Antara masalah biasa bila pakai sofa jenis PVC adalah ia selalu koyak. Mula-mula sikit tapi makin lama makin besar.
Ada yang tak sampai dua tahun pakai dah koyak tempat duduk atau bahagian tangan. Kalau ada yang berdepan masalah ini tapi tak mahu keluar modal banyak tukar tukar sofa baru boleh guna kaedah yang dikongsi oleh Izat Akmal ini.
Tak perlu tukar sarung PVC sebaliknya beli saja PVC cover, gunting dan gam. Selesai, bahagian koyak pun tak nampak.
Cara mudah baiki sofa PVC yang koyak
Sofa PVC ini dah pecah-pecah cover tempat duduk so kita baiki cara mudah untuk nampak baru semula. Selamat duit, sekurang-kurangnya bolehlah bertahan setahun lagi.
Nasihat saya jika nak beli sofa, belilah yg fabrik, lagi tahan lasak dari jenis PVC.
Beli PVC cover ni dalam Shoppe je. Selepas siap ukur, baru order. Harga, RM42. Klik SINI ini untuk beli.
Alatan: gam 3 second dan gunting. Itu saja
Kaedah: potong dan tampal dengan gam.
Ads
Ini antara bahagian yang rosak, arm rest dan tempat duduk. Gambar lain tak sempat ambil, dah siap baru teringat.
Dah siap 2 bahagian, tinggal 1 je lagi dengn arm rest.
Ads
Caranya cuma gunting PVC cover ikut ukuran kerusi dan tampal guna gam.
Dah siap, walaupun tak macam mula-mula beli dulu tapi boleh lah bertahan satu tahun lagi. Kalau rosak, kita ganti lagi.
Waffle antara makanan yang jadi kegemaran anak-anak dan orang dewasa juga. Sebab itu ramai yang membeli waffle maker untuk membuatnya sendiri di rumah.
Cuma untuk memastikan kita dapat hasil waffle yang rangup, sedap kena tahu cara membancuh adunan yang betul. Salah satu yang boleh diikuti adalah yang yang dikongsi oleh Nor Asiah.
Adunan ini menghasilkan waffle yang sedap dan rangup macam yang kita selalu beli. Garing di luar tapi lembut di dalam. Kelebihan buat sendiri waffle isinya boleh letak apa yang kita suka.
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air ATAU 1 cawan susu full cream + 1 1/2 air
3/4 cawan minyak masak/butter cair
2 biji telur
Sedikit esen vanila
2 sudu makan susu tepung
3 sudu gula kastor
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Cara membuat
1.Masuk semua bahan dalam mangkuk, pukul hingga sebati
2.Biar adunan 10-15 minit
3.Tuang adunan dalam bekas waffle. Biar hingga masak (saya letak suhu maksimum, tengok dah garing boleh angkat).
4. Dah garing angkat dan sapu inti yang disukai. Hasil waffle memang sedap, rangup. Garing di luar, lembut di dalam.
Kacang kuda rebus memang enak dimakan bila bersantai-santai di rumah. Rasa masin dan berlemak bila dikunyah itulah penyedapnya.
Cuma bila nak merebus kacang kuda ini selalu ambil masa yang lama dan ada juga yang tak menjadi. Supaya tak ambil masa yang lama untuk rebus kacang kuda ini boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Noremyza Ibrahim.
2. Masukkan air dalam rice cooker, bersama dengan daun kari, minyak masak dan ½sudu besar soda bikarbonat.
3. Bila air hampir mendidih baru masukkan kacang.
4. Bila kacang hampir empuk masukkan garam. Jangan letak awal nanti lambat lembut.
5. Selepas kacang empuk, tos airnya. Cara ini hanya memerlukan masa lebih kurang sejam saja, kacang akan cukup empuk, lemak dan masinnya.
Boleh gunakan cara ini;
1. Rendam kacang semalaman, esoknya tos air.
2. Masukkan kacang dalam periuk dan masukkan air hingga penuh. Buka api dan rebus seperti biasa. Jangan tambah air kerana akan buat kacang lambat lembut.
