selepas gaul rata, biarkan dalam seminggu dua.
Kalau nampak ada rumput dah mula tumbuh bermakna dah boleh guna. Dah alih tanah, lepas seminggu boleh baja macam biasa.
Sebelah atas itu batas sebelum guna tanah yang dirawat. Nampak beza kan.
Tanah pun macam manusia, perlu diberi makan. Kena sabar juga ya.
Ini antara tanaman yang ditanam oleh Aimah Raiyan.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...