Tip penting jika masak telur mata supaya selamat dimakan, jangan biar lebih 4 jam

Semalam berlaku dua kematian akibat keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada makan telur mata. Mangsa dikatakan mengalami cirit birit, dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.

Berita ini sudah tentu memberi kerisauan kerana saban hari hidangan telur mata menjadi santapan kita. Justeru bagi mengelakkan kemudaratan berlaku akibat memakanan hidangan telur ini sebaiknya memerhatikan kebersihan dan keselamatannya supaya tidak membawa mudarat kepada kesihatan.

IKLAN

Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu kita praktikkan dalam penyediaan telur untuk dimakan.

Menurut laporan Public Health Malaysia telur ayam terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.

IKLAN
  • Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
  • Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).

Tip Penting Jika Masak Telur Mata Supaya Selamat Dimakan, Jangan Biar Lebih 4 Jam

IKLAN
  • Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
  • Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
  • Telur mata juga hendaklah dimakan dalam tempoh empat jam disediakan.
  • Kena pastikan telur masak sempurna jika masak dalam kuantiti banyak.

Sumber: Public Health Malaysia

 

Selain itu:  Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap & Tip Kuah Pekat
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI