Zaman sekarang wanita kerap sangat jadi mangsa jenayah. Ragut, rompak, rogol dan macam-macam lagi sampai nak takut nak keluar di tempat yang kita tak biasa.
Sebagai salah satu cara untuk lindungi diri atau elak jenayah berlaku anda boleh sentiasa bersedia dengan pepper spray. Atau semburan air lada.
Kalau kena pada mata dan wajah penjenayah memang pedih dan sakit. Jadi fungsinya adalah untuk menghalang penjenayah dari membuat tindakan seterusnya dan anda boleh lari selamatkan diri.
Pepper Spray ini juga boleh kita buat sendiri. Senang jer, tutorialnya dikongsi Marry Ferjel Babasa
Ads
Bahan yang diperlukan
Botol semburan (botol kecil supaya senang letak dalam beg)
Cili api (pilih yang paling pedas ok)
Cara membuatnya
1. Ambil secukupnya, ikut kesesuaian botol spray ya.
Ads
2. Potong kecil cili masukkan ke dalam botol semburan.
Ads
3. Kemudian masukkan air ke dalam botol spray dan campurkan dengan cili yang dipotong tadi. Goncang botol tadi supaya rata.
TIP
Boleh juga gunakan air panas untuk lebih berkesan.
Boleh tambahkan dengan serbuk lada hitam. Semburan ini boleh digunakan dalam tempoh dua minggu.
Jangan uji pepper spray ini pada rakan ya. Cara nak uji boleh semburkan pada plastik dan hidu. Kalau anda sendiri nak terbatuk ketika menghidunya ternyata ia berkesan.
Bawa pepper spray ini ketika keluar rumah, bercuti malah waktu nak pergi bekerja sekali pun. Malang tak berbau.
Bergaul dengan rakan-rakan yang dalam golongan ‘ada-ada’ atau kaya membuatkan ramai yang terikut dengan cara hidup mereka sedangkan hidup kita sendiri biasa-biasa saja.
Walau tak mampu tapi kita cuba untuk meniru gaya hidup mereka, hidup seperti mereka yang berada.
Jika ini yang anda lakukan sekarang ia sebenarnya cukup bahaya. Jika dibiarkan anda sebenarnya mengundang masalah baru dalam hidup.
1. Rosakkan nama baik kita sendiri
Sampai bila harus berlakon, memakai topeng. Lama kelamaan latar belakang diri akan diketahui juga. Jadi tak perlu buat banyak lakonan dan kepalsuan kerana ia mungkin mencemarkan nama baik sendiri.
2. Tambah stres
Menjalani gaya hidup yang kita tak mampu akan membuatkan kita sendiri stres. Stres untuk ‘berlakon’ dan terbeban dengan cara hidup yang memakan banyak belanja sedangkan kita tak mampu.
3. Hilang keyakinan diri
Menjalani gaya hidup yang bukan ‘hidup’ kita menyebabkan kita rasa insecure.Kita hilang keyakinan pada diri sendiri dan tak berasa tenang. Lama kelamaan kita kan membenci diri sendiri.
4. Terjebak hutang
Demi memenuhi keinginan untuk memiliki gaya hidup mewah ada yang rela berhutang sana sini. Gaji yang dapat awal bulan mungkin sebahagian besar bukan untuk tabungan tapi membeli belah dan bermewah.
Semua ini akan menyebabkan anda hidup dalam kewangan mendesak dan tak mustahil membuatkan diri akhirnya terjebak dalam lilitan hutang.
Walau pun banyak bergaul dengan golongan elit tapi tak perlulah kita yang hidup biasa-biasa ini trut berlagak kaya. Jadilah diri sendiri, jujur pada diri dan juga orang sekeliling kita.
Mesti ramai yang rindu nak makan kuih ini atau pun memang tak pernah makan. Kuih tepung pasung ini memang dah jarang jumpa orang yang menjual atau membuatnya.
Kalau teringin nak makan kenalah buat sendiri. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian daripada Pn Habsah Ngah.
Buat sendiri kuih tepung pasung
Bahan bahagian bawah
2 sudu gula pasir
1 keping setengah gula melaka
1 setengah cawan air
1 helai daun pandan wangi
40 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 sudu teh air kapur
Bahan bahagian atas
3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan santan sederhana pekat..
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong
Cara membuat:
1. Masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
2. Tapis dan satukan dengan bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang pengukus. Kukus dalam 5 minit.
4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
5. Sudukan/paipkan ke dalm kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi. Kemudian teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Jika api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih akan tumbang.
