Pakaian yang ada di rumah kalau tiada tempat yang khusus memang akan buat rumah atau bilik nampak serabut. Sebaiknya ada almari baju supaya kemas.
Tapi kalau masih tiada bajet untuk beli almari atau kabinet pakaian boleh buat kaedah DIY seperti perkongsian Juria Sidek untuk memastikan kain baju kemas.
Caranya hanya menggunakan bakul plastik sebagai rak baju. Mesti ramai tak terfikirkan.
Rak baju bajet dari bakul plastik
Bahan-bahan
Bakul bersaiz besar (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
Bakul bersaiz kecil (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
1 paket cable tie
Pisau/gunting (ikut la mana yang senang digunakan)
Ads
2. Potong kanan dan kiri bakul supaya membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju.
3. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar.
Ads
4. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan dan lakukan kepada semua bakul yang digunakan.
5. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut menjadi bentuk rak.
Waktu sekolah dulu kehadiran lori Milo ni memanglah ditunggu-tunggu. Selain dapat minum free, air Milo yang dibancuh ini juga sedap sangat rasa.
Beza sungguh dengan Milo yang kita bancuh sendiri. Macam mana ya mereka buat Milo nih? Sebelum ada yang share caranya cuma sukatan yang dikongsi dalam jumlah satu tong. Kita bukan nak minum sampai banyak tu kan.
Tapi Zainun Mamat ada resipi bancuhan Milo ini dalam sukatan jag sesuai untuk satu famili. Resipi ini katnya diperoleh dari pekerja yang sedang membancuh air Milo. Ada beberapa tip yang diturunkan.
TIP PENTING!
Suatu hari pergi satu event. Ada percuma air Milo atas lori. Saya tengok pekerja Milo tengah bancuh air. Saya tanya kenapa air Milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat. Ini tip yang diberi
Katanya masa bancuh air perlu panas.
Campuran susu pekat manis sama dengan susu cair.
Milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula.
Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.
Bahan-bahan
10 sudu besar serbuk Milo
1/2 liter air panas.
1/2 liter air sejuk.
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu manis
Cara membuat
1. Kacau rata semuanya dengan air panas. 2. Campurkan air sejuk. 3. Masukkan air batu…fuhh..kaw kaw.
Kuih serabai yang berasal dari utara ini memang kegemaran ramai terutama untuk dimakan waktu pagi mahupun petang.
Biasanya serabai ini dihidang bersama kuah manis tapi kalau cicah dengan sambal atau kuah kari semalam lagi sedap. Cuma kalau duduk jauh dari negeri Utara memang susah nak jumpa kuih ini dijual. Kalau teringin kenalah buat sendiri. Caranya ditunjukkan oleh Rohani Ronnie.
Cara buat kuih serabai
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras (cap teratai)
1 cawan santan
1 sudu besar yis mauripan
1 cawan kanji (tepung beras kacau dgn sedikit air, kacau atas api hingga kental biarkan sejuk)
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
Cara membuat:
Satukan semua bahan dalam bekas dan bancuh hingga sebati. Air letak ikut kesesuaian macam buat adunan kuih ketayap.
Bancuh adunan hingga tidak gentel. Peram selama 3 jam.
Bila adunan dah naik, boleh bakar dalam acuan menggunakan api perlahan. Bila dah sedikit keperangan bolehlah diangkat.
Bahan untuk kuah manis
1 cawan santan
1 cawan air
1 ketul gula merah
2 sudu besar gula putih – ikut citarasa
Sedikit garam
2 sudu besar tepung gandum (untuk pekatkan kuah)
Cara membuat
Satukan semua bahan dalam periuk atau kuali.
2. Masak hingga didih dan pekat. Sesuaikan kadar kemanisan ikut cita rasa. Boleh sediakan kuah manis ini ketika perap adunan.
Masalah lipas dalam rumah memang merimaskan, walau dah bermacam cara digunakan untuk menghapuskan haiwan kecil ini ia tetap akan ada.
Tapi daripada membeli produk khas untuk hapus lipas, kita sebenarnya boleh gunakan bahan terbuang di rumah untuk menjadi perangkap lipas yang berkesan.
Bahan tersebut adalah minyak masak terpakai. Tip ini dikongsi oleh Melizah21 dalam akaun Instagram beliau. Melihat kepada hasil tip yang dipraktikkan memang menjadi. Berikut cara yang perlu dilakukan.
1. Letak minyak masak terpakai dalam bekas
2. Kemudian letak di tempat yang banyak lipas. Biarkan beberapa hari di situ.
3. Selepas beberapa hari boleh lihat akan bekas berisi minyak terpakai ini penuh dengan lipas yang mati.