Rumah bila dah lama, macam-macam kena baiki termasuklah tandas. Lantai bilik air nampak kotor, ada lubang dan berlaku juga kebocoran.
Kalau kediaman alami perkara ini elok kalau kita buat lantai epoxy ini. Menariknya tak perlu upah orang, sebab kita boleh buat sendiri. Caranya lebih kurang macam sapu cat saja!
Boleh ikut DIY yang dikongsi oleh Mohd Taufik Abdullah ini kalau nak cuba buat sendiri.
Projek DIY Makeup Tandas
Tahun lepas upah tukang pasang epoxy layer di tandas kena charge RM900++ ( 4 layers, ada corak, professional work). Tahun ini musim PKP, ternampak iklan Epoxy Paint DIY di Shoppee dengan harga lebih marhaen. Terus beli dan cuba.
Sebelum & selepas buat lantai epoxy
Antara tujuan epoxy
1. Tutup lubang celah2 mozek (laluan lipan/cacing kecil )
2. Kurangkan licin mozek lama.
3. Cantik kan.
4. Untuk tandas tingkat 2, kalau kena caranya boleh selesaikan masalah lantai bocor, rosakkan wall tingkat bawah.
Bahan yang diperlukan
Ini antara penjual di Shopee. Penjual ini bagus rating dan lengkap perkhidmatannya. Boleh pilih warna pilihan. Jangan salah warna pula, haru nanti.
Barang-barang yang ada di dalam kotak. Lengkap kelengkapan untuk DIY. Terbaik.
Ads
Kertas arahan. Fahami dan ikut urutan.
Step by step
1. Bersihkan tandas dan keringkan dahulu sebelum proses mengecat bermula.
2. Pakai tape biru yang dibekalkan. Untuk bahagian yang tak nak di cat. Nampak celah mozek yang ketara lubangnya.
3. Hasil bancuhan pertama. Perkakas yang terlibat dengan bancuhan ini memang pakai buang.
4. Proses layer bancuhan pertama. Memang likat! Meletihkan dan memang kena sabar. Rancang langkah-langkah tapak kaki anda hahaha. Untuk tandas yang kecil, disarankan buat 2 layer terus. There is no coming back layer cepat keras.
Ads
5. Saya korbankan sudu untuk proses target lebihkan cat di celah mozek yang kritikal.
6. Siap layer pertama. Sabar dan tunggu semalaman.
7. Hasil lepas semalaman. Memang keras dan lubang tertutup.
Ads
8. Bancuhan kedua.
9. Proses cat layer kedua. Kurang likat berbanding semalam. Juga boleh buat 2,3 layer terus. Banyak lebih berbanding semalam (bergantung kepada keluasan tandas).
10. Siap! Tanggalkan tape biru. Awal-awal cat yang digunakan memang kuat baunya.
Untuk dapatkan tanaman yang subur, perkara yang perlu adalah tanah yang digunakan harus elok dan subur juga.
Jika tanah yang ada tidak subur maka sebaiknya kita rawat dulu untuk menyuburkannya. Tak perlu guna baja khas, kita boleh gunakan sisa makanan di rumah saja seperti yang dilakukan oleh Norahim Ibrahim.
Beliau menggunakan kembali sisa makanan seperti perut ikan, nasi dan hampas kelapa untuk merawat tanah. Langkahnya juga turut dikongsi.
Cara membaja tanah menggunakan sisa makanan
Sisa yang digunakan adalah perut ikan, nasi dan hampas kelapa. Boleh ikuti langkah berikut untuk mendapatkan tanah yang subur untuk tanaman anda.
Langkah 1: Sediakan sisa makanan yang ada.
Langkah 2: Buat lubang seperti dalam gambar sedalam 1 kaki.
Langkah 3: Isikan campuran perut ikan,nasi dan lain-lain sisa makanan yang ada ke dalam lubang.
Langkah 4: Masukkan hampas kelapa ke dalam lubang tadi. Ini bagi mengurangkan bau busuk ikan. Timbus kembali lubang-lubang tadi.
Langkah 5: Selepas 2 – 3 minggu tanah sudah tersedia untuk digunakan untuk tanaman.
Langkahnya mudah dan membantu mengurangkan pembaziran.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.
Masalah nyamuk terutama jika banyak memang perlu ditangani cuma kalau selalu gunakan penyembur nyamuk pun tak elok juga.
Selain kaedah semburan atau pengunaan ubat nyamuk sebenarnya ada juga cara semula jadi yang boleh kita gunakan untuk mengelakkan masalah nyamuk.
Gunakan serai dan daun pandan
Cuma layurkan saja dua daun ini atas api sekejap. Waktu ini memang wangi satu rumah. Kemudian hiris halus seperti bunga rampai dan masukkan dalam bekas.
Letak di sudut bilik atau ruang. Menurut Wan Erni Suria yang berkongsi petua ini selepas mempraktikkannya hampir tiga minggu masalah nyamuk berkurang hamper 90 peratus.
EKSTRA
Satu lagi cara adalah dengan meletakkan pokok Jeremin atau pokok lima jari di dalam rumah. Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.
Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Buat kek dah mahir, apa kata seterusnya belajar pula cara buat coklat ganache untuk hias kek. Bolehlah hasilkan kek birthday famili macam beli kat kedai bakeri.
Caranya pun mudah dan versi bajet. Tip ini dikongsi oleh homebaker sendiri Norlailanazira Mohd Agos.
Cara buat ganache versi bajet
Bahan diperlukan:
300g dark chocolate
150ml susu full cream
1 sudu Buttercup (fungsinya supaya ganache berkilat )
Info:
Sukatan ini untuk sebiji kek (yang ini kek Indulgence) saiz 9 inci.
Sukatan juga boleh ubah ikut cita rasa banyak atau sikit, yang penting ratio mesti 2:1. Contoh jika guna 400g dark chocm susu full cream 200ml.
Jika mahu ganache yang premium boleh gantikan dengan coklat yang lebih mahal dan susu cair digantikan dengan whipping cream.
Cara membuat:
1. Ambil periuk, isi air paip. Masak hingga mendidih kemudian tutup api. Ambil bowl berisi coklat dan butter masak guna kaedah double boil. Pastikan periuk lagi kecil dari mangkuk. Kita cairkan coklat guna wap dari air mendidih tadi.
2. Kacau hingga coklat cair
3. Masukkan susu full cream dan kacau perlahan sampai sebati. Kena banyakkan bersabar gaul adunan ini sebab confirm berketul-ketul.
4. Kalau dia masih berketul juga, tapis saja.
5. Ini cara curah ganache. Kek dah simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Ganache dituang waktu masih suam. Bukan panas ya, suam.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...