
Bagi yang punya laman luas selalu tumbuh pokok besar yang ada diantaranya tiada fungsi pun. Boleh jadi pokok buah yang tiada hasil atau pokok liar yang dibiarkan hingga tumbuh meninggi.
Pokok besar dan tinggi ini juga jika berhampiran dengan rumah boleh membahayakan kalau dahan patah atau tumbang. Nak upah pekerja untuk tebang pun boleh menelan kos yang tinggi. Boleh cecah RM1000 satu pokok.
Tapi bagi yang ingin jimatkan kos upah, ada kaedah yang boleh kita lakukan sendiri. Caranya dengan mematikan pokok tanpa perlu ditebang.
Kaedah untuk mematikan pokok besar ini dikongsi oleh Ejatt Jayy melalui akaun TikTok beliau. Pokok perlahan-lahan akan mati dan mereput sendiri.
Cara matikan pokok besar
1. Buat lubang pada batang pokok (atas sedikit dari pangkal) menggunakan cordless drill. Buat 3-4 lubang yang dalam.
2. Kemudian tuang atau masukkan racun untuk matikan pokok besar menggunakan syringe. Boleh guna racun Tri-Ester 32, KenLon, CH Triclopyr. Racun ini boleh kita beli secara online di Shopee. Bagi pokok ini Ejatt menggunakan racun Pure glyhosate Isopropylamine.
3. Suntik racun ini pada setiap lubang yang dibuat kemudian tutup lubang dengan tanah liat.
4. Selepas seminggu boleh lihat daun pokok akan menguning dan luruh, dahan mereput dan mati.
5. Selepas tiga minggu kita akan lihat pokok akan ‘botak’ dan mula mereput.
Cara ini sesuai dilakukan pada pokok yang berhampiran dengan rumah supaya tak tumbang dan merosakkan kediaman.
@ejattjayySalah satu kaedah untuk mematikan pokok besar guna cara 💉 racun kedalam batang pokok.♬ original sound – Ikmal Alif
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ejatt Jayy
Kita Bakal Berdepan Krisis Kewangan, Simpan Cash Sebanyak Yang Boleh! Persediaan Paling Penting

Wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia termasuk Malaysia memberi banyak impak pada kita. Bukan saja dari aspek kesihatan tapi juga ekonomi negara dan paling utama kewangan kita sendiri.
Kita terpaksa menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang mana kebanyakan kita tidak boleh keluar rumah untuk bekerja dan melakukan aktiviti biasa.
Sudah pasti perkara ini memberi kesannya kepada ekonomi negara dan kewangan kita bila ada yang dibuang kerja bila syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, mahu pun dipotong gaji dan elaun.
Simpan Cash Sebagai Tabung Kecemasan
Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk berdepan krisis kewangan yang bakal terjadi ini. Menurut Perunding hartanah Faizul Ridzuan paling penting untuk kita buat adalah berjimat dan menyimpan wang tunai sebanyak yang mampu untuk hadapi kemungkinan situasi yang lebih mencabar.
KITA BAKAL BERDEPAN DENGAN KRISIS KEWANGAN!
Tapi jangan panik! Ada beberapa perkara penting yang anda boleh lakukan SEKARANG untuk simpan lebihan cash sebagai emergency fund especially jika masih mempunyai pendapatan.
1) Gaji tetap: Simpan dan jimat penggunaan.
2) KWSP Akaun 2: Keluarkan saja RM500 setiap bulan untuk disimpan. Pakai hanya jika perlu/emergency sahaja.
3) Jika ada investment lain seperti rumah, emas, unit trust dll, simpan sebagai backup.
Ini adalah backup terakhir yang boleh digunakan. Kekalkan perlindungan life takaful/medical card pada masa getir ini.
4) Jika ada hutang di bank eg rumah, kereta dan personal loan, ambil kesempatan untuk TANGGUH BAYARAN dan simpan lebihan cash sebagai emergency savings.
