
Isi Kandungan
ToggleRamai saja kalangan kita yang masih menerima gaji RM1500 sebulan malah ada yang kurang daripada itu. Keluhan yang selalu didengar kalangan golongan ini adalah kesukaran menyimpan wang memandangkan duit yang masuk ngam-ngam untuk keperluan hidup.
Hakikatnya kalau kita tahu caranya dengan gaji yang sedikit ini kita tetap boleh menyimpan. Perancang kewangan Dr Adam Zubir menerangkan cara untuk menyimpan atau menabung khusus buat mereka yang bergaji RM1500 atau ke bawah.
Teknik 3 bank
Menurut Dr. Adam bagi mereka dalam golongan ini menabung mereka boleh mempraktikkan Teknik 3 Bank.
Teknik ini bermakna mereka perlu ada 3 bank berbeza untuk kegunaan yang berbeza. Boleh guna mana-mana bank yang ada yang memudahkan kita menyimpan.
Apa kegunaan 3 bank ini?
Bank 1 – adalah bank gaji masuk dan bank yang duit di dalamnya kita gunakan untuk keperluan harian seperti beli barang dapur, bayar sewa rumah, loan rumah, minyak kereta, tol dan lain-lain.
Bank 2 – adalah bank untuk entertaiment yang mana duit yang diperuntukkan di dalam bank ini digunakan untuk kita hiburkan diri seperti tengok wayang, makan kat luar, melancon dan lain lain lagi. Perkara ini perlu sebab kita dah penat bekerja dan perlu beri reward pada diri supaya tak demotivated. Even orang kaya pun ada bank ini.
Bank 3 – ini adalah bank yang duit dalamnya adalah untuk simpanan dan pelaburan. Ia tak boleh digunakan sama sekali.
Berapa percent untuk agihkan duit gaji kepada 3 bank ini?
Bila gaji masuk RM1,500 terus agihkan wang masuk dalam 3 bank ini.
-10% untuk bank 2 bagi kegunaan entertaiment
-10% untuk bank 3 bagi investment.
Berapa 10% dari RM1500? Kita cuma agihkan RM150 saja untuk bank 2 dan bank 3. Total hanya RM300 saja. Selebihnya duit gaji adalah untuk keperluan hidup.
Peraturan: Wajib habiskan bank 2, jangan sentuh bank 3
Peraturannya wajib habiskan peruntukan untuk bank 2 bagi hiburan tapi jangan sesekali sentuh duit dalam bank 3 untuk pelaburan.
10 bulan dah ada RM1,500
Hasilnya bila dah 10 bulan kita akan ada simpan RM1,500. Duit ini boleh kita guna untuk laburkan beli unit trust, emas dan sebagainya, tapi JANGAN keluarkan untuk beli handbag baru, telefon baru atau pergi travel dengan duit ini, ‘diharamkan’.
Bagi yang bergaji kecil, inilah teknik yang boleh digunakan untuk menyimpan. Biarpun simpanan kecil tapi yang penting ada!
Sumber: Dr. Adam Zubir
Sedapnya Kuih Tepung Pasung, Manis Berlemak! Buat Sendiri Kalau Rindu Nak Makan, Ini Caranya

Isi Kandungan
ToggleMesti ramai yang rindu nak makan kuih ini atau pun memang tak pernah makan. Kuih tepung pasung ini memang dah jarang jumpa orang yang menjual atau membuatnya.
Kalau teringin nak makan kenalah buat sendiri. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian daripada Pn Habsah Ngah.
Buat sendiri kuih tepung pasung
Bahan bahagian bawah
2 sudu gula pasir
1 keping setengah gula melaka
1 setengah cawan air
1 helai daun pandan wangi
40 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 sudu teh air kapur
Bahan bahagian atas
3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan santan sederhana pekat..
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong
Cara membuat:
1. Masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
2. Tapis dan satukan dengan bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang pengukus. Kukus dalam 5 minit.
4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
5. Sudukan/paipkan ke dalm kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi. Kemudian teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Jika api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih akan tumbang.
3. Biar sejuk baru dihidangkan.
Kredit Resepi : norafidah mahamod
Sumber: Pn Habsah Ngah.
