Foto Comel Prince George Pada Hari Pertama Persekolahan

Share

 

Selepas beberapa hari lalu, ibunya mengumumkan berita kehamilan anak ketiga, kini sekali lagi lensa kamera tertumpu kepada keluarga diraja ini bila pewaris takhta ketiga kerajaan Britain iaitu Putera George memulakan persekolahannya.

Ditemani oleh bapanya Putera William, Putera George semalam menjejakkan kaki buat kali pertama di sekolahnya Thomas’s Battersea yang terletak tidak jauh dari Kensington Palace.

Memetik laporan portal www.today.com ibunya Kate Middleton tidak dapat menemani Putera George berikutan alahan kehamilan yang dialaminya.

Hadir ke sekolah sambil ditemani bapa tercinta, Putera George yang kini baru berusia 4 tahun kelihatan tidak kekok walau bakal menempuh alam baharu sebagai seorang murid pra-sekolah.

Dilihat memegang erat tangan si bapa, Putera George memasuki perkarangan Thomas’s Battersea semalam iaitu sebuah sekolah elit melibatkan kos pembelajaran sekitar RM96,819 setahun.

Memakai pakaian seragam rona biru laut, dia tenang berjabat tangan dengan pengetua sekolah, Helen Haslam sebelum meneruskan sesi persekolahan.

George adalah anak sulung kepada pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya Kate Middleton sebelum kelahiran anak kedua mereka, Puteri Charlotte, 2 tahun.

Imbas kembali di bawah ini adalah gambar kenangan Putera William ketika memulakan persekolahan bersama adiknya Putera Harry ditemani oleh ibu mereka mendiang Puteri Diana.

Sumber: www.today.com

 

 

IKLAN