Fatimah Kembali Viral Dengan ‘Gapoever’, Tiada Lagi ‘Whatever’ Selepas Ini

Share

 

 

Sebelum ini pernah viral dengan “Fatimah stres”, beberapa hari lalu anak kecil dari keluarga Melayu yang tinggal di United Kingdom ini kembali trending di laman sosial dengan perkataan ‘gapoever’ yang dicipta secara spontan.

Aksi Fatimah dan adiknya Ali itu dirakam  dalam satu video dimuat naik melalui instgram thefamily.uk. Kedua beradik yang popular dengan kebolehannya bercakap dalam loghat Kelantan kalangan rakyat Malaysia itu sedang bermain watak doktor pesakit sebelum perkataan baru itu muncul.

Ali yang menjadi doktor dalam video itu mencadangkan beberapa cara rawatan untuk Fatimah yang kurang sihat termasuk berhenti memakan piza malah turut mahu merawatnya dengan memotong rambut dan kuku.

Melihat pelbagai kerenah adiknya itulah maka Fatimah dengan selambanya mengeluarkan perkataan gapoever. Perkataan ‘gapoever’ atau dalam bahasa Inggeris ‘whatever’ (apa sajalah) menimbulkan kelucuan kalangan netizen yang menonton video tersebut.

“Bila sosial media heboh dengan perkataan ‘gapoever’ ini, anak berusia empat tahu ini kami tak tahu pun dia sebenarnya sedang mencipta trend baru dengan aksi spontannya.

Selepas ini tiada lagi ”whatever” sebab diganti dengan ”gapoever”. “Gapoever”, diasaskan oleh Fatimah O. Mukhlis, 11 Februari 2018,”tulis ibu bapa Fatimah dalam satu entri di instagram.”

Dalam pada itu mereka turut memuat naik video memaparkan sesi soal jawab dengan Fatimah tentang perkataan baru  yang diciptanya. Video lucu ini juga menarik perhatian netizen hingga mendapat lebih 290 ribu tontonan.

Memang confirm akan tersenyum tengok video Fatimah nih.

Sumber: thefamily.uk

IKLAN