Cara Tanam Sayur Guna Sarang Telur, Dah Semai Biji Benih Simpan Tempat Gelap

Share

Dah guna semua telur, sarangnya jangan buang terutama kalau kat rumah selalu bercucuk tanam. Boleh recyle untuk tanam pokok pula atau lebih tepat boleh buat sebagai bekas semaian.

Caranya sama saja macam kita tanam dalam tray semaian. Dikongsi oleh pengguna Tik Tok cikgufitriagroponik

ini langkah yang boleh dilakukan jika nak gunakan sarang telur sebagai bekas semaian.

1. Sediakan sarang telur kemudian penuhkan setiap lubang sarang telur dengan media tanah campuran.

2. Kemudian buat lubang dengan cara menekan jari telunjuk dalam setiap lubang sarang di bahagian tengahnya.

3. Selepas itu bolehlah masukkan biji benih sayuran yang hendak ditanam.  Tutup lubang tadi dengan tanah.

4. Spray dengan air dan simpan bekas semaian dari sarang telur ini di tempat yang tertutup dan gelap untuk cepatkan proses percambahan.

5. Selepas bercambah kena keluarkan supaya kena cahaya matahari. Alihkan anak benih ke polibeg, batas ataupun pasu.

Foto: https://nd-akma.blogspot.com/

Semoga bermanfaat.  Selamat mencuba

Artikel berkait:

Guna Sarang Telur, Tip Mudah Elak Rumput Tumbuh Di Laman. Setahun Tak Payah Potong

Sumber: cikgufitriagroponik

 

IKLAN