
Isi Kandungan
Toggle
Koleksi bra/coli dan seluar dalam wanita selalunya banyak, sama juga dengan koleksi yang sudah tak muat.
Selalunya yang dah tak muat atau tak selesa kita akan simpan saja dalam almari kerana tak tahu macam mana nak melupuskannya.
Nak buang dalam tong sampah memang rasa tak selamat, maklumlah pakaian dalam adalah barang yang sangat peribadi. Mungkin juga boleh disalahguna oleh mereka yang ada niat tak baik.
Selain itu ada juga yang membakar bra dan panties lama, namun cara ini akan menyebabkan pencemaran dan juga mungkin bahaya. Mana mungkin nak membakar kalau duduk di rumah apartment atau teres. Tak logik pula.
Nak hantar hantar ke pusat recyle memang tak lah kan. Takkan nak derma coli yang pernah kita pakai.
Jadi bagaimana nak lupuskan coli dan panties lama kita? Paling selamat boleh ikut perkongsian dari blog ini.
1. Untuk bra/coli, keluarkan dawainya lalu gunting jadi potongan yang kecil seperti kain perca.
2. Kaedah yang sama juga boleh dilakukan untuk seluar dalam.
3. Selepas dipotong kecil boleh dibuang dalam tong sampah. Kalau rasa tak selamat juga, bahagikan potongan bra dan panties ini kepada beberapa bungkusan, sebelum dibuang dalam tong sampah. Lebih elok buang tong sampah yang khusus untuk kitar semula fabrik.
Jadi bolehlah ambil masa, kumpul dan gunting koleksi bra dan seluar dalam lama korang ya sebelum dibuang. Kalau ada cara lain boleh juga kongsikan.
Tip Penting Kalau Terlibat Kemalangan Teruk, Jangan Terus Sign & Guna Tow Truck Yang Datang. Ini Perkara Kena Buat

Isi Kandungan
ToggleKemalangan kereta memang tak boleh dijangka. Walau kita berhati-hati tapi ia boleh terjadi akibat kecuaian pihak lain pula.
Bila terlibat dalam kemalangan kita biasa akan panik, apatah lagi jika kali pertama mengalaminya. Boleh jadi ketika panik ini kita membuat tindakan atau keputusan yang kurang tepat dan melibatkan kos tambahan.
Ini antara yang dilalui oleh Syahrul Anuar. Terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk atau total lost ini pesanan beliau ini boleh jadi panduan juga untuk kita.
Ujar beliau jika terlibat dalam kemalangan jangan terus menerima khidmat tow truck atau kereta tunda yang paling awal muncul. Jangan terus tandatangan apa-apa dokumen ketika ini. Berikut adalah sebab dan penjelasan beliau.
Jangan buat kesilapan ini
Kami baru accident teruk. Kereta total loss! Jangan buat kesilapan yang kami buat ni. Ingat sampai bebila.
Waktu kami accident hari itu, within few minutes wife accident dia terus didatangi brother tow truck & minta dia sign. And she sign tanpa fikir. Ye lah, tengah panik & shocked kan.
So when i arrive, i decide to use Honda tow program. Malangnya call centre Honda tak angkat call. Jadi kena nego dengan brother tow truck untuk minta jasa baik dia bawa kereta ke workshop under Honda official.
Aku insist kalau kau tak bawak ke bengkel pilihan kami, saya takkan benarkan u tow. And aku record janji dia utk bawak ke official Honda repair centre.
Kenapa tak cancel je? Nak cancel kena bayar RM500 cancellation fee! Gila, padahal kos sebenar dalam invois tak sampai RM 250.
Alah, bengkel memana pon sama saja!Tidak semestinya! Sebab aku nak barang ori sebab kereta ada takaful yang boleh cover takaful. Sayang la kereta baru
Tapi ditakdirkan, kereta aku total loss. So takyah la repair! So, apa jadi lepas tu? Macam mana aku dapat cash back lepas accident?
Lepas accident
Jangan panik, jangan terima servis external tow truck selain yg berdaftar dengan takaful korang!
Nota : Post ini bukan bermotif nak burukkan third party tow truck. Matlamatnya, nak kongsi pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk orang ramai. Semoga Allah pelihara kita semua.
Jadi, lepas accident first thing kena;
1. Call official tow truck dari takaful company korang.
2. Segera ke balai polis buat laporan polis. Kat situ, polis akan ambil gambar dan keterangan. Kalau injured, pergi klinik dulu, baru ke balai. Ni abang polis cakap camtu.
3. Settle urusan laporan polis, korang kena print report polis di balai trafik. Simpan elok-elok. Memudahkan urusan claim nanti.
4. Lepas report polis, boleh singgah ke bengkel untuk ‘check in’ kereta korang (daftar).
5. Dalam sehari bekerja biasanya wakil bengkel kereta korang akan call minta dokumen
– Driver license
– IC
– Polis report
– Gambar (optional)
6. Pihak bengkel akan bantu submit claim report ke pihak takaful. Biasanya dalam 3 hari bekerja korang akan dapat notification dari takaful kata permohonan diterima.
7. Lepas permohonan diterima, pihak takaful akan arrange adjuster untuk asses keadaan kereta korang
– sama ada boleh dibaiki
– atau total loss
8. Ha, part adjuster ni kena bagi perhatian khusus kat mereka. Dalam beberapa hari, adjuster akan datang ke bengkel untuk tengok apa yg rosak dan keluarkan claim report. Untuk kes aku, 2 minggu juga aku push gila-gila. Last sekali dapat ke bos adjuster baru kes aku nak gerak.
9. So aku cakap ke adjuster, tolong tengok elok-elok. Kalau perlu total loss, total loss kan saja. Sebab apa guna repair, kalau esok-sok saya kena datang bengkel lagi.
“Kalau ni kereta u, u nak buat apa?”.
Aku psiko gitu ja. Tak tau la berkesan ke tak.
So lepas adjuster dapat report kerosakan, Adjuster akan submit ke Takaful
Kalau takaful puas hati dengan kos kerosakan dan justification adjuster, boleh mula repair
TAPI
Dalam kes aku, takaful aku tak puas hati tengok kerosakan quotation first
First result 7/6/22
Kos repair first quotation= RM 70k
Jadi, takaful suruh asses semula & STRICTLY DO NOT COMMENCE REPAIR. So terpaksa la aku tunggu 2 minggu lagi. 28 Jun baru dapat call dari takaful kata confirm total loss. Sebab kos rosak dekat RM 90k (beyond economic repair sebab more 80% sum insured). So 30 Jun aku dapat letter offer takaful untuk bayar full insured amount ke bank.
10. Jadi, aku pun kena dapatkan letter of undertaking dari bank maybank utk membolehkan takaful bayar ke akaun aku. Sini aku stuck 2 minggu sebab tak tahu nak call sapa. Rupanya kena pergi auto loan department maybank (kes aku di Jalan Kelang Lama). Sehari saja diorang proses surat.
Lepas dapat surat LoA dari bank dan up surat settlement baki kereta.
Aku kena submit dokumen claim ke takaful;
– Geran kereta ORI
– Kunci kereta ori
– Surat bank
– Lesen
– dan surat JPJ
Aku submit 26 Julai. Sumpah syukur;
1 Ogos, takaful bayar bank
2 Ogos, loan account dah kosong.
3 Ogos, dah dapat duit lebihan claim aku dari bank (sebab ada cashback)
Semoga bermanfaat.
Sumber: Syahrul Anuar.
Teknik Angkat Barang Berat Waktu Kemas Rumah. Kena Ikut Supaya Tulang Belakang Tak Sakit Atau Cedera

Isi Kandungan
ToggleSelalunya bila kemas rumah kita akan angkat barang termasuk yang berat tanpa memikirkan risikonya. Angkat sofa, meja, kotak berat, almari, tong gas dan sebagainya.
Kalau tiada yang bantu kita terus angkat sendiri tanpa memikirkan kesan pada tulang belakang terutama jika diangkat dengan cara yang salah.
Memang kita berupaya angkat tapi ingat ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang dan memberi kesan pada jangka masa panjang.
Mengangkat barang atau beban dengan cara yang salah bukan saja menyebabkan sakit belakang tapi juga boleh mengakibatkan masalah Muskuloskeletal disease disorders (MSDs).
Cara salah, angkat sambil bongkok
Mengangkat barang berat sambil membongkok atau bahagian belakang melengkung. Cara inilah yang boleh menyebabkan menjejaskan bahagian belakang.
3 cara betul angkat barang berat
1. Lurus belakang angkat
Rapatkan tubuh dengan barang berat sedekat. Semakin jauh beban dari badan, semakin ianya ditanggung berat.Angkat barang sambil meluruskan bahagian belakang. Cara ini beban barang turut disokong oleh tangan.
2. Cangkung, lurus angkat
Teknik ini sama seperti senaman squad. Pastikan barang yang berat perlu diangkat dekat dengan badan. Duduk mengcangkung kemudian angkat sambil meluruskan bahagian belakang.
3. Bengkok lutut, belakang lurus
Bengkokkan satu lutut mencecah lantai, dan satu lagi dibengkokkan 90 darjah. Angkat barang dengan bahagian belakang diluruskan. Teknik ini sesuai untuk barang yang tidak berapa berat (rujuk video).
Perkara penting yang perlu diingat ketika mengangkat barang berat adalah memastikan bahagian belakang lurus bukan melengkung atau membongkok.
Buat Sendiri Garlic Chili Oil Guna 3 Bahan Saja. Inilah Penyedap Bubur Nasi & Sup

Isi Kandungan
ToggleGarlic Chili Oil ini memang elok sedia siap-siap di dapur. Kalau makan sup, bubur memang sedap kalau tambah bahan ini. Cicah dengan dumpling pun sedap. Letak dalam nasi goreng Cina pun layan.
Berbaloi buat sendiri sebab ia penyedap hidangan yang mudah sangat disediakan. Guna tiga bahan saja dan tak sampai 10 minit dah siap.
Untuk lebih senang ikut panduan yang disediakan oleh Zurina Zulkefli yang sudi berkongsi resipi garlic chili oil yang dijual sebelum ini.
Garlic cili oil, senang saja buatnya
Dulu saya berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resipi, senang saja semua orang boleh buat.
3 bahan-bahan
- 2 sudu besar chili flakes (ini chili flakes Korea Gochugaru, sebelum ini saya guna jenama Meriah RM2 saja, sedap)
- Rempah 4 sekawan
- 7 ulas bawang putih dicincang halus – lagi halus cincang lagi rangup.
Cara membuat
1. Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
2. Masukkan dahulu rempah 4 sekawan.
3. Kemudian masukkan bawang putih, kacau.
4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan, sebab kita tak nak garlic rasa pahit.
5. Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.
Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
Siap.
6. Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.
Letak dalam bubur nasi, dan sup memang sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Zurina Zulkefli