Meski terasa remeh memikirkannya tapi atur letak botol-botol sos untuk kegunaan memasak dan penyedap hidangan yang ada banyak di dapur boleh menyebabkan ruang memasak nampak serabut jika tidak disimpan dengan betul.
Takkan semuanya mahu disumbat dalam peti sejuk kan. Jika anda tiada idea untuk susun letak barang ini, antara penyelesaian yang boleh kita lakukan adalah dengan meletakkannya di atas rak seperti yang dilakukan oleh Noriza Zainal Abidin. .
Bermodal RM10.50 dengan bahan-bahan yang dibeli di kedai Eco, dia menghasilkan rak ringkas tapi punya banyak kegunaan untuk penyimpan botol sos dan juga roti.
Cara membuatnya juga mudah, tak perlu suruh suami pun kita sendiri boleh buat! Boleh ikut langkah ini ya.
1. Bahan yang diperlukan
1 batang kayu mop 2 kayu hiasan dinding 2 papan pemoton jenis kayu
Total: 5 barang x RM2.10 = RM10.50
Ads
2. Potong kayu mop sama panjang dengan papan pemotong.
3. Buang plastik pada kayu mop kemudian paku kayu mop dengan papan hiasan.
4. Paku lagi satu bahagian.
Ads
5. Hasilnya begini, papan pemotong akan menjadi tapak rak. Paku kiri dan kanan.
6. Paku satu lagi papan pemotong jika mahu jadikan rak dua tingkat. Paku juga kayu mop di bahagian tepi untuk dijadikan penghadang.
Ads
Dah siap! Boleh buat setingkat atau dua tingkat.
Kegunaan, boleh letak pelbagai jenis botol sos, roti bersama jem, kaya, marjerin dan sebagainya. Atau boleh juga dijadikan tempat letak serbuk rempah sama ada dalam paket dan botol kecil.
Gastrik adalah penyakit yang dihadapi oleh ramai. Malah ketika bulan puasa penyakit ini kerap menyerang kerana aturan makan lari dari kebiasaan.
Gastrik adalah sejenis penyakit yang disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus. Ada orang yang akan merasa lemah dan sakit yang amat sangat jika diserang penyakit ini.
Ada banyak ubat-ubatan dijual di farmasi untuk merawat gastrik seperti Antasid, Antagonis H2, dan perencat Pam Proton (PPI).
Namun sekiranya tiada ubat-ubatan ini ditangan anda ketika diserang gastrik, cuba untuk amalkan cara tradisional seperti memakan pisang, minum susu sejuk dan juga mengunyah bunga cengkih.
Kenapa bunga cengkih?
Bunga cengkih dikatakan dapat membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur.
Caranya adalah dengan menggigit satu bunga cengkih, dan biarkan sekejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
Nak makan buah mulberi petik saja di laman rumah. Kan seronok begini. Buah pulak lebat dan manis bila masak ranum.
Disebabkan keinginan nak merasa hasil pokok mulberi yang ditanam sendiri seperti ini ramai yang cuba menanamnya.
Bagi yang sudah menanam pokok ini di atas tanah boleh gunakan trik yang dikongsi oleh Siti Saja agar pohon mulberi membesar cantik, tak meninggi dan berbuah lebat. Ini trik yang beliau kongsi.
1. Pokok mulberi ini baru berusia 4 tahun. Pangkal batang pun baru sebesar tangan.
2. Mula-mula tanamkan tiang-tiang kayu di sekeliling pokok. Boleh tanam 10 batang tiang kayu. Ukuran garis pusat bulatan tiang yang dah ditanam lebih kurang 10 kaki.
3. Kaedah ini memerlukan ruang yang agak luas untuk membentuk kanopi pokok supaya cantik bulatnya.
4. Kemudian lenturkan dahan-dahan yang agak besar dan panjang, ikat pada tiang. Ketinggian boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Akak ikat dalam kedudukan lebih kurang empat kaki tinggi dari tanah.
5. Seterusnya dahan-dahan yang lebih kecil selit-selit dan anyam sesama sendiri. Ikat pada dahan utama jika perlu.
6. Setelah selesai kita akan dapat kanopi pokok berbentuk bulat dan tidaklah terlalu tinggi masih di dalam jangkauan tangan.
7. Ketinggian itu perlu ya supaya kita tak memanjat tangga untuk proses meluruhkan dedaun atau ketika memetik buah kelak. Kanopi pokok ini berketinggian antara 4 ke 6 kaki.
8. Akhir sekali bolehlah lakukan proses mencantas pucuk dan meluruhkan daun agar pokok berbuah lebat.
Terasa nak makan kek tapi nak buat kek yang senang, tak banyak bahan. Ok, boleh cuba kek Milo 3 bahan ini. Tak guna tepung pun tak insya-Allah menjadi kalau ikut caranya.
Kek ini juga pernah viral sebelum ini, kalau nak cuba ikut perkongsian Noriza Awang Hamat ini.
Kek Milo 3 bahan, tak guna tepung tapi lembu dan gebu
Kek Milo 3 bahan, macam tak percaya tanpa tepung kek akan menjadi. Pertama kali buat Alhamdulillah tak mengecewakan. Sangat sedap gebu dan lembut.