Selain cili padi, cili besar satu lagi pokok cili yang boleh kita tanam di rumah adalah cili jambak. Memang seronok tengok jika jika pokok cili ini berbuah, macam bunga mekarnya. Berbaloi kalau tanam.
Bagi yang nak cuba, perkongsian Adam Harris Mohd Shaifullah boleh dijadikan panduan untuk menanamnya di laman rumah sendiri.
Tanam cili jambak seperti jambangan bunga
Langkah 1 :
– Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8 jam atau 1 malam .
– Tujuan rendam ini untuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.
– Seeloknya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai, air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.
Langkah 2 :
– Keringkan benih yang sudah direndam mengunakan penapis, kertas atau tisu. Tujuan kering ini supaya mudah untuk disemai dan benih mudah untuk dikendalikan.
Langkah 3 :
– Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih.
– Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.
Langkah 4 :
– Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam.
Ads
– Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.
Langkah 5 :
– Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut.
– Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.
Langkah 6 :
– Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam keseluruhan selama 3 ke 5 hari.
– Hari ke 3 hingga 5 benih sudah mula bercambah. Anda boleh mengalihkan sungkupan plastik hitam tadi.
Ads
Langkah 7 :
– Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2 helai daun. Alih kan benih ke kawasan yang menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.
– Siram setiap pagi dan petang. Letakkan di tepi rumah atau pakai net hitam.
Langkah 8 :
– Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit (beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh juga gunakan baja organik.
– Setelah usia 2 minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alihkan pula ke pasu, polybag atau atas tanah.
Langkah 9 :
– Baja pokok setiap 1 minggu atau 2 minggu sekali. Untuk pokok yang bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali.
Ads
– Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah. Jika anda menggunakan baja biji NPK, berhenti guna baja apabila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.
Nota: Tip di atas juga boleh digunakan pada semua jenis cili.
Tanam sayur guna tali mop, macam mana tu? Ini sebenarnya kaedah tanam sayur yang memudahkan penjagaan.
Beberapa hari tak siram pun tiada masalah, pokok sayur tetap subur.
Cara penanaman dikongsi oleh Mai Vo Dyakonov. Untuk kali ini beliau berkongsi cara penanaman pokok sup menggunakan kaedah tali mop.
1. Sediakan bahan-bahan ini;
-Tanah campur (10 dalam 1 campur dengan sedikit tanah merah)
-Pasu
-Bekas yang lebih besar dari pasu
-Batu-batu
-Tali mop (pastikan yang tebal)
-Benih pokok sup
2. Terlebih dahulu sediakan benih pokok sup. Caranya ambil saja daun sup yang dibeli di pasar, potong bahagian pangkal dan rendam dalam air selama dua hari atau sehingga tumbuh akar baru.
3. Sediakan tali mop, tarik tali ini satu persatu sebanyak mana yang kita perlukan.
4. Masukkan tali mop dalam lubang pasu. Pastikan tali mop terjuntai keluar.
5. Seterusnya masukkan batu-batu tadi diikuti dengan tanam campur dalam pasu. Masuk tanah hingga menutup semua tali mop.
6. Basahkan tanah kemudian buat lubang, dan tanam benih pokok sup tadi.
7. Ambil bekas besar dan masukkan air di dalamnya kemudian letak pasu. Pastikan air menenggelami tali mop tadi.
8. Cara ini pokok tak perlu disiram. Selepas 3-4 hari periksa air, jika kering tambah air.
Ini keadaan tali mop yang terendam dalam bekas berisi air. Ia berfungsi menyalurkan kelembapan pada tanah.
INFO: Untuk cara penanaman ini lebih sesuai menggunakan baja jenis cecair AB. Campur air mengikut sukatan yang tertera pada botol kemudian baru tuang dalam bekas bawah pasu.
Inilah hasil pokok sup yang ditanam menggunakan kaedah tali mop
Baru lepas gaji, ramai yang membeli kasut baru. Tapi satu masalah bila nak pakai kasut baru dibeli ini adalah selalu saja terjadi melecet.
Sakit wey! Antara petua biasa yang kita dengar untuk elak melecet adalah gigit dulu kasut sebelum pakai.
Gigit dulu pasut baru sebelum pakai sebelum kasut gigit kaki kita. Ini antara petua biasa untuk mencegah melecet bila kita memakai kasut baru.
Tapi cara ni tak berkesan pun, tetap kena. Sakit wey! Sebenarnya tak perlu gigit pun ada cara lain yang berkesan untuk elak melecet ini. Kita saja tak tahu. Boleh ikut cara ini ya.
Pakai plaster
Ini yang paling biasa kita lakukan lepas beli kasut baru, sedia siap-siap plaster untuk ditampal pada bahadian atas tumit dan jari kaki.
2. Tabur bedak dalam kasut
Tabur bedak di bahagian dalam kasut dan juga tepi kasut. Bedak akan melicinkan bahagian kasut sekaligus mengurangkan geseran yang boleh menyebabkan kaki melecet. Selain itu kasut juga akan berbau harum.
3. Sapu deodorant pada kaki dan kasut
Kegunaan deodorant bukan saja untuk mengelakkan ketiak berbau tapi juga untuk mencegah kaki melecet. Tapi pastikan korang menggunakan deodarant jenis roll on bukan jenis semburan.
Sapu pada sekeliling kasut dan bahagian yang boleh menyebabkan melecet. Fungsi deodorant ini sama seperti bedak untuk melicinkan permukaan bagi mengelakkan geseran penyebab melecet.
4. Bekukan air dalam kasut
Masukkan air dalam plastik, kemudian letak dalam kasut. Balut dan masukkan dalam freezer, biarkan air tadi beku selama semalaman. Tujuannya adalah untuk mengembangkan saiz kasut supaya selesa bila kita memakainya.
Tampal tape
Bagi mengelakkan melecet pada bahagian jari, boleh tampal tape pada jari kaki sebelum mengenakan kasut.
6. Stokin dan pengering rambut
Pakai stoking yang tebal kemudian sarungkan kasut yang baru dibeli. Ambil pengering rambut lalu halakan wap panas pada bahagian dalam kasut. Ia membantu melonggarkan kasut yang ketat yang selalu menjadi punca kaki melecet.
Berseri laman dihias dengan pokok bunga ros atau mawar. Bukan sekadar cantik, bau pun harum.
Tapi biasa terjadi bila tanam pokok ros, bunga yang keluar tak banyak, sekadar boleh kira dengan jari. Sampai kita ternanti-nanti bila nak berbunga lagi.
Jika pokok bunga ros tak berbunga lebat, boleh ikut petua yang dikongsi oleh Puan Nozi Abdul Ghani. Petua mudah, tapi sekali berbunga 50 kuntum. Meriah!
Sekali berbunga 50 kuntum, ini petuanya
Hari ni saya share tip pokok bunga ros sentiasa berbunga tak putus. Caranya;
1. Bila basuh beras, simpan airnya. Apabila keluarkan ikan dari freezer untuk dimasak rendam dalam air beras tadi.
2. Kulit bawang yang dikupas untuk masakan juga boleh masukkan sekali dalam air beras tadi.
3. Siram pokok ros setiap hari menggunakan air ini.
Alhamdulillah tak pernah pakai baja selain selain air ini. Sekali berbunga 50 kuntum.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...