Guna Kertas! Barulah Dapat Hasil Lipatan Pakaian Yang Kemas Tersusun, Sama Ukuran Macam Ni

Share

Kagum sungguh bila melihat kekemasan baju yang dilipat oleh Rose Kamarina ini. Elok lurus sama saiz, macam susunan baju yang dijual di pusat beli belah. Berbeza sangat kan dengan hasil lipatan pakaian kita dalam almari di rumah kan.

Kalau teringin nak baju yang dilipat kemas sebegini, beliau juga turut berkongsi caranya.

Mood lipat kain

Saya bukan pro, suri rumah biasa, anak empat. Kadang-kadang kita kena kreatif untuk selesaikan masalah kain yang tak pernah habis dilipat ikut keselesaan masing-masing. Moga lepas ni semua semangat nak lipat kain.

Ini cara saya lipat kain.

1. Sediakan kad/kertas keras/kotak/buku sebagai acuan atau ukuran. Saiz ikut suka.

2. Saya guna kertas A4 putih, folder yang dah lama.

3. Yang atas tu sebagai ukuran. Bawah lapik dengan kertas A4 putih biasa.

4. Dah siap lipat, boleh cabut ukuran. Kertas ini digunakan pada setiap helai baju yang dilipat barulah dapat hasil yang kemas.

Hasilnya…

Teknik ini menjadikan lipatan baju sama ukuran atau saiz, jadi barulah hasilnya kemas.

Siap susun ikut warna lagi!

Semoga bermanfaat

Sumber: Rose Kamarina

IKLAN