Dah masuk hujung tahun, tabung duit syiling yang kita kumpul pun pun mungkin dah penuh. Tak payah susah-susah nak kira, bawa saja semua duit syiling ke mesin duit syiling yang ada di bank.

Mesin akan kira siap-siap dan duit pun terus masuk dalam akaun. Senang kan. Kalau kali pertama nak tukar boleh baca dulu langkah yang dikongsi oleh Anan Adli ini.

1. Pergi ke cawangan yang ada mesin ini. Tak semua cawangan Maybank ada. Untuk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.

Cara Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank, Duit Terus Masuk Akaun

2. Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ini akan asingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima ya.

Cara Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank, Duit Terus Masuk Akaun

IKLAN

3.Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yangg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.

4.Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, nombor akaun dan juga no. telefon.

Cara Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank, Duit Terus Masuk Akaun

IKLAN

5.Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, no akaun dan jumlah wang syiling yangg dah di deposit tadi.

Cara Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank, Duit Terus Masuk Akaun
Ini yang orang lain punya ya, saya punya terlupa nak ambil gambar. Tapi macam nilah resitnya.

6. Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke akaun petang nanti (kalau pergi pagi).

Cara Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank, Duit Terus Masuk Akaun

IKLAN

INFO

  • Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Mana tahu mesin under maintenance, dah takde ke kan. Buang masa je datang.
  •  Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ini ikut waktu operasi bank, bukan macam cash deposit machine. Sebab resit kena bagi balik di kaunter khidmat pelanggan.
  • Resit hanya valid satu hari saja. Lepas dapat resit dari mesin, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan pergi esok pulak.
  • Kalau rajin boleh kira dulu jumlah syiling untuk make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.
Selain itu:  10 Petua Wanita Boleh Amal Atasi Masalah Bibir Hitam Dan Kusam

Maybank Coin Deposit Machine (senarai diambil dari laman web Maybank2U)
KL Main Branch
Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
Shah Alam Main Branch
USJ Subang Jaya Branch
Seremban Branch
Jelapang Branch
Melaka Main Branch
Johor Bahru Main Branch
Jelutong Branch
Alor Star Branch
Taman Tas Branch
Kuala Terengganu Branch
Kota Bharu Branch
Wisma Satok Branch
Kota Kinabalu Branch
Rawang Branch
Bandar Baru Selayang Branch
Bandar Sunway Branch
Equine Park Branch
Station 18, Ipoh Branch
Skudai Branch
Batu Pahat Branch
Prai Industrial Estate Branch
Legenda Heights Branch
Pulau Langkawi Branch
Paka Branch
Tanah Merah Branch
Mutiara Damansara Branch

Bagi CIMB untuk mengetahui cawangan yang ada mesin deposit syiling boleh klik SINI

Semoga bermanfaat

Sumber: Anan Adli

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI