DIY Set Hidroponik Bajet, Tak Sampai RM20. Boleh Tanam Macam-Macam Sayur

Share

Antara kaedah bercucuk tanam jika duduk di rumah yang tiada laman adalah dengan cara penanaman hidroponik.

Nak mudah boleh saja beli set hidroponik yang banyak dijual tapi kalau nak jimat boleh juga buat sendiri. Bagi yang baru nak mencuba kaedah ini boleh DIY set hidroponik ini menggunakan apa yang ada di rumah kita saja. Kos tak sampai RM20. Caranya dikongsi oleh Abdul Sapawi Abdullah.

Hidroponik Jimat Belanja RM 17

Pengalaman saya sebagai penanam sayuran hidroponik, kedengaran mengatakan hidroponik kos adalah tinggi/mahal. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan kos yang tinggi kita jarang sangat hendak ambil peduli dan cakna untuk mengusahakan sesuatu.

Hari ni saya cuba bantu tuan/puan bagaimana nak bermula hidroponik dengan kos yang sangat-sangat berpatutan untuk menanam sayuran terutamanya kangkung.
Di bawah ini adalah bahan-bahan yang perlu untuk bermula :

1. Baja A/B 500ml : RM10
2. Benih Kangkung Eco : RM2
3. Span Aquarium : RM5
4. Air Hujan : Free
5. Bekas Sabun : Free
6. Cup Minuman : Free
P/s : Free : Barang recyle yang ada banyak di sekeliling kita, tapi kita sahaja yang tidak anggap ianya amat berguna!

Usia baru seminggu selepas tanam

Letak span pada dasar cup minuman, kemudian benih di atas span. Satu cup letak 5-10 pokok.

Dalam tong adalah air yang dicampur baja AB. paras 1/4 cup minuman sahaja. Air ini kena tambah sebab selalunya akan kering 2-3 hari sebab pokok kangkung banyak makan air

Usia 3 minggu selepas tanam

Dah boleh tuai

Potong bahagian atas dan akan tumbuh semula. Jimat benih dan tak perlu semai kembali. Boleh tuai 4 kali selagi masih tumbuh! Jimat kan?

Semoga bermanfaat.

Sumber: Abdul Sapawi Abdullah

IKLAN