
Nampak macam senang nak tanam serai, tapi ada juga yang tak menjadi. Sebenarnya nak tanam serai ni pun kena tahu caranya, bukan pakai cucuk dalam tanah saja.
Kalau silap cara lambat bertunas. Jika nak cepat ikut langkah yang dikongsi Azyan Syazwani ini.
Cara tanam serai supaya cepat bertunas
Sebelum ini cara yang dilakukan dengan mencucuk terus ke tanah. Hidup memang hidup cuma ambil masa nak bertunas. Tapi lepas ikut cara ini nampak bezanya, serai lagi cepat bertunas dan subur.
1. Potong serai tinggalkan balance seinci. Ubi/isinya boleh guna utk masak. Tak ada lah membazir.
2. Kemudian rendam serai tu dengan air. Air tak payah banyak sangat. Cukup sekadar paras untuk akar keluar.
3. Pastikan keadaan serai susun berdiri/tegak.

4. Lepas tu biarkan serai terendam. Kalau air kurang dari sehari ke sehari tambah lah airnya.
5. Insyaallah dalam beberapa hari muncul la akar. Lepas itu muncul tunas pokok-pokok baru.
6. Dah keluar 2 3 tunas anak pokok, boleh lah pindahkan ke tanah.
Selamat mencuba!
Sumber:Azyan Syazwani
Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar

Bila baby dah dapat kaki, biasanya dia juga akan mula pandai menyelongkar. Almari dapur jadi lokasi kesukaan untuk disepahkan mangkuk, periuk dan sebagainya.
Tapi paling tensen bila baby selongkar almari atau drawer bajunya sendiri, bersepah dibuatnya. Penatnya nak lipat semula, dah la baju baby ni kecil, nak lipat memang renyah.
Sebenarnya ada cara untuk elak mak-mak lipat semula baju yang dilembang oleh baby. Caranya dengan buat teknik lipatan ‘tuck in’. Walau diselongkar, dilempar baju baby tetap dalam keadaan berlipat.
Caranya dikongsi oleh Ojie Ismail yang turut mengalami pengalaman yang sama.
Konsep lipat baju tuck in
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab selongkarlah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila anak dah puas selongkar sampai laci kosong, ibu-ibu hanya perlu susunkan semula saja. Dah tak payah lipat balik. Cuma kemaskan lipatan jika perlu.
Step by step lipatan
1. Butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
2. Terbalikkan baju.
3. Letak seluar, lipat kaki seluar ikut panjang baju.
4. Lipat bahagian badan baju. Pastikan bahagian bahu lurus untuk buat ‘pocket’
5. Lipat lengan baju.
6. Lipat lagi sebelah.
7. Lipat 1/3 baju.
8. Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.
9. Dah siap dan kemaskan lipatan.
Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju. Nak pilih baju pun senang. Ini baju petang dan malam.


Teknik lipatan tuala, kain lampin, selimut, sapu tangan
Ini pula teknik lipatan untuk kain segi empat sama.
Susun lah ikut kreativiti & citarasa masing-masing, yang penting nampak kemas, teratur dan mudah diambil.
Sumber: Ojie Ismail
Hasil Diet Eat Clean, Macam Tak Percaya Lihat Penampilan Terbaru Cikgu Azlina Ina. Turun Hampir 50 KG!

Tidak lokek berkongsi ilmu masakan terutamanya kek dan kuih muih menjadikan Azlina Ina Fans cukup dikenali di media sosial khususnya kaum wanita yang kaki masak.
Tapi kini selain popular kerana ribuan resipi yang dikongsi dengan bahasa yang santai, Azlina juga dikagumi kerana penampilannya cukup berbeza berbanding setahun nan lalu.
Ramai yang terinspirasi dengan kesungguhan cikgu memasak ini menurunkan berat badan. Dari 98 KG, dalam masa tak sampai setahun dia sudah berjaya menurunkan 46kg hasil diet eat clean yang diamalkan.
Paling best dengan berat terkini 52 KG bukan bentuk badannya saja berubah tapi juga wajahnya. Memang ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia melakukannya dan ini adalah perkongsian dari Azlina.
Amal eat clean, puasa sunat & bersenam sendiri
- Perkongsian dgn follower di sini. Diet cara yg betul, jgn memaksa diri. Diet itu untuk seumur hidup bukan 21 hari.
- Cari diet yg boleh kita ikut sampai mati bukan sebulan selepas tu ko membadak balik.
- Mana yg tak yakin boleh kurus, kena print gambar ini tampal kat peti ais? No ubat or jamu no supliment.
- Jangan buang duit bayar pada benda yg tak perlu pun untuk kurus. Lets wake up. Duit beli benda merepek tu sila beli kan gelang coco!
- Eat clean dan berpuasa sunat + senam sendiri aerobik.
Makan bahan yang ada di rumah saja
- Tempoh Ogos 98kg – Mei 57kg (naik sket masa raya)
- Makan bahan asas- semua bahan yg ada di rumah kecuali sarapan gantikan dgn roti whole meal dan sapuan Jiff atau Yagood.
- Kalau takde makan je la roti telur goreng tanpa minyak. Tukar-tukar dgn rolled oat plus susu farm fresh dan buah. Boleh rujuk cara buat kat search taip overnight rolled oat azlina ina.
- Gantikan gula dgn raw canes sugar ada juga 99 Speed Mart /stevia atau gula organic.
Ganti garam dengan rock salt dan atau himalaya garam bukit’.
- Minuman tukar dari cafein kepada lemon + madu dan air suam.
- Banyakkan minum air kosong.
- Nasi makan dari beras biasa, minyak pun biasa.
- Makan ikan biasa, kembung pun boleh
Mudah kan! Siapa kata diet susah? Asal kan sabar, bukan hari ni diet esok nak kurus. Kalau dah gemuk 20 tahun takkan boleh kurus 2 hari. Podah!
Sumber: Azlina Ina Fans
Cara Buat Penyiram Auto Dari Botol Mineral, Pokok Tak layu Kalau Kena Tinggal Balik Kampung

Kalau tanam bunga atau sayur di rumah memang mudah sangat layu kalau terlupa siram. Apa lagi jika kena tinggal lama bila balik kampung atau kena pergi outstation.
Supaya pokok kekal disiram sepanjang ketiadaan di rumah kita boleh DIY penyiram auto dari botol mineral seperti dikongsi oleh Jason Jezi. Balik kampung untuk cuti raya nanti boleh buat.
Cara buat penyiram auto mudah
1. Sediakan botol mineral kecil, jika nak tinggal lama boleh gunakan botol yang besar.
2. Buat lubang pada bawah botol dan juga penutup botol.
3. Cucuk skru kecil pada lubang di penutup botol. Buka sikit skru ini supa dapat mengalirkan air.
4. Ambil 2 batang kayu chop stik atau lidi sate dan lilitkan dengan selotep.
5. Isi air dalam botol, terbalikkan. Cucuk kayu ke dalam pasu tanaman. Anda akan dapati air akan menitis melalui skru pada penutup botol.
6. Air siraman ini akan bertahan selama lebih kurang 3 hari. Jika nak lebih lama, boleh guna botol besar lagi.
Boleh juga tonton DIY ini di TikTok Jason Jezi
@jason_jezi Balik kampung pokok bunga tak ada org jaga. Cara ni dapat bantu #auto siram pokok #Tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #tips #hack ♬ original sound – what happened to us.
Selamat mencuba