Bila ada anak sekolah di rumah memang jadi keperluan untuk ibu bapa mengadakan meja belajar mereka selain rak buku. Memang banyak dijual di kedai perabot tapi mungkin saiznya tak praktikal jika kediaman atau bilik anak keluasannya terhad.
Kenalah cari meja yang kecil. Atau pun… kita boleh juga DIY ikut idea yang dikongsi oleh Yuzi Azwa Yaamat. Meja belajar untuk anak hasil kerja tangan suaminya ini memang jimat ruang kerana dilekatkan pada dinding dan boleh lipat jika tidak lagi digunakan.
Ia juga lengkap dengan rak untuk meletakkan buku. Praktikal untuk kediaman atau bilik yang kecil. Boleh ambil idea ini ya.
Meja belajar anak boleh lipat
Kasih seorang ayah. Buat tiap petang hingga lewat malam lepas balik kerja. 2 minggu jugak baru siap. Buah tangan pertama bertukang. Sebelum itu boleh kata saban hari kurier datang rumah hantar barang (alatan nak bertukang). Alhamdulillah. Dah siap meja belajar geng anak perempuan.
Ads
Kayu – jenis plywood saiz 18mm Cat – Dulux White Glossy
Door Lift Peumatic Support Hydraulic Gas Spring Stay Kitchen Cabinet/wardrobe untuk lipat meja. Klik SINI untuk beli.
Ketika ini tular di media sosial tentang #MalaysiaLockdown. Meskipun ia berita palsu dan kita diminta tidak menularkannya namun tak salah jika kita membuat sedikit persediaan.
Ia memandangkan wabak Covid-19 sudah memasuki fasa pandemik dengan peningkatan kes setiap hari di negara kita sendiri. Tak mustahil satu masa jika masih tidak ada cara untuk mengekang wabak ini, kita mungkin akan mengikut jejak beberapa negara seperti di Itali, Korea, Australia yang mengarahkan penduduknya kuarantin atau lockdown.
Justeru tak salah untuk kita membuat sedikit persediaan untuk situasi yang sama. Perkongsian daripada Nurul Kasmadillawati Zakaria mungkin boleh kita jadikan panduan.
Masuk dapur tengok apa yang masih ada. Ambil kertas dan pen, tengok apa yang kurang, senaraikan. Paling utama ialah beras sebab tu makanan ruji kita. Beli lebih sikit daripada biasa. Biasa beli beras 10kg satu beg? Esok pergi beli dua beg. Begitulah. Lebihkan beras kalau ada bajet. Tak perlu beli beras sampai 10 beg. Guna otak, jangan ikut perasaan.
Kalau rumah awak selalu ada masalah air, simpan air. Utamakan barang yang penting macam beras, lauk, gula, garam. Kalau ada anak kecik pastikan ada stok susu, pampes. Kalau ada bajet lebih boleh beli makanan dalam tin, bihun, pasta. Kalau ada bajet banyak sikit, boleh beli barang dalam senarai ini:
Ikan bilis
Telur
Tepung
Kurma
Gula
Garam
Ikan masin
Ikan kering
Bawang
Kentang
Kismis
Kacal dal
Kacang hijau
Kacang merah
Makanan dalam tin
Kalau awak sakit dan perlu makan ubat setiap hari, tak boleh terputus ubat, sila tambah stok ubat. Ubat adalah sangat penting selain makanan. Ada bajet beli ubat-ubatan basic sikit macam panadol, painkiller, chi kit teck aun, vicks, bla bla bla.
Beli apa yang awak perlukan sahaja. Tak guna tisu tandas tak payahlah beli tisu tandas. Duit tu guna untuk barang lain yang awak perlu. Jangan sebab tengok orang lain beli awak pun pakat beli juga.
Ukur poket sendiri. Tengok orang memborong sampai 3 troli, jangan awak pun beli sampai 3 troli. Sudahnya kat kaunter orang lain bayar cash, awak pula berhutang bayar dengan kredit kad. Salah tu. Acik tak galakkan buat macam tu.
Jangan berebut. Jangan bertolak-tolak.
Jangan buat benda mengarut seperti borong daging burger sampai 2 troli, beli telur 30 papan, beli tisu tandas 10 pek, beli megi penuh bonet kereta. Banyak mana awak perlu? Beli banyak itu sahaja.
Kalau awak beragama Islam, solat awal waktu, solatlah diawal waktu. Jangan dilupa. Dalam keadaan genting macam ni solatlah talian hayat yang menghubungkan kita dengan Allah.
Pesanan terakhir: Tak usah tayang barang yang awak borong di media sosial. Troli penuh, bonet kereta penuh, kabinet dapur penuh. Perbuatan awak akan mencetuskan panik, menyebabkan orang yang tak mampu beli semakin tertekan, dan dalam masa yang sama akan membahayakan awak sendiri. Bahaya macam mana pulak acik? Fikirkan sendiri. Dah dewasa.
Bagi yang selalu membeli daging beku pasti biasa dengan jenama ini. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya ada makna nombor kod yang tertera pada bungkusan daging kerbau ini.
Dikongsi oleh penjual daging sendiri makna nombor kod tersebut adalah daging bahagian kerbau dan masakan yang sesuai dengan jenis daging tersebut.
Pagi pagi kita memang biasa makan nasi lemak, tapi sekali sekala cuba buat pula nasi lemak versi utara atau nasi lemak kuning.
Menariknya nasi lemak ini tak menggunakan santan dan ada bahan yang ditumis dahulu sebelum nasi ditanak. Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian daripada Nor Asiah.
Menurut beliau resipi ini daripada arwah ibunya, tapi lain orang lain caranya. Nak lagi feel bungkus dengan surat khabar macam stail dulu-dulu.
3 cawan beras
*2 tangkai daun kari
*Bawang kecil dihiris
*Bawang putih dihiris
*Halia
*4 rempah sekawan
*Daun pandan
2 sudu Planta
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit serbuk kunyit
1. Tumis bahan bertanda hingga wangi dan kekuningan.
2. Kemudian masukkan air ikut sukatan beras, serbuk kunyit, garam dan sedikit kiub ayam (jika suka).
3. Bila air dah mendidih, masukkan beras dan biarkan sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak, boleh masukkan Planta dan tutup periuk, biarkan dalam 4 minit. Kemudian, buka dan kacau rata.
5. Siap untuk dihidang.
Cili Kering kisar
Bawang besar dan sedikit belacan (dikisar)
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Bawang putih (diketuk)
Cara membuat:
1. Tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan cili kisar, kacau samapi garing/ naik bau.
2. Masukkan bawang kisar tadi, dan masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka.
3. Tumis sampai naik minyak dan masukkan sedikit air, air asam jawa dan garam.
4. Bila mendidih boleh masukkan apa-apa lauk yang suka seperti udang, ikan bilis, sotong dan sebagainya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...