Yang kaya dan mampu, kalau mau bayar, bayar ja tapi ini diguna pakai untuk golongan yang perlu extra savings dan extra cash especially yang rasa kedudukan career mereka dihujung tanduk.
5) Jika anda dapat full salary bulan ini dan merupakan kakitangan swasta yang bekerja di small company, expect juga salary cut by 30-70% for the next few months (expecting the worst is better to get yourself prepared).
Big company, jangan terlalu selesa juga. Expect the worst. Sebab in order untuk sustain their business, they have to do something (if you are the boss you will understand).
Sebab if they don’t, potensi mereka gulung tikar sekali dengan pembuangan kerja amatlah tinggi.
Keep the unemployment rate low. So win-win situation, you help your bos, your bos will help you too.
Better to get salary cut daripada tiada kerja langsung sebab ingat, during recession period, tiada or less employment opportunity.
Stay where you are now and hold on. Be kind to your boss and your boss will help you too.
6) Jika anda house owner or penyewa, expect juga tiada atau minimal house rental reduction.
Untuk house owner yang kaya dan mampu, yes they can give free rental to their loyal and good tenant.
Tapi bagi house owner yang mempunyai tempoh baki pinjaman yang masih panjang, please collect your house rental tapi boleh bagi diskaun (atas budi bicara anda sendiri) dan tengok status kewangan penyewa anda samada mereka ada salary cut atau jobless atau receive normal salary.
Sebab melihatkan kepada baki tempoh pinjaman anda di bank, jika tempoh pinjaman ada baki 30 tahun, interest vs principal yang anda bayar adalah 70% dari installment rumah (jumlah yang sangat besar).
You will pay now or later sama juga maksudnya it is a cost to you. Win-win situation juga. Be kind to your tenant and your tenant will survive and help you too.
Macam saya sendiri, saya hanya dapat bagi free rental kepada penyewa untuk bulan April sahaja sebagai tanda sedikit bantuan dan for next few month it will be not less than 70%.
At least your loyal tenant know that you are trying to help and they need to help us too untuk bayar sewa macam biasa + sedikit diskaun.
Jaga our loyal tenant pada masa ini sebab kelak susah dapat loyal and good payer tenant sepanjang tempoh krisis ini.
7) Jika anda berkemampuan, bersedekahlah walaupun sikit.
Insyaa Allah dalam rezeki anda yang mengalir, ada rezeki mereka yang kurang berkemampuan juga ☺️
8) Jika anda sudah ada emergency fund yang cukup baru lah fikir untuk beralih kepada penyelesaian hutang lama.
Eg melalui Moratorium, hutang/komitmen installment rumah + kereta + personal loan anda adalah RM2,000/sebulan.
Hutang kad kredit RM10,000. Anda hanya perlu 5 bulan untuk tutup hutang tersebut.
Tapi ini hanya sesuai bagi yang sudah cukup emergency savings ya. Priority disini adalah untuk kumpul emergency savings dahulu.
Just want to share awareness on the importance of getting prepare for recession now so at least you have more cash in hand as emergency saving especially yang masih ada peluang simpan sebanyak mungkin emergency fund, mulai bulan ini.
Sumber: Faizul Ridzuan
Dilema Ibu Bekerja dan Bayi Masih Menyusu, Ini 3 Persediaan Penting Perlu Anda Tahu

Ibu bekerja memang selalu ada masalah untuk memastikan stok susu sentiasa banyak. Mana nak kerja, mana nak buat stok susu. Namun anda boleh cuba ikut tip yang diberikan oleh ibu ini.
Paling utama anda kena tahu corak rutin penyusuan anak anda. Ada bayi yang kuat menyusu dan ada juga yang menyusu sedikit.
Pengasas Adrini’s melalui facebook, Nini Selamat berkongsi tip persediaan yang ibu bekerja perlu tahu demi memastikan stok susu sentiasa ada.
