Ramai antara kita tahu betapa struggle untuk bayar pinjaman PTPTN. Tamat belajar dah ada hutang walaupun belum ada kerja.
Kalau boleh tak mahu anak kita alami perkara yang sama. Salah satu cara untuk elakkan perkara ini berlaku pada mereka adalah dengan membuat simpanan awal.
Paling baik adalah dengan simpanan emas. Kita sendiri tahu kan harga emas tak pernah turun. Jadi hadiahkan anak setiap bulan 1 gram. Kongsi suami isteri untuk membelinya.
Kalau buat secara tetap, bila anak dah umur 18 tahun dia dah ada simpanan RM59 ribu. Untuk sambung belajar tak perlu dah buat pinjaman PTPTN.
Tahun ini harga emas sudah cecah RM300 iaitu harga yang paling tinggi untuk tahun 2020!
Kita boleh lihat di sini dalam masa 20 tahun harga emas naik 10x ganda tingginya! Ini baru cerita untuk 1 gram.
Bayangkan kalau mak ayah yang ada anak baru lahir, setiap bulan kita hadiah simpanan 1 gram untuk dia. 1 bulan simpan = 1 gram 1 tahun simpan = 12 gram 18 tahun dah ada simpanan emas = 216 gram
Ads
Nampak tak nanti umur anak dah 18 tahun dah ada simpanan sebanyak RM59,400! **RM275 harga hari ini x 216 gram = RM59,400
Ini baru darab dengan harga emas yang tengah jatuh murah hari ini. Bayangkan tahun 2038 umur anak 18 tahun, masa itu mungkin harga emas sudah mencecah RM400 – RM500 segram!
Ads
Best tak kalau anak dah besar mereka ada simpanan sebanyak itu? Dengan duit itu la anak-anak nanti boleh guna untuk bayar kos pendidikan Diploma dan Degree mereka around RM40,000.
Kita tak nak dah anak-anak generasi akan datang kena lalui macam mana ramainya anak muda lalui sekarang ini. Habis je belajar mereka kena setelkan bayar hutang belajar PTPTN dan kalau tak bayar nanti rekod di CCRIS jadi tak cantik dan banyak nombor 1,2,3. Dan kesannya anak susah nak buat pinjaman di bank untuk beli rumah nanti.
Asyik makan nasi goreng, bihun, nasi lemak saja waktu pagi bosan juga. Nah buat