Cara mudah dapatkan sulur ubi keledek untuk tanam, boleh cambah tepi tingkap dapur saja. Kalau suka makan ubi keledek tak kiralah keledek manis, Jepun dan sebagainya bolehlah usahakan untuk tanam sendiri ikut tip ini.
Untuk mendapatkan benih atau sulur ubi keledek untuk tanam pun mudah sangat. Tak perlu beli benih bagai, kita sendiri boleh cambah tepi tingkap dapur. Beli keledek di kedai runcit untuk hasilkan benih pun boleh. Kaedahnya mudah ini dikongsi oleh Tariq Syahman.
1. Beli ubi keledek yang nak ditanam dari kedai/pasaraya/online.
2. Baringkan ubi dalam bekas berisi 3-4cm air.
3. Letak di tempat redup. Tepi tingkap dapur yang masuk cahaya matahari pun boleh.
4. Dalam masa 1-2 minggu, sulur akan mula keluar daripada ubi.
5. Selepas 1-2 minggu sulur keluar, cabut sulur dari ubi dan tanam ke tanah/pasu.
6. Ubi tadi biarkan saja di dalam air untuk keluarkan lebih banyak sulur, sampai ubi jadi kering.
7. Sebiji ubi boleh hasilkan 20-30 sulur.
6. Cara dapatkan sulur ubi keledek ini boleh digunakan untuk berbagai-bagai jenis ubi. Cubalah.
Sumber: Tariq Syahman.
Baca artikel: Tip Tanam Keledek Jepun Dalam Pasu Jika Nak Banyak Isi, Tanah Jangan Padat! Ini Sukatannya