DIY Almari Khas Untuk Simpan Koleksi Tudung Yang Banyak. Guna Paip PVC & Plywood Saja

Share

Bagi wanita berhijab, koleksi tudung memang selalunya banyak. Jadi dilema nak susun dan menyimpannya.

Jika nak koleksi tudung ini tersusun dan kemas boleh buat sendiri almari khas untuk hijab. Seperti yang dilakukan oleh Shafiq Abdul Hamid

sebab caranya tak susah mana.

1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu. Boleh dapat dapat 70 buah. Kos lebih kurang RM76.

2. Papan lapis 12mm untuk buat almari, yang ini menggunakan plywood sedia ada. Jika beli almari kos dalam RM65. Ukur dan potong, pintu dan almari disatukan guna gam dan skru.

3. Enam buah engsel untuk pintu, kos RM9.

4. Pemegang pintu, dua buah. Kos RM4.

5. Supaya almari nampak lebih menyerlah, guna syelek. Untuk 1 liter kos dalam RM20.

Selamat mencuba.

Sumber : Shafiq Abdul Hamid dan Siakap Keli

IKLAN