Kalau tengok di gedung perabot terkenal, ataupun di laman web membeli belah popular harga rak mainan macam ni boleh mencecah RM199. Agak mahal.
Tapi bagi yang ada anak kecil banyak koleksi mainan, rak macam ini penting untuk pastikan barang mainan anak tak bersepah. Lagi pun rekaannya juga cantik, ada stail.
Kalau teringin juga tapi mahu jimatkan kos, apa kata kita DIY saja. Boleh ikut idea perkongsi Nurul Ain Anises. Modalnya cuma RM29 untuk beli rak dan kayu. Jauh beza dengan harga di kedai.
Bahan diperlukan:
9 bakul – RM18
3 batang kayu – RM11
Bakul beli di kedai biasa, kayu pula di hardware.
Langkah membuat:
1. Ukur kayu untuk dijadikan rangka ikut saiz bakul.
2. Potong kayu dan paku untuk sambung menjadi rangka bagi letak bakul.
3. Dah siap! Boleh cat untuk nampak cantik dan kemas.
Ajar anak supaya lepas main wajib letak barang di tempat mainan ini supaya tak berselerak.
Ads
Boleh atur bakul macam ini juga, kalau nak letak di dapur tempat simpan barang.
Ini idea asal tapi harga bakul ini bermula dari RM99-RM199
Kuali hitam berkerak ini memang selalu ada di dapur kita. Sungguh pun hitam dan buruk rupanya tapi kuali legend ini paling ‘sedap’ digunakan untuk memasak.
Sebab itulah ramai yang akan terus menggunakannya. Tapi bila dah kerak hitam banyak sakit boleh buat kita sakit mata juga. Lagi satu kalau tetamu nampak kita mungkin akan ‘dikata’.
Supaya kuali legend ini boleh terus digunakan, boleh gunakan cara ini untuk membersihkannya. Walaupun kerak hitam yang nampak tebal tapi petua ini dikatakan sangat berkesan.
Caranya hanya menggunakan satu bahan saja iaitu asam gelugor ataupun asam keping. Kesannya sampai belakang kuali yang hitam jadi putih flawless. Caranya boleh ikut perkongsian Hidayah Abdullah
1. Rebus 8 asam keping dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali/periuk)
2. Didihkan air asam keping sampai mendidih.
3. Masukkan kuali/periuk didalam air asam, rendam selama 10-15 minit.
4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan dulu kemudian cuci guna sabun dan berus dawai.
5. Sewaktu sental, kurangkan penggunaan air.
6. Bila sudah bersih, bilas. Memang puas hati tengok kuali legend bertukar rupa.
Setiap muslimin dan muslimat pastinya menanam hasrat untuk menunaikan haji yakni Rukun Islam kelima. Kalau boleh bersama dengan pasangan, kedua orang tua mahu pun anak.
Namun begitu rezeki untuk menjejakkan kaki sebagai tetamu Allah ini tidak sama. Sebagai contoh ada isteri yang dapat surat panggilan dari Tabung Haji terlebih dahulu dari suami.
Ada juga anak yang berhajat pergi bersama ibu tapi tidak mendapat surat tawaran haji sedangkan ibunya beroleh surat tawaran tersebut.
Dalam hal ini, ada usaha yang boleh dilakukan oleh pasangan atau anak yang tidak mendapat tawaran menunaikan haji bersama. Mereka boleh menulis surat rayuan kepada Tabung Haji.
Contoh surat rayuan ini dikongsi oleh Hafizul Hakim yang mendapat tawaran menunaikan haji selepas menghantar surat rayuan menunaikan haji untuk menemani isterinya.
Atas permintaan ramai, saya share surat rayuan haji yang telah saya hantar kepada Tabung Haji pada 29 Januari 2019 sebagai mahram isteri.
Alhamdulillah, saya telah dapat surat tawaran haji pada Jumaat lepas 22 March 2019. Mudahan asbab perkongsian ini memudahkan urusan kami pergi haji bulan Julai nanti insha Allah.
Untuk posting ini saya sertakan dua contoh iaitu:
i) Surat Rayuan suami sebagai mahram (isteri telah dapat tawaran).
ii) Surat Rayuan suami isteri belum dapat surat tawaran. Anak-anak juga boleh menaip ikut format ini untuk ibu bapa mereka.
3. Surat saya simple je. Semoga menjadi panduan buat kawan-kawan semua ya. Perkara paling penting perlu disediakan semasa menaip surat:
a. Nombor Daftar Haji.
Ada ditulis pada surat daftar haji. Kalau tak ingat, anda boleh hubungi Tabung Haji +603-62071919 atau emailkan ke th-info@lth.gov.my. Beritahu nak nombor daftar haji.
4. Kemudian surat ini dihantar secara fizikal ke pejabat Tabung Haji terdekat dan hantar salinan pdf ke alamat email Tabung Haji di atas.
Baik, boleh lihat contoh surat saya dan mula menaip sekarang.
Anak-anak boleh tulis ikut format ini untuk ibu bapa mereka. Mukasurat kedua sama seperti page sebelum ini.
5. Surat ini cuma asbab selebihnya kita berdoa bersungguh-sungguh. Tiap malam kita doa solat tahajud dan buat solat hajat setiap malam minta Allah SWT pilih kita.
Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat ya! Aamin.
Nota: Untuk rayuan haji tahun 2019 telah tutup. Format ini untuk permohonan korang pada tahun 2020, tarikh tutup 1 Rejab tahun depan.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.
Bagi yang suka bercucuk tanam, bekas bekas makanan ‘tipuware’ ini sebenarnya berguna untuk tanaman hidroponik. Untuk yang baru berjinak-jinak belajar tanam sayur pun elok juga. Tak perlu keluar modal sangat beli pasu, polibeg dan sebagainya.
Caranya dikongsi oleh pengguna Facebook D’ Pro A’Nas
1. Ambil bekas makanan, boleh guna pelbagai saiz. Ikut nak besar mana.
2. Buat lubang menggunakan soldering iron di bahagian bawah untuk masukkan mikrofiber bagi menyerap air. Buat juga lubang pada sekeliling bekas makanan seperti gambar di bawah.
3. Kemudian masukkan cocopeat dan juga anak benih sayur. Boleh juga terus semai benih atas cocopeat. Dah tanam anak benih kemudian siram.
3. Cari satu lagi bekas untuk isi air dan letak bekas makanan berisi anak benih yang dah berdaun empat di atasnya. Pastikan kain masuk dalam air.
4. Balut bekas makanan yang transparent supaya tak berlumut bila kena cahaya matahari. Boleh juga dicat.
Sistem semaian hidroponik guna cocopeat sistem sumbu/wick ini juga memudahkan kita kerana tak perlu disiram setiap hari.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...