Dulu Pernah Gemuk, Wanita Ini Kongsi 7 Sebab Diet Macam Nak Rak Tapi Berat Tak Turun

Share

 

 

Stres tak bila diet macam nak rak tapi berat kekal juga  pada angka yang sama. Naik tidak, turun tidak.

Jurulatih pelangsingan, Coach Fatin Najwa pernah berbadan gemuk suatu ketika dahulu. Dia memahami keadaan diet orang gemuk yang ada kalanya tidak sabar untuk kurus.

Fatin mendedahkan ada 7 sebab mengapa berat badan anda tetap statik  walau sudah puas berdiet.

1️. Diet harian tinggi garam

Garam ialah antara punca utama water retention. Ataupun nama famous dia “gemok air”. Bukan sebab minum air banyak tapi banyak ambil agen water retention ni. Jaga-jaga ya. Punca selulit juga ni!

2️. Gagal buang air besar hari-hari

Makan hari2 tapi tak buang air besar hari2. So ke mana nak dibuang hasil sisa makanan yang dah dihadam tu? Buat koleksi dalam badan. Biasanya situasi ni disebabkan kurang ambil fiber & kurang minum air kosong bila diet.

3️. Tengah datang bulan

Yes berat akan naik sedikit tapi takde la sampai 3-4kg. Jangan jadikan alasan period berat naik banyak ya.

4️. Timbang waktu lain-lain

Last week sebelum subuh dah timbang. Minggu ni waktu malam pulak lepas makan dinner dengan family. Takkan sama ❌!

5️. Karbo tak salah untuk diambil dalam diet

Tapi portion kena jaga. Kalau ambil berlebihan susah nak turun berat.

6️. On medications

Akan slow kan penurunan berat sedikit. Sebab tu kena aim untuk sihat dulu. Kalau sakit, macam-macam cabaran nak turun berat nanti.

7️. Setiap hari nak timbang berat

Bangun tido timbang, lepas mandi timbang, sebelum makan timbang, lepas makan timbang, lepas senaman timbang, sebelum tido timbang. Jangan obses sangat dengan penimbang tu please!

Memang progress angka di penimbang ni penting. Tapi ianya bukanlah SEGALANYA. Banyak lagi progress yang korang boleh measure selain berat ni. Ukurlilit badan, saiz baju, stamina dan tenaga, skin complexion, etc. Keep calm & enjoy your journey. Ambil kira semua progress bukan berat je okay?

 

Sumber: Coach Fatin Najwa

IKLAN