Jadi perkara biasa sofa jenis fabrik bila dah lama akan timbul kesan tompokan dek air tertumpah, kotoran dan macam macam lagi.
Ada yang dah macam peta keadaannya, lagi jelas kelihatan kalau sofa warnanya cerah. Ramai yang beli macam-macam produk pembersih untuk hilangkannya malah ada yang panggil tukang cuci untuk selesaikan masalah ini.
Sebenarnya cara untuk hilangkan kesan tompokan di sofa ini sangatlah mudah, tak perlu beli apa-apa pencucuk cuma guna air suam yang panas. Caranya dikongsi oleh Diya Ibrahim berdasarkan pengalaman beliau.
Cuma guna air suam panas hilang tompok kotor pada sofa
Terima kasih kepada yang share tips hilangkan kesan tompok pada sofa guna kain lap dan air suam panas. Memang berkesan. Sebelum ini guna foam wash tapi rupanya ada tip yang lebih jimat. Caranya;
- Sediakan air suam yang panas, agak-agak tangan boleh pegang.
- Lembapkan kain lap dengan air suam panas tadi, perah sedikit supaya lembap kemudian tonyoh atau gosok pada kesan tompokan.
- Kemudian lap atau tekan-tekan sofa tadi dengan kain yang kering.
- Tak perlu jemur, cuma biarkan sofa tadi di bawah kipas untuk keringkan.
Ini hasilnya
Sebelum – Maaf gambar sebelum sebelah kanan tu saya dah lap guna kain basah tak kering lagi. Bahagian hujung kini tompokan asal pada sofa.
Selepas– ini hasil selepas kering, memang hilang kesan tompok pada bahagian yang digosok dengan air panas.
Semoga bermanfaat
Sumber: Diya Ibrahim