Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.
Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.
Cara buat lala masak pedas yang sedap
Bahan-bahan
1 mangkuk besar lala
3 tangkai cili besar merah
5-10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 batang serai -diketuk
Sos tiram
Serbuk Cukup Rasa
Cara membuat
1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.
Ads
2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.
3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.
4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.
Ads
5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.
6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.
Ads
7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.
Kaum wanita memang peka sangat bab rawatan kulit wajah. Ramai sanggup habiskan ratusan ringgit untuk beli satu produk saja sama ada untuk cerahkan wajah, hilangkan jerawat atau untuk pastikan kulit wajah glowing.
Tapi daripada belanjakan beli produk sebegini, tak salah kalau kita cuba petua kecantikan paling mudah dan murah.Tambahan pula ramai yang mengatakan ia berkesan. Caranya adalah dengan membuat skrub wajah dari tomato dan gula.
Dikongsi oleh Queendalisyarina yang mengamalkannya sejak sekian lama ia berkesan untuk membantu masalah jerawat, mencerahkan kulit wajah, mengecutkan pori-pori dan membuang sel kulit mati.
Paling best katanya ia juga melambatkan kedutan halus dari muncul. Cerita beliau pada usia 44 tahun belum ada kedutan yang muncul pada wajahnya.
Bahan yang diperlukan
Tomato (belah dua)
Gula perang atau putih
Caranya
Cuma celup bahagian permukaan tomato yang di belah pada gula.
2. Kemudian gosok pada keseluruhan wajah. Gosok beberapa kali dan biarkan seketika.
Selalu terjadi di simpang lampu isyarat atau traffic light lampu asyik merah saja. Lama sungguh tunggu untuk hijau.
Kadang-kadang kena tunggu lebih 199 saat. Kenapa jadi macam ni ya? Kalau nak tahu ia terjadi
kena sensor di traffic light tak dapat kesan kenderaan kita.
Supaya kita tak tunggu lama kena buat seperti apa disarankan oleh pengguna Twitter Fiq yang bekerja mengendalikan sistem lampu isyarat.
Perasan tak petak ini sebelum garisan putih?
Kenapa di simpang traffic light kadang-kadang patutnya giliran kita hijau tapi traffic light
skip dan beri orang lain jalan dulu? Ini penjelasannya.
Kalau perasan dekat dalam simpang traffic light sebelum garisan putih biasanya ada line petak. Ini dipanggil loop sensor.
Kena lalu atas petak ini
Pastikan kita langgar atau lalu atas loop sensor ini. Kalau tak, traffic light tak dapat nak hantar signal ke controller. Senang cerita, lampu merah akan lama.
Jika loop sensor ini rosak, lampur hijau pula akan jalan masa minimum lebih kurang 10 saat.
Sebab itu kadang-kadang hanya lepas 2 atau 3 buah kereta saja.
Loop sensor ini ada juga yang jenis guna kamera dan satu lagi berbentuk silinder kecil besar
balang biskut warna putih. Tapi dua jenis loop sensor ini jarang digunakan sebab mahal.
Fungsi loop sensor
Fungsi loop yang ada dalam turapan tar ini adalah untuk skip turn simpang yang tiada kenderaan dan satu lagi fungsinya untuk pendekkan masa jalan tersebut.
Contohnya, jalan itu tempoh lampu hijaunya 50 saat, tapi hanya 2 buah kereta saja jalan, dalam masa 5 saat kalau tiada orang langgar/lalu atas loop itu, lampu di simpang itu terus tukar jadi merah. Jadi tak perlulah nak kena tunggu sampai 50 saat. Jimat masa menunggu kereta di simpang lain.
Loop sensor ini sekiranya bila lalu sekali tak jadi, mungkin kena undur (pastikan kat belakang
tiada kenderaan) dan lalu sekali lagi.
Kalau asyik merah kena buat aduan
Kalau tak juga hijau maka boleh buat aduan di majlis perbandaran atau JKR. Begitu juga kalau ada traffic light semua lampu tak menyala atau semua lampu kuning berkelip
kelip.
Itu tandanya traffic light di simpang itu rosak. Kena hubungi atau buat aduan dekat
pihak berkenaan (JKR/majlis perbandaran/etc) untuk elak kemalangan.
Ramai yang masih guna kuali legend atau kuali yang lama serta sudah hitam permukaannya. Sebabnya dah terbiasa guna sejak dulu jadi kerja memasak rasa mudah dengan kuali legend ini.
Tapi ramai tak tahu kuali legend ini sebenarnya berpotensi mencetuskan kanser. Awas ya! Ini penjelasan daripada ahli kimia sendiri, Dr Fatimah Salim.
Kuali legend memang sedap guna untuk memasak tapi awas!
Gambar Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya? YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tip untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
1. Guna baking soda
Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
2. Rendam dengan sabun
Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
3. Guna cuka, asam keping
Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota:
Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, bolehlah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Semoga bermanfaat!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...