Cara Tanam Pokok Jambu Madu Paling Mudah, Kerat Ranting Dan Semai. Banyak Pokok Boleh Dapat

Share

Pokok jambu madu antara pokok buah yang selalu ditanam keliling rumah. Jika ada pokok yang elok hasilnya dan berhajat untuk tanam lebih banyak pokok jambu jenis ini boleh guna cara ini.

Semai guna keratan saja, caranya mudah dan langkahnya dikongsi oleh saudara Pyan Sempoi. Kaedah ini membolehkan kita dapat banyak anak pokok. Alang-alang cantas ranting boleh semai sekali.

Cara semai keratan pokok jambu madu

1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda & tidak terlalu tua.

2. Potong dan buang pucuk/daun/duri, sisakan 2-3 daun sahaja. Potong separuh daun-daun yang ditinggalkan ini. Rendam seketik dalam air penggalak akar.

3. Cucuk ranting ke media yang lembap. Saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam dan masuk dalam bekas. Padatkan media di sekeliling keratan supaya tak bergoyang.

4. Sungkup menggunakan plastik atau apa-apa yang sesuai. Saya guna cawan plastik atas bawah. Letak di tempat teduh sampai keluar tunas baru & akar.

5. Siram sedikit saja jika media nampak dah kering. Waktu siram buka sungkup kemudian tutup semula.

6. Boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil. Ini adalah hasil pokok jambu madu yang disemai guna keratan.

Selain pokok jambu madu, kaedah ini juga boleh digunakan untuk pokok limau kasturi. Langkahnya sama saja.

Sumber: Pyan Sempoi

Subscribe juga YouTube channel Vanilla Kismis untuk video menarik.

 

IKLAN