1. Kena ada pam susu
Ibu perlu peruntukkan sedikit bajet untuk membeli pam susu. Pilihlah pam elektrik untuk memudahkan ibu mengepam susu di tempat kerja. Sekarang pun ada pam yang boleh dicas menggunakan USB kan? Senang sangat.
Pilihlah pam susu yang tidak sakit apabila digunakan, buat ibu rasa selesa, tidak bising dan memudahkan pergerakan ibu. Ada macam-macam pam susu di pasaran. Pilihlah yang terbaik. Mahal atau murah bukan persoalannya. Namun keselesaan adalah pilihan utama.
Pam susu ada banyak range di pasaran. Yang penting pam tu jenis yang bila pam tak sakit, kita rasa selesa, tak bising dan memudahkan. Satu lagi, elakkan beli pam susu jenis yang macam hon basikal dulu-dulu tu.
2. Stok susu
Ibu yang hendak kembali bekerja selepas habis berpantang, perlu buat stok susu. Ini bagi memastikan bayi mendapat susu apabila diperlukan walaupun menggunakan botol susu.
Untuk mommy yang bekerja, stok susu tu adalah nyawa tau. Susu tumpah sikit pun dah rasa nak nangis sangat-sangat. Nak nak kalau yang pam susu kais pagi makan pagi tu.
Untuk stok susu, kita boleh mula buat stok bila susu matang dah keluar. Sebab selalunya 7 hari pertama tu kita akan fokus pada baby kita dan kita nak fahamkan pattern baby kita.
Korang boleh start minggu kedua bersalin. Ni yang di cadangkan. Kenapa? Sebab kita nak elakkan daripada terjadinya bengkak susu.
Awal-awal tu, kita mengepam bukan fokus nak simpan stok semata-mata ye. Ni semua untuk elakkan mastistis juga.
3. BACK TO WORK – sedia mental and fizikal
Ni lebih kepada emosi kita sendiri bila nak hantar anak pada pengasuh atau taska.
Inilah yang paling berat sekali nak buat kan? Nini dulu berkira-kira tau nak hantar awal ke tak. ???
Seminggu sebelum masuk kerja, kita dah latih hantar baby kita ke pengasuh. Time ni kita tengok patern PENyusuAN dia, berapa amount nak kena prepare, and aet time pumping dan lain-lain. Bila macam ni, mudah untuk kita handle sebab kita masih bercuti.
Sumber: Nini Selamat
Ramas Sotong Dengan Garam Sampai Berbuih Sebelum Masak, Teknik Sotong Kekal Pejal & Tak Berair Cara Nelayan Korea

Ramai yang praktik cara panaskan sotong atas kuali sampai kering air sebelum masak supaya sotong tak berair dan kekal pejal bila dah jadi lauk. Ini petua yang biasa kita buat.
Tapi Noris Nora berkongsi cara lain sikit dan lebih mudah. Caranya, basuh sotong guna garam sampai berbuih sebelum masak.
Menurutnya teknik ini dilakukan oleh nelayan Korea untuk memastikan sotong tak berair dan pejal. Ia telah dipelajari dan dipraktikkan setelah menonton satu program dokumentari dan ternyata memang menjadi.
Basuh guna garam, tip masak sotong tak berair dan kekal pejal
Berikut cara yang dikongsi oleh Noris;
1. Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki.
2. Taburkan garam kasar dalam satu-dua dalam bekas berisi sotong (boleh juga guna garam halus tapi lebih baik garam kasar).
3. Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar.
4. Ramas sampai keluar buih macam sabun. Ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong pejal.
5. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih sehingga hilang air buih air garam. Insya-Allah sotong tak masin jika basuh bersih.
6. Kemudian tos kan sotong dan bole masak seperti biasa. Insya-Allah sotong tak keluarkan banyak air dan pejal walaupun dah masak.
Hasil sambal sotong
Selamat mencuba.
Sumber: Noris Nora