Gam gajah melekat pada jari selepas menggunakan gam gajah atau superglue biasa terjadi. Ia menimbulkan ketidakselesaan pada jari.
Kesan gam ini pula susah nak tanggal walaupun kita cuci berkali-kali, kadang-kadang melekat hingga 2-3 hari pada jari. Sebenarnya apa cara yang boleh kita guna untuk tanggalkan gam gajah yang kena pada tangan ini?
Menurut ahli kimia Fatimah Salim cara untuk tanggalkan gam ini mudah saja, cuma guna garam.
Cara tanggalkan gam gajah bila kena tangan
Ads
Cuma guna garam untuk tanggalkan gam
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggunakan garam. Caranya;
Gosok garam pada pada bahagian yang terkena.
Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering.
Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air.
Kenapa garam? Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan.
Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.
Ads
ASAL USUL
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya.
Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Pisang antara buah yang selalu ada di rumah kita. Sama ada untuk dimakan segar atau dibuat masakan.
Biasanya kulitnya kita akan buang, tapi selepas ini simpan untuk diolah terutama yang bagi yang bercucuk tanam.
Kulit pisang ini boleh kita jadikan baja untuk pokok sayur dan juga pokok bunga. Ia kaya dengan potassium dan nutrien yang berguna untuk kesuburan pokok.
Pokok basil atau pokok selasih ini adalah hasil siraman baja kulit pisang. Bukan main subur kan.
Jadi daripada buang kulit pisang ini elok kita recyle jadi baja. Cara membuatnya juga mudah;
1. Ambil kulit pisang (dari 2 biji pisang yang besar). Potong dan rendam dalam lebih kurang 3 liter air.
2. Rendam semalaman dan keesokan hari boleh siram pada pokok sayur, bunga atau pun herba. Tak perlu masuk dalam peti ais.
3. Jika air habis boleh tambah, sehinggalah kulit bertukar menjadi coklat, bolehlah dibuang.
Air kulit pisang ini adalah baja organik yang sangat baik untuk menyuburkan tanaman dan murah.
Satu perkara yang mungkin boleh mendebarkan pemandu bila tiba di persimpangan yang besar namun lampu isyarat rosak.
Dengan keadaan kereta yang tak putus-putus, bersumbat-sumbat sebenarnya siapa yang perlu jalan dulu?
Supaya kita tak lagi terkeliru bila berdepan situasi lampu isyarat rosak, berikut adalah panduannya.
Lorong mana dapat keutamaan laluan
1. Sebaik sahaja anda ketahui lampu isyarat di jalan tersebut sedang rosak, anda haruslah memperlahankan pergerakan kenderaan.
2. Beri laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
3. Sekiranya anda dan kenderaan yang lain tiba pada waktu yang sama, berilah laluan kepada kenderaan yang datang daripada sebelah KANAN terlebih dahulu.
4. Pastikan anda tidak berasa teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan lebih berhati-hati.
Simpang tanpa lampu isyarat tapi ada isyarat berhenti
Ada juga persimpangan tanpa lampu isyarat tapi ada tanda berhenti I LALUAN.Kereta A perlu memberikan keutamaan laluan kepada kereta B terlebih dahulu.
Di persimpangan ini, pemandu seharusnya:
Berhentikan kenderaan sehingga tiada sebarang lintasan trafik di hadapan atau dari arah kanan.
Berikan laluan kepada kenderaan yang hadir dari arah kanan atau hadapan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...