Nak bercucuk tanam tapi malangnya tanah di laman rumah pulak keras atau tanah merah yang nak cangkul pun susah. Kalau macam ni memang tak hiduplah tanaman.

Jika keadaan tanah macam ini, jangan putus asa. Masih ada harapan untuk pulihkan tanah ini jadi gembur supaya sesuai untuk bercucuk tanam.

Boleh cuba petua yang dikongsi oleh Zawiyah Mohid. Caranya tanam kacang tanah!

Awalnya tanah merah, cangkul pun payah

Tanam Kacang Tanah, Petua Untuk Gemburkan Tanah Yang Keras Supaya Senang Nak Bercucuk Tanam

Alhamdulillah, cuba menanam kacang tanah tepi rumah, bila timbang dapatlah sekitar 6 kilo. Cukuplah makan anak beranak.

IKLAN

Kenapa saya tanam kacang tanah? Sebabnya ialah untuk pulihkan tanah agar gembur. Tanah di rumah ni merah awalnya sangat keras, apa lagi bila tak hujan. Memang jadi macam batu.

Waktu awal menanam saya terpaksa cangkul tanah keras setakat ada sedikit lekuk pada tanah, kemudian atas lekukkan itu saya bubuh tanah bakar hitam agar benih boleh bercambah dan tumbuh dengan elok.

Kalau tak letak tanah hitam, harus benih tak mahu tumbuh sebab keadaan tanah sangat keras.

IKLAN

Akar kacang tanam akan buat ‘kerja’ gemburkan tanah

Tanam Kacang Tanah, Petua Untuk Gemburkan Tanah Yang Keras Supaya Senang Nak Bercucuk Tanam

Saya buat sebab saya teringat pesan orang tua saya, katanya kalau nak gemburkan tanah dan nak bagi tanah elok, hidup maka tanam kacang tanah.

Nanti akar-akar pokok kacang tanah tu buat “kerja” untuk pulihkan tanah agar gembur. Tak tau apa kelebihan pada akar kacang tanah tu.

IKLAN

Tapi memang betul, lepas saya cabut pokok-pokok kacang, tanah jadi gembur dan mudah nak cangkul. Saya nak tanam yang lain pun akan jadi mudah nanti.

Tanam Kacang Tanah, Petua Untuk Gemburkan Tanah Yang Keras Supaya Senang Nak Bercucuk Tanam

 

Boleh amalkan petua ini ya kalau tanah di rumah macam ini. Selamat mencuba!

Selain itu:  Guna Air Filter Bukan Paip, Hasilnya 4 Bulan Saja Jerawat Serius Dah Pulih

Sumber:Zawiyah Mohid

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI