
Selepas beberapa hari lalu, ibunya mengumumkan berita kehamilan anak ketiga, kini sekali lagi lensa kamera tertumpu kepada keluarga diraja ini bila pewaris takhta ketiga kerajaan Britain iaitu Putera George memulakan persekolahannya.
Ditemani oleh bapanya Putera William, Putera George semalam menjejakkan kaki buat kali pertama di sekolahnya Thomas’s Battersea yang terletak tidak jauh dari Kensington Palace.
Memetik laporan portal www.today.com ibunya Kate Middleton tidak dapat menemani Putera George berikutan alahan kehamilan yang dialaminya.
Hadir ke sekolah sambil ditemani bapa tercinta, Putera George yang kini baru berusia 4 tahun kelihatan tidak kekok walau bakal menempuh alam baharu sebagai seorang murid pra-sekolah.
Dilihat memegang erat tangan si bapa, Putera George memasuki perkarangan Thomas’s Battersea semalam iaitu sebuah sekolah elit melibatkan kos pembelajaran sekitar RM96,819 setahun.
Memakai pakaian seragam rona biru laut, dia tenang berjabat tangan dengan pengetua sekolah, Helen Haslam sebelum meneruskan sesi persekolahan.
George adalah anak sulung kepada pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya Kate Middleton sebelum kelahiran anak kedua mereka, Puteri Charlotte, 2 tahun.
Imbas kembali di bawah ini adalah gambar kenangan Putera William ketika memulakan persekolahan bersama adiknya Putera Harry ditemani oleh ibu mereka mendiang Puteri Diana.
Sumber: www.today.com
Keletah Mua Bella Cilik Kedah Piaww Buat Netizen Terhibur, Bakal Bersiaran Di Radio Kedah FM

Isi Kandungan
Toggle
Tak sampai 24 jam dimuat naik ke laman facebook, video ini mendapat 3.7 komen, 15,544 shares dan 458,000 views. Angka ini bukan calang-calang viralnya. Nak tahu video apa? Video keletah budak perempuan yang membuat tutorial mekap olok-olok.
Seorang ibu yang menggunakan akaun facebook Nor Faizah Omar atau Kak Put telah memuat naik video anaknya, Siti Khadijah Mohd Yusof, 6 tahun, membuat tutorial mekap. Melalui percakapan budak perempuan tidak berbaju yang dipanggil Dija itu memang jelas dia menggunakan loghat Kedah. Menariknya Dija membahasakan dirinya Bella kerana dia meniru gaya jurusolek atau make up artist (MUA) yang bernama Bella.
Memang lucu tengok adik tu bercakap begitu petah beria-ia mengajar orang bermekap. Tutur katanya petah. Menurut Kak Put, Dija memang suka bercakap, suka bertanya soalan. Satu lagi kegemaran Dija ialah suka buat video ketika bersendirian.
“Kalau sorang diri, dia suka sangat buat video. Kalau kita ada, dia tak buat. Dia pemalu sebenarnya. Kalau berjumpa orang, dia memang tak nak bercakap.”
Bakal bersiaran di Kedah FM, Rezeki Anak Yatim
Rentetan daripada video yang viral itu, Dija telah dijemput untuk bersiaran di radio Kedah FM. Semua itu dianggap sebagai rezeki anak yatim. Dija kematian ayahnya setahun dua bulan yang lalu akibat serangan jantung.
“Selepas video ini viral, saya bersyukur mungkin sudah terselit rezeki Dija. Cuma tak tahu macam mana rezeki itu akan datang. Setakat ini Mua Bella kata nak berikan hadiah pada Dija. Selain itu, mungkin Isnin ini Dija akan bersiaran di Kedah FM. Sekarang Kak Put tengah pujuk dia. Yelah, dia ni kan pemalu sikit.”
Suka tonton fb live Bella,
Walaupun dikatakan pemalu, namun karakter Bella yang ditiru oleh Dija memang sangat menjadi. Menurut Kak Put, Dija suka tonton fb live Bella yang membuat tutorial mekap. Fb live kan durasinya lebih panjang. Jadi tutorial itu lebih detail. Dari situlah Dija dapat idea untuk buat video bersendirian.
Antara komen netizen
Tak pakai baju
Cakap Kedah pekat gila
Mulut bertih jagung
Macam mulut murai
Buh bedak croiiit croiitt
Boleh ganti Bella
Seronok dengar celoteh dia
Bellaz junior ni
MUA Bella cari adik tu
Menariknya, video tutorial mekap oleh adik Dija ini telah sampai ke pengetahuan Mua Bella apabila salah seorang followernya telah tag Bella dengan video itu. Bella tertarik sehingga ingin berjumpa adik Dija untuk diberikan hadiah mainan dari Tou R Us. Pun begitu, disebabkan ibu Dija tidak begitu mahir menggunakan instagram, Bella gigih mencarinya di facebook. Bella yang menggunakan facebook atas nama Nabilah Zulyadaini telah memberikan komen di video adik Dija.
Video asal yang dimuat naik telah dipadam oleh facebook. Kak Put telah muat naik sekali lagi. Selamat menonton celoteh adik Dija semua.
VK tengok adik Dija ni memang berbakat besar dalam bercakap. Memang pok pek pok pek. Kelakar sungguh. Semoga ada hikmahnya videonya ini viral ye dik.
Sumber: Nor Faizah Omar
4 Sahabat Inilah Yang Menangis Bersama Selama Mengidap Kanser, Ada Sebab Elyana Kena Dedahkan Mereka

Isi Kandungan
Toggle
Sejak membuat pengakuan mengidap kanser limfoma tahap empat minggu lalu, ramai yang bersimpati dengan penyanyi Elyana. Tapi selain yang bersimpati dan menunjukkan sokongan ada juga yang mengaku sebagai BFF yang niatnya tidak diketahui.
Justeru tidak mahu ada yang terkeliru atau mengambil kesempatan, peserta program Gegar Vaganza ini terpaksa mendedahkan siapa sahabat sejati yang bersamanya selama ini.
Mengaku BFF dan yang cakap makan produk mereka pun banyak
Ramai yang mengeluarkan statement mengatakan bahawa mereka kawan baik saya (bff) dan dah lama tahu tentang kanser saya serta menyimpan rahsia tentang penyakit saya selama ini. Sedangkan saya tidak pernah memberi tahu mereka apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat…Yang cakap saya belajar satu university pun ada..Saya tak pernah masuk university,sebab dari dulu dah bijak..hahhaha?
Bukannya apa,kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu tentang saya jadi takut tersalah beri Information. Itu saja…Yang cakap saya makan product yang mereka jual pun banyak. Jangan la ambil kesempatan dan berbohong, tak baik. Saya takut ramai yang tertipu saja.
Terpaksa jelaskan kerana ramai bertanya dan keliru
Dia yang di dalam gambar ini adalah benar-benar sahabat saya yang mengetahui tentang saya dari mulut saya sendiri. Sahabat yang pernah menangis bersama selain Anita Baharom ,Zuhairy,Sherry Ibrahim dan Datin Anne Ngasri.
But saya ok je…tetapi saya terpaksa clear kan perkara ni kerana ramai yang bertanya pada saya dan Keliru. Terima Kasih yang mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.
Rupanya ada juga yang nak mengambil kesempatan atas kesakitan orang lain. Apapun kita doakan agar Elyana terus berjuang kerana sebenarnya semakin ramai yang berada di sisinya selepas dia membuat pengakuan mengidap kanser.
Sumber: instagram elyanaofficial
Faham Penat Isteri Kerja Jururawat, Tabik Hormat Pada Lelaki Ini

Isi Kandungan
Toggle
Pada hari ini, bukan sahaja suami, malah isteri juga perlu bekerja demi mencukupkan tuntutan ekonomi rumahtangga. Jadi, isteri atau suami sama-sama merasai penat lelah mencari duit. Pun begitu, tuntutan kerja mengikut sistem syif memang lebih memenatkan. Apatah lagi jika terpaksa kerja syif malam.
Seorang lelaki yang menggunakan facebook atas nama Mohd Fhais telah menceritakan mengenai isterinya yang bekerja sebagai jururawat. Status itu viral dikongsi oleh orang ramai sehingga lebih 4,000 perkongsian yang rata-rata kagum dengan sifat suami yang begitu prihatin dengan kepenatan isteri.
