Kalau tak pandai masak kari ayam atau dah masak kari ayam tapi rasa asyik tak kena cita rasa boleh guna pula cara yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Ujar beliau jika dulu dia juga tak mahir masak kari ayam, selalu saja masak tapi tak menjadi. Sampailah berjumpa cara masak kari ini. Memang sedap sangat dan perlu dicuba. Kuahnya memang pekat, belum masuk lagi aromanya yang menggetar selera.
Cara masak kari ayam pekat, sedap!
1. Sebelum mula, nak beritahu: Kalau guna bawang merah ros lagi sedap. Kalau tak ada pes bawang putih dan halia, sagat yang segar. Tairu tu adalah susu masam. Boleh juga guna yogurt.
2. Cincang bawang merah, dan tumis sehingga layu dan beraroma. Saya guna banyak bawang. Kalau bawang besar, guna 2 biji. Kalau bawang merah ros, gunalah dalam 6-8 biji.
3. Kemudian, tumis pes halia dan bawang putih. Saya sebenarnya tak pandai masak kari. Selalu masak tak jadi sedap. Bila cuba resepi ni, menjadi pula. Jadi nak kongsilah dekat kau orang.
4. Ini halba campuran. Ada halba, jintan dan biji sawi. Masukkan dan tumis sampai harum. Letak rempah ni, kari jadi sedap tapi jangan banyak sangat tau, nanti jadi pahit maung.
Ads
6. OK masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis!Ada orang bancuh dulu, tapi saya biasa tak bancuh. Ada juga orang tak tumis. Terpulang pada cara masing-masing.
7. Masukkan ayam dan gaul sampai rempah menyelaputi ayam. Jika tak nak gunakan ayam, boleh ganti dengan daging kambing atau lembu. Kalau nak masak kari ikan resepi dia lain sikit.
8. Kalau pakai yogurt, jangan letak banyak sangat. Letak separuh bekas tu je. Kalau letak semua, akan masam sangat. Saya pergi letak semua pula haha. Tapi jangan risau ada cara nak kurangkan masamnya.
Ads
9. Ini trik dia! Kita letak secubit baking soda! Letak sedikit demi sedikit sampailah jadi kemasaman tu turun pada tahap yang diingini. Jangan letak banyak sangat pula, nanti ada rasa kelat.
10. Lepas dah gaul ayam dengan yogurt, masukkan air separas ayam. Jangan tanya berapa mililiter, agak-agak sahajalah. Kemudian reneh dengan api sederhana sehingga empuk.
11. Kalau nak cepat empuk, tutuplah periuk atau kuali. Sementara tu bolehlah kemas dapur. Orang kata, kalau lelaki masuk dapur, mesti macam tongkang pecah jadinya dapur tu. Betul ke?
Ads
12. Ayam dah agak empuk, bolehlah masukkan belahan cili hijau dan tomato. Gaul-gaul sikit. Perasakan garam dan gula. Kemudian reneh sikit lagi sampai cili dan tomato jadi layu.
13. Kalau ada yang suka kari bersantan, bolehlah letak. Kalau tak mahu, boleh juga. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan gaduh-gaduh. Saya letak sesudu je santan kotak ni.
Siap! Sedap gila kari ni. Kuahnya pekat, yogurt tu buat dia berlemak tapi tak muak sebab ada rasa masam. Boleh rasa beza masak kari letak halba campuran tu. Memang lebih sedap.
Ramai yang tak perasan bahawa kad Touch ‘n Go yang kita guna saban hari itu ada expiry date atau tarikh luput.
Tempoh penggunaan untuk satu-satu kad Touch ‘n Go ini adalah selama 10 tahun dan tarikh luput ini boleh anda periksa di belakang kad.
Apa nak buat kalau kita tak perasan dan hanya tahu kad luput bila berada di depan palang tol. Mahu tak mahu kena minta bantuan petugas tol.
Situasi ini memang akan menyusahkan kita dan kereta di belakang. Sebelum kejadian ini berlaku, eloklah periksa kad Touch ‘n Go yang kita gunakan selama ini.
Kalau tiada baki, boleh beli kad baru harganya RM10. Namun jika kad yang dah luput masih ada baki yang banyak kita boleh memohon refund dari Touch ‘n Go.
Caranya boleh pergi ke kaunter khidmat pelanggan Touch ‘n Go di Nu Sentral atau Subang Jaya sekiranya anda berada di Kuala Lumpur atau Selangor.
Kita akan diminta mengisi borang untuk urusan pemulangan duit baki yang akan dimasukkan ke akaun bank atau Touch ‘n Go e-wallet. Proses ini mungkin mengambil masa lebih 30 hari.
Atau pun anda boleh juga layari laman web Touch ‘n Go di SINI untuk memohon refund secara online.
Anda boleh juga memohon bantuan untuk perkara ini daripada talian khidmat pelanggan Touch ‘n Go.
Kerja mencuci pinggan jadi tidak menyeronokkan apabila sukar untuk menanggalkan kesan berminyak pada pinggan mangkuk.
Malah terpaksa menggunakan lebih sabun cucian bagi memastikan kotoran ini hilang.
Namun anda sebenarnya boleh berjimat dengan membuat sendiri sabun cucian menggunakan bahan dapur sedia ada.
Gambar sekadar hiasan.
Hasilnya anda tidak akan membazir lagi menggunakan pencuci pinggan mangkuk. Hanya perlukan sedikit saja sabun pencuci dan akan mengeluarkan buih yang banyak.
Bukan itu saja, pinggan juga bersinar dan pastinya dan kerja di dapur jadi lebih menyeronokkan.
Tip Jimat Sabun Pencuci Pinggan
Bahan diperlukan:
– Sabun pencuci pinggan mangkuk
– 2 botol kosong yang tidak digunakan
– Sedikit garam halus
Cara jimat guna sabun pencuci pinggan.
Cara membuat:
1. Tuang 1/4 sunlight dalam botol kosong.
2. Bancuh 3 sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3. Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan Tuang air garam itu dalam botol tadi hingga 3/4 botol.
4. Kocak-kocak dan siap.
Masalah power window rosak selalu dialami oleh kereta yang dah 4-5 tahun digunakan. Tingkap jadi berat nak tutup kemudian jammed.
Salah satu punca masalah power window ini berlaku adalah kerana tidak melakukan penjagaan getah pada tingkap kereta atau dipanggil run channel. Demikian menurut perkongsian Altimate Auto Garage dalam satu video di laman TikTok.
Tak jaga getah run channel, punca power window rosak
“Korang tolonglah jaga getah tingkap kereta ini, kalau tak jaga itu yang buat rosak power window kereta,”pesannya.
“Bila cuba naikkan tingkap tapi jadi berat cuba tengok getah atau dipanggil run channel.
“Sebab ia boleh buat tingkap jadi berat dan menyebabkan motor bergerak secara paksa. Bila ini motor bergerak secara paksa, ia akan jadi panas dan kemudian boleh buat motor jammed.
“Cara nak jaga getah ini senang saja, guna silikon spray (boleh cari dekat Mr DIY atau beli online). Ataupun guna minyak.
“Cara nak guna, spray saja dekat celah celah getah. Bila dah spray, cermin akan bergerak dengan lancar.
“Jangan abaikan getah ini, spray ini murah saja. Elok elok modal kecil tak pasal pasal kena tukar power window,”pesannya lagi.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...