Adik beradik ramai tapi semua dah ada rumah sendiri di bandar. Ada seorang saja yang bermastautin di kampung dan tinggal di rumah pusaka.
Yang seorang ini hajat nak renovate rumah pusaka dan duduk terus di situ. Awalnya bila tanya adik beradik lain semua setuju tiada masalah jika mahu mengubah suai dan duduk di situ. Tapi alih-alih bila rumah pusaka usang dah jadi cantik ada pulak adik beradik lain menuntut.
Ini situasi yang memang berlaku dalam masyarakat kita. Jadi apa nak buat bila ini berlaku pada kita. Perkongsian daripada peguam Allahyarham SALKUKHAIRI ABD SUKOR boleh dijadikan panduan.
DAH KELUAR MODAL BAIKI RUMAH PUSAKA, TIBA-TIBA ADA WARIS NAK TUNTUT BALIK RUMAH TERSEBUT. APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN?
Kerap juga berlaku keadaan ini dalam masyarakat kita. Seseorang telah keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk baiki rumah pusaka peninggalan datuk/ ayah beliau.
Foto: Wikipedia
Permulaannya tidak timbul masalah. Bahkan semua waris bersetuju secara lisan dan membenarkan dia untuk baiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.Tetapi setelah lihat rumah itu semakin cantik, maka mulalah ada dalam kalangan waris yang menuntut hak mereka.
Jika keadaan di atas berlaku kepada anda, apakah tindakan yang patut anda lakukan?
1. Kena ada persetujuan bertulis semua waris
Dalam kes di atas, sepatutnya sebelum seseorang membuat sebarang renovasi terhadap rumah pusaka dan bercadang untuk tinggal di rumah tersebut, dia perlulah mendapatkan PERSETUJUAN BERTULIS daripada kesemua waris.
2. Perlu ada surat perjanjian
Perlu ada satu perjanjian hitam putih yang sah antara dia dengan semua waris yang menyatakan waris-waris membenarkan dia baiki dan tinggal di rumah tersebut.
3. Waris tetap ada hak
Pun begitu perlu diingatkan, walau apapun kebenaran yang telah diberikan, dari segi perundangan, memandangkan nama semua waris-waris masih lagi ada di dalam geran dan didaftarkan sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut, maka mereka tetap mempunyai hak terhadap pemilikan tanah dan rumah yang ada di atas tanah tersebut.
4. Perjanjian tak hilang hak waris lain
Perjanjian dan kebenaran yang diberikan tidak akan menjadikan waris-waris tadi hilang hak mereka sepenuhnya sebagai pemilik terhadap tanah dan rumah tersebut.
5. Seeloknya berunding
Sebab itu saya lebih suka sekiranya seseorang benar-benar mahukan rumah pusaka peninggalan si mati, dia perlulah berunding dengan waris-waris untuk memindah milikkan tanah tersebut kepadanya sama ada melalui balasan kasih sayang atau secara jual beli.
6. Dengan cara sedemikian, hak dan kepentingannya akan dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Saya fikir itu cara yang lebih selamat.
Jika waris menuntut, apa tindakan undang-undang boleh diambil
-Namun, jika perkara itu telah berlaku, apakah anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut?
-Secara umumnya, anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut. Namun anda perlulah membuktikan bahawa anda telah mendapat kebenaran bertulis daripada semua waris untuk membaiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.
– Cuma yang jadi masalahnya adalah, apabila tiada persetujuan bertulis antara anda dan waris-waris. Yang ada sekadar kebenaran lisan sahaja.
– Namun, sekiranya anda dapat mengemukakan saksi-saksi yang boleh dipercayai untuk menyokong tuntutan anda tersebut, mahkamah mungkin boleh membenarkan tuntutan anda itu.
– Pun begitu sebagaimana yang saya nyatakan tadi ia tidak akan menafikan hak waris waris tadi terhadap tanah tersebut kerana nama mereka masih didaftarkan sebagai pemilik berdaftar yang diiktiraf oleh undang-undang, sedangkan anda hanyalah mempunyai hak benefisial sahaja terhadap tanah dan rumah tersebut.
– Apapun terpulang kepada kebijaksanaan peguam peguam kedua dua belah pihak untuk berhujah di mahkamah dari segi undang-undang dan tanpa mengenepikan elemen-elemen ekuiti dan kontrak lisan yang wujud dalam kes tersebut.
– Keputusan akhir terpulang kepada hakim mahkamah yang bijaksana untuk memutuskannya.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...