Isteriku Jururawat
Jururawat waktu kerjanya ada shift pagi, petang dan malam. Kerja kena datang awal kalau tidak parking susah dapat. Selalu terkejar-kejar masa, sebab itu saya tak pernah tegur bila nampak baju kotor bertimbun, malah saya akan kata biarkan baju dalam bakul tu tak payah basuh kalau tak sempat, nanti abg bawa dobi. Tak sampai 2 jam dobi dah siap kering. Jangan buang masa nak tunggu sampai sehari suntuk nak kering kalau jemur di ampaian.
Kerja nurse ni cuti tak menentu, boleh kata isnin hingga ahad tu semua hari dah pernah merasa cuti. Bertukar-tukar hari off ikut jadual. Jadi kena tunggu jadual keluar baru boleh rancang nak ke mana-mana. Nak ke mana-mana saya akan tanya dulu isteri cuti hari apa. Tak sampai hati nak pergi bersuka ria sedangkan isteri bekerja. Tunggu cuti kita sekeluarga keluar sama-sama.
Masa tidur tak menentu
Seminggu ada kena kerja 6 hari ada 7 hari. Masa tidur tak menentu, kadang tidur siang, kadang tidur malam, ada masa tidur 4-5 jam je bila pertukaran shift petang ke pagi kerana jarak rumah ke hospital ambil masa 45 minit perjalanan, itu pun kalau tak jem.
” Ibarat sekejap jadi ayam berjaga pagi, sekejap jadi kelawar berjaga malam “
Suruh isteri rehat puas-puas
Sebab itu saya selalu suruh isteri rehatlah puas-puas, kalau ada peluang tidur tu tidurlah lama sikit. Anak-anak jangan risau abg boleh jaga. Tiada masalah setakat nak mandi anak dan tidurkan anak tu dah biasa buat.
Penat dan stress ibarat darah dan daging bagi nurse. Silih berganti, boleh nampak pada eyebag di mata yang sentiasa tembam. Ada satu malam terdengar isteri mengingau, bila di selidik rupanya terbawa-bawa rasa bersalah bila ada pesakit (bayi) jagaannya yang meninggal dunia. Sampai begitu sekali komitmen dia pada kerjayanya. Sungguh saya tak berupaya nak hilangkan semua tekanan di bahunya itu, hanya yang mampu tidak tambah lagi beban yang di tanggung. Hal remeh-remeh tu pandang sebelah mata je lah.
Saya cuba ringankan kerja isteri di rumah, tak perlu masak
Seminggu boleh di kira berapa jam sahaja isteri ada di rumah. Masa banyak habis di jalan raya dan tempat kerja. Kerja di hospital pun tak habis, tambah lagi dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Penat tu tak terbayang. Saya cuba untuk meringankan tugasnya, tak perlu bebankan diri dengan memasak kalau penat nanti abg beli makanan. Ada masa tu rehatlah lama sikit bagi betul betul segar. Kalau badan dah segar barulah masak jadi sedap.
Kadang-kadang clash juga waktu isteri cuti saya pula kena bekerja, tinggal isteri dengan anak-anak di rumah. Bukan niat nak biar dia jaga anak seorang diri tapi terpaksa keluar bekerja. Tugas menjaga anak ni penat sebenarnya, kalau tak sabar boleh jadi baran. Sebelum keluar saya pastikan dulu keperluan fisiologi anak isteri dah tersedia, supaya kurang kebarangkalian mereka meragam. Barulah kita keluar mereka senyum, kita balik pun mereka senyum.
Toleransi dan serasi bersama
Hidup kita tak pernah lurus, ada sahaja bengkang bengkoknya.
Apatah lagi pasangan suami isteri, mesti ada yang tak puas hati.
Puaskan hati pasangan kita terlebih dahulu, baru hati kita sentiasa puas.
Itulah kenapa pentingnya ada sikap TOLENRASI antara suami isteri supaya sentiasa SERASI bersama.
Semoga rakan-rakan suami jururawat dapat manfaat dari perkongsian ini.
P/s : Hadiah paling bermakna yang saya pernah bagi pada isteri ialah panduan jadi isteri/ibu yang tenang & tenteram.
Ini panduannya -> http://bit.ly/FMKEIA
Tabik la dengan abang ni. Begitu memahami kepenatan seorang isteri. Berapa ramai lagi agaknya lelaki di luar sana yang boleh faham seorang wanita? Ermmmm
Sumber: Mohd Fhais