3. Bila air susut kecilkan api.
4. Letak garam atau perasa akhir sekali sebelum tutup api supaya tak keras.
5. Tutup api bila kacang sudah empuk. Tos air dan sedia untuk dimakan.
Beli kereta guna cash rugi ke untung? Persoalan ini mungkin bermain di fikiran mereka yang sedang merancang beli kenderaan dalam masa yang sama yakin dengan keadaan kewangan mereka.
Tapi sebelum buat keputusan beli kereta secara tunai kena tahu juga buruk baiknya.
Selain itu perlu juga tahu dalam keadaan bagaimana yang sesuai untuk kita beli kereta secara tunai ataupun buat pinjaman? Perkongsian dari Norizwan Azlan boleh dijadikan panduan.
Kalau lepas beli kereta terus poket kering, tiada simpanan sekurang-kurangnya enam bulan gaji itu tanda belum bersedia beli cash. Pastikan duit simpanan mencukupi untuk hadapi sebarang kecemasan selepas pembelian.
Kereta second hand yang murah lebih berbaloi dibayar tunai. Tak perlu pening fikir komitmen bulanan atau faedah pinjaman.Selain itu urusan pembelian juga mudah.
Jika kewangan stabil dan anda jenis tak suka berhutang, bayar sahaja tunai. Tapi pastikan masih ada baki simpanan selepas beli.
Kalau beli untuk kegunaan bisnes seperti buat kereta sewa, ehailing dan sebagainya bayar cash lebih fleksibel. Tak perlu risau nama masih terikat dengan bank. Beli cash lagi senang kalau kau nak jual balik cepat.
Dalam kes ini, lebih bijak guna loan supaya simpanan tak habis sekaligus. Duit simpanan boleh digunakan untuk keperluan lain.
Katalah ada RM100K cash. Boleh ambil beli kereta RM70K secara tunai. Tapi mungkin lebih elok kalau:
-Ambil loan dengan interest rendah (contoh: 2.5%)
-Gunakan duit cash untuk melabur di tempat yang boleh bagi pulangan lebih tinggi (contoh: 6-10%)
Dengan cara ni, duit tetap berkembang walaupun kena bayar kereta secara ansuran setiap bulan.
Contohnya: Ambil loan dengan interest rendah (2.5%), dan duit tunai dilaburkan dalam ASB yang beri pulangan 5-6%. Untung berganda.
Nak kahwin, bayar rumah, bantu keluarga — simpan duit dan ambil loan agar aliran tunai tidak terganggu.
Jika dapat loan dengan faedah sangat rendah (bawah 3%), lebih baik guna loan dan simpan cash untuk perkara lain. Contoh:
-Loan RM50K, dengan faedah 2.5% untuk 5 tahun dan DP RM5,000.
-Bayar faedah cuma sekitar RM5K je dalam tempoh 5 tahun.
Kalauada RM50K cash, lebih baik laburkan duit untuk buat lagi banyak untung dari 2.5%. Labur dalam ASB, return rate 5%, boleh dapat untung RM13k dalam tempoh 5 tahun.
Jika ada Hasrat nak beli rumah dalam masa beberapa tahun, loan kereta boleh tolong naikkan kredit score kalau bayaran ansuran cantik. Bank lagi senang nak luluskan loan rumah kalau rekod hutang cantik.
-Kereta bawah RM30K
-Ada simpanan kukuh
-Nak bebas hutang
-Beli kereta untuk bisnes jangka pendek
-Kereta baru atau mahal
-Nak simpan cash untuk pelaburan
-Ada banyak komitmen lain
-Dapat loan interest rendah
-Nak bina kredit skor untuk masa depan
Tip Tambahan: Kalau ambil loan, sebaiknya jangan lebih 5 tahun, jika mampu. Pinjaman yang pendek kurangkan beban faedah jangka panjang.
Apa pun pilihan anda, pastikan ia selari dengan keadaan kewangan dan matlamat hidup anda. Jangan ikut orang, ikut kemampuan sendiri.
NOTA: Apa yang dikongsi adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman bukanlah 100% betul dan tepat.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.