20 Info Kena Tahu Sebelum Bercuti Ke India Secara Backpacker

Isi Kandungan
Toggle
eindahan Kashmir dan juga keagungan mercu Taj Mahal membuatkan ramai yang sanggup ke India kebelakangan ini walaupun satu dulu ia bukanlah jadi destinasi pilihan pelancongan orang kita.
Pun begitu daripada pengalaman mereka yang ke sana, sebelum berangkat bercuti ke India sebaiknya buatlah persiapan ramai kerana keadaan di sana bukanlah secanggih jika kita melancong ke negara Korea, atau Eropah.
Jadi ada baiknya kita baca perkongsian Saidatul Syuhada Sulaiman yang baru saja meneroka Kashmir, New Delhi & Agra, baru-baru ini. Dia menyenaraikan 20 info berguna untuk mereka bakal melancong ke sini terutama secara backpacker berdasarkan pengalamannya.
1. Duit khas untuk tipping
Sediakan duit lebih khas untuk tipping (upah) sebab budaya mereka, bagi duit tip tu biasa. Dan ada yang jenis cari makan dengan tipping. Tak kira di New Delhi, Agra, mahupun Kashmir. Tak sah tak kena bagi tip. Jangan terjebak or biarkan diri dibantu stranger. Takde makna dia tolong tarik-tarik luggage for free. Kena bayar nanti. Kalau tak bayar dia kejar
2. Tukar duit siap-siap
Tukar duit siap-siap sebelum bertolak ke India. Di Kashmir, ada kalanya duit RM atau USD laku dalam jual beli. Tapi rugi la bila diconvert. Orang Kashmir / New Delhi yang meniaga mostly pandai dan fasih berbahasa Inggeris.
3.Seeloknya pergi bulan Ogos & September
Bulan terbaik untuk ke Kashmir ialah bulan Ogos & September. Autumn + tak sejuk sangat + pemandangan cun melecun. Kalau travel pada musim sejuk — tidak digalakkan tidur di Guest House sebab mostly guesthouse di Kashmir takde heater.
Kecuali la nak tidur hotel 4-5 bintang. Elok tidur di Houseboat. At least ada pemanas even tak cukup panas pun (traditional way — guna kayu api).
4. Makanan halal senang dicari
Mostly Indian people vegetarian. Cuma kebersihan makanan tu harus dijaga dengan makan di restoren-restoren. Bukan makan street food. Jangan coba-coba nanti sakit perut susah di Kashmir lagi senang cari makanan halal sebab di Kashmir 95% Muslim, 3% Hindu, 1% Christian, 1% Sikh. Jangan lupa jugak bawa ubat cirit / demam untuk langkah berjaga-jaga in case terkena keracunan makanan.
5. Kashmir bersih
Dari segi kebersihan kawasan, Kashmir mendahului. Orang Kashmir lebih menjaga kebersihan berbanding orang New Delhi & Agra. Rumah-rumah di Kashmir macam di Switzerland, kalau di New Delhi biasa je. So bagi saya, Kashmir dan New Delhi tu seolah-olah dua kawasan yang sangat berbeza.
6. Lokasi paling cantik
Antara Pahalgam (Mini Switzerland, Kashmir Valley), Gulmarg, Sonamarg, SONAMARG paling cantik. Jangan lupa singgah! Naik kuda dicelah-celah salji. Tempat shooting Bhajrangi Bhaijaan & Mission Impossible nak naik kuda tu pun jangan terima dulu harga dia bagi, mintak tawar. Dia offer Rs1500, mintak sampai Rs800. 2 kali kami tunggang kuda : di Pahalgham & Sonamarg.
7. Visa boleh mohorn 3 bulan
Visa India ETA boleh apply yg 3 bulan. Ada yg setahun. Setahun punya dalam RM400++. Tapi sy apply yg 3 bulan. RM340 je. Apply di : https://indianvisaonline.gov.in/ Tak susah apply. Asalkan details yg diisi tu tepat. Dalam masa 2-3 hari settle
8. Download apps OLACABS.
Ini Wajib! Ala-ala Grab kat sana. Jauh lebih murah dari teksi! Jangan suka-suka naik tuktuk, kena caj perhead baru tau. Daftar guna nom Malaysia pun bole. Tapi dia nak call tak dapat la incase tak jumpa kita.
Di New Delhi kami guna OlaCabs, di Agra kami charter van.Kenderaan di Kashmir pulak boathouse sediakan sekali. Kiranya bayar untuk boathouse + driver. Di Kashmir pun bolehnaik public transport untuk ke tempat-tempat lawatan seperti bas macam dalam cerita Bhajrangi Bhaijaan.
Cuma kenastudy route perjalanan bas-bas tersebut. Setiap tempat tu jaraknya dari 1 jam hingga 3 jam dari Srinagar. Memandangkan musim sejuk maka kami memilih menaiki Toyota Innova yang disediakan pihak boathouse. Selesa dan affordable!
9. Guna simcard jenis ini
Simcard yang okay kat sana ialah simcard AIRTEL & Vodafone. Beli kat airport New Delhi dengan harga Rs999. Sebab airport New Delhi takde free wifi. Nak free wifi kena login guna password yang dihantar kepada sim local.
Boleh jugak beli kat luar, market kat bandar. Lagi murah. Tapi sebab nak guna on the spot internet so kami beli di airport. Kat Kashmir takleh guna sim dari New Delhi ni sebab Kashmir region special sikit.
Nak beli simcard kat sana susah sebab kena ada alamat tetap (local sana inform). So time kat sana saya pinjam simcard kawan (local Kashmiri) then topup, share hotspot ramai-ramai.
10. Taj Mahal tutup Jumaat
Taj Mahal dan kawasan sekitar tutup hari Jumaat untuk lawatan bagi memberi laluan untuk solat. Dan elak pergi waktu weekend sebab ramai sangat manusia. Jangan terpedaya dengar orang yg offer jadi tourguide kat tempat lawatan (contoh di Taj Mahal). nanti kena tips banyak. Kecuali tourguide under government. FOC. Tapi dia dah tolong bagi informationmacam-macam tu bagi jela tips sikit
11. Jangan ambil tour guide di Gulmard
Di Gulmarg tak perlu tourguide (ni kat area Gondola). Kami terspend Rs700 (around RM37) untuk tourguide padahal tak perlu pun! Boleh je survive sendiri. Tak perlu jugak sewa boot & jacket for Rs200. Pakai je baju sendiri, boot sendiri. Jangan bazir duit kat Gulmarg. Kat sana memang depa paksa-paksa pakai, nak bagi takut konon-konon atas sana sejuk memang sejuk tapi baju sendiri dah memadai!
12. Lokasi barangan kulit murah
Shopping barangan kulit (jaket kulit) paling murah di mana? Di Kashmir. Bukan di boathouse, bukan di atas Shikara, tapi di Ground Market. Jaket kulit asli cuma Rs2500 di Kashmir tapi di Agra Rs12000 keychain, sari, barang-barang souvenir semua beli di Ground Market! (They should give me commission for this ada LOL)
13. Flight domestik
AirIndia merupakan antara flight domestic yg boleh digunakan di India untuk ke Kashmir dari New Delhi. Ada free 25kg luggage per person, siap makan atas flight. Space seat antara seat kita and seat depan sama luas dengan seat hotseat Airasia yg duk depan sekali tu. Haha. Selain tu ada Vistana Air dan Jet Air (info dari traveller yang guna airlines lain)
Note : nama Airport untuk ke Kashmir ialah Srinagar Airport
14. Must try food in India
Chicken Biryani, Meggi Massala (macam kat India je ade). Tapi pilih restoren baik-baik ye. Buah-buahan kat sana memang terbaikkk. Berkilau-kilau dan sedapp. Cuma di Agra & New Delhi makanan halal mahal sikit berbanding Kashmir since Kashmir ramai muslim
15. Kalau tak cukup duit
Jangan khuatir atau bimbang if tak cukup duit kat sana, macam biasa boleh draw duit dari ATM asalkan kad atm tu aktif untuk transaksi international. Boleh la shopping sampai lebam even tak cukup bawak cash!
16. Naik train jer
Dari New Delhi-Agra-New Delhi, boleh naik train. Tapi satu-satunya train yang terbaik dan punctual umpama train kat Jepun ialah Gaatiman Express yang ada setiap hari jam 8.10pagi (New Delhi-Agra) dan jam 5.50pm (Agra-New Delhi).
Naik je first class, duduk dalam aircond and dapat makanan sampai kenyang. 1 jam 50 minit je dah sampai since train tu train paling laju. Kalau naik bas/kereta, 3-4 jam! Kalau salah naik train, boleh sampai ke destinasi dalam 6 jam, sebab terlalu banyak berhenti even jarak sama je. So be careful.
17. Tawar kalau beli sari
Saree dan punjab dalam gambar bukan disewa tapi dibeli kat India. Pure indian silk. Banyak je jual tepi jalan. Bargain elok-elok. Jangan mudah terpadaya dgn harga murah. Kalau die sebut tu confirm harga mungkin boleh tawar almost half. Hehe
18. Pilih hotel yang tandasnya molek
Since kebersihan harus dijaga. Kalau yang cikai2 boleh tapi kena sabar la sikit. Dah la location dalam apps and location sebenar tu macam tak betul sikit. Hotel kat alamat sekian-sekian, tapi exact location kat tempat lain.
Hotel boleh book guna travelog.com. Jangan risau sebab mostly bayaran dibuat waktu kita sampai hotel, so hotel kat India kebanyakannya takde yang charge credit card waktu kita book online. Free cancellation cost if nak cancel last minute. Macam tau-tau je susah nak cari hotel dia. Haha guna
19. Masa jem
Kalau nak jalan di New Delhi waktu transit, sila pastikan masa yang mencukupi sebab jalan di New Delhi sangat jammed dan sangat tak digalakkan nak sewa kereta untuk drive sendiri di India. U-turn tengah highway, driving melawan arus tu biasa bagi dorang. Jangan terkejut and confirm hangpa menjerit-jerit dalam kereta waktu menyaksikan local kat sana drive.
20. Beri duit cukup-cukup
Sediakan duit yang mencukupi time bayar apa-apa. Kadang-kadang kalau takde duit baki, dorang akan ambik je semua duit tu. Nak bayar kurang takleh, so kira redho jela duit lebih tu since takde duit kecik.
Thank you geng-geng cikgu yang sudi bersama trip kali ni. next year kite open trip Kashmir pulak so…enjoy the pictures!
Kredit: Saidatul Syuhada Sulaiman
Malu Dengan Budak 8 Tahun Shamsul Ghau Ghau Insaf, Kini Bergelar Tenaga Pengajar Agama Bertauliah

Isi Kandungan
Toggle
Bermula dari rasa malu kerana membuka al-Quran terbalik dari kanan ke kiri, sejak itulah timbulnya
rasa insaf dalam diri pelakon, Shamsul Ghau Ghau. Kejadian itu dialami ketika berada di hadapan Kaabah semasa
mengerjakan umrah.
“Sedang duduk di depan Kaabah, seorang budak lelaki dalam lingkungan 7 atau 8 tahun umurnya duduk di depan Pak Su. Dia bukak Quran dan baca. Pak Su terfikir, sejak khatam Quran masa usia 12 tahun dulu, Pak Su tak pernah dah baca Quran. Terfikir, macam mana kalau Pak Su mati pada hari itu dalam keadaan Pak Su tak boleh baca Quran,” ceritanya.
Ketika itu Shamsul yang mesra dipanggil Pak Su mengakui dia rasa tercabar dengan kanak-kanak tersebut. Dia membuka Quran namun dalam keadaan terbalik hingga mencetuskan rasa bersalah dalam dirinya. Malah ketika itu dia sendiri gagap untuk membaca surah al-Baqarah kerana sudah lupa tanda-tanda bacaan yang sepatutnya diketahui oleh seluruh umat Islam.
Doa depan Kaabah
Keinsafan yang dirasai di Kaabah itu menyebabkan dia memasang niat untuk mengubah diri. Mengambil kesempatan berada di bumi yang penuh barakah Pak Su memohon berdoa supaya dia yang ketika itu belum berumah tanga diberikan jodoh yang baik, dikurniakan anak yang menyejukkan hati, kediaman yang dekat dengan masjid selain dipermudahkan usaha untuk mengaji al-Quran. Paling utama, Pak Su berdoa supaya ditetapkan iman kerana dia sedar ketika itu imannya pasang surut.
Pada 2004, doa Pak Su dimakbulkan Allah. Dia bertemu jodoh dan tahun berikutnya dia dikurniakan seorang cahayamata malah doanya untuk punya rumah berhampiran masjid juga dimakbulkan.
“Pak Su juga bersyukur kerana Allah makbulkan Pak Su miliki rumah dekat betul dengan masjid. Sejak itulah Pak Su rasakan bahawa Allah dengar segala doa yang Pak Su bacakan ketika kali pertama pergi Mekah untuk mengerjakan umrah dulu. Maha Suci Allah.”
Tukar persekitaran
Menurut Pak Su, jika kita ingin berubah dalam hidup, hijrahlah dengan persekitaran terlebih dahulu. Kalau masih perlu berada dalam persekitaran lama, maka mereka yang ingin berhijrah itu perlu lebih kuat. Dia bagaimanapun bersyukur kerana memperoleh kawan-kawan baru yakni jemaah masjid yang dapat membantu membimbingnya.
Dari situ jugalah sedikit demi sedikit Pak Su belajar ilmu agama hingga kini dia sudahpun bergelar tenaga pengajar agama di Selangor. Pentauliahan ini diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang membolehkan Pak Su mengajar agama dan al-Quran.
“Ilmu kita kena cari kerana ilmu tak datang sendiri. Pergi berguru dengan orang yang betul. Dan kena mula dengan menutup aurat sebaik mungkin terutama wanita,” nasihat Pak Su.
Istiqamah
Setiap perubahan perlukan proses yang berterusan dan istiqamah. Menurut Pak Su, untuk terus istiqamah, dia amalkan 5 perkara iaitu:
1) Rajin baca Quran dan faham maknanya.
2) Rajin solat pada waktu malam.
3) Banyak berzikir.
4) Kerap berpuasa.
5) Berkawan dengan orang soleh.
3 impian ingin dicapai
Semua orang inginkan kebahagiaan dalam hidup. Untuk mendapatkan kebahagiaan itu, sudah pasti perlu ada usaha dan tingkah laku kita sendiri perlu menjurus ke arahnya. Demikian kata Pak Su bila ditanya tentang impiannya yang ingin dicapai.
“Dalam hidup Pak Su, antara yang ingin Pak Su capai ialah untuk mati dalam iman. Biarlah pengakhiran hidup kita ini selalu ingat mati dan diakhiri dengan iman. Bahagialah kita di alam sana nanti. Keduanya, Pak Su ingin isteri dan anak jadi insan yang soleh serta solehah. Seterusnya, Pak Su ingin Allah melapangkan kubur ibu bapa dan masukkan mereka ke dalam syurga,” kata Pak Su.
Ditanya apakah impiannya yang lain, Pak Su mengungkap sesuatu yang berbeza.
“Pak Su ingin mengislamkan Christiano Ronaldo. Apa yang Pak Su baca di internet, Christiano seorang yang punya keperibadian yang baik. Dia seorang pemain bola sepak bukan Islam namun sangat menyokong Islam. Malah dia pernah menolak kontrak syarikat produk Israel yang lumayan nilainya. Dia juga menolak bertukar jersey dengan pemain Israel dan turut menolak untuk diinterview oleh media dari Israel. Alangkah bagusnya jika dapat Islamkan beliau.”
VK pun rasa sejuk hati ketika menemu bual Shamsul Ghau Ghau di sebuah restoran di Bangi. Memang nampak berbeza sungguh beliau yang dulu dengan yang sekarang. Kata Pak Su kepada VK, jangan lupa baca al-Quran setiap hari walaupun sikit. Ini kerana itulah pedoman yang ditinggalkan untuk kita semua sejak dulu sampailah dunia ini kiamat. Terima kasih Pak Su!