Buat agar-agar ni nampak senang tapi ramai juga yang buat tak menjadi. Sebab utama adalah kerana salah sukatan air. Kurang air keras, terlebih air lembik berair pulak.
Jadi macam mana sukatan air yang tepat supaya agar-agar kita menjadi. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaleha Rusli ini.
Tip untuk beginner masak agar-agar dengan cantik
1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.
2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya mesti dipadatkan. Contoh seperti dalam gambar.
Ads
3. Nisbah agar-agar dengan air/apa apa cecair(termasuk susu/santan dsb) adalah seperti berikut:
Ads
Nisbah Agar-agar : Cecair
1 bekas agar-agar : 4 bekas air (hasilnya : keras-keras manja tapi kalau suka keras sikit ok dah cantik )
1 bekas agar agar : 4.5 bekas air (hasilnya : sedang-sedang saja)
1 bekas agar-agar : 5 bekas air (hasilnya : lembut. tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat).
4. Nisbah air 4 atau 5 bekas ikut kekentalan yg disukai. Contoh anggaran agar-agar dalam 1 gelas, maka letak sukatan airnya 4 ke 5 gelas ikut kekentalan agar-agar yang kita mahu.
Ads
5. Jika letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas.
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention, di Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, di platform Zoom, pada 15 April 2022.
Sesi taklimat tersebut disertai oleh wakil media seperti TV AlHijrah, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily, dan Denaihati.com.
World #QuranHour kali ke 7 dengan tajuk “Dunia Bersujud” akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022. Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Tiga program utama tersebut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari.
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Pengasas WUIF dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif, WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi maklumat mengenai penganjuran World #QuranHour 1443H/2022.
Sementara itu, TV Al-Hijrah yang diwakili oleh Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Pengurus Penerbitan, Mohd Ashrudy Borhan memberi taklimat teknikal kepada rakan Sinergi Media.
Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.
Basuh baju putih tapi tercampur dengan pakaian lain yang luntur warna. Sudahnya baju putih kesayangan jadi bertompok-tompok dengan warna lain. Memang stres kalau jadi begini.
Tapi jangan pula sampai nak buang baju putih tu, sebab cara nak tanggalkan kesan tompok berwarna ini mudah saja. Tak perlu susah hati atau beli baru.
Periuk yang bersih
Air secukupnya
Sabun cuci 1 sudu
1. Isi air dalam periuk secukupnya.
2. Masukan 1 sudu sabun (jangan lebih buih sabun akan melimpah ketika air mendidih).
3. Masukkan pakaian yang terkena luntur dan didihkan. Gaulkan pakaian ketika air dah mendidih agar air panas sebati pada semua pakaian tadi.
4. Cara ini akan menanggalkan warna pada pakaian putih tadi.
5. Gaul dalam 5 minit, atau sehingga kita pasti warna luntur sudah hilang.
Kemudian angkat dan basuhlah sebersihnya pakaian tadi dan boleh terus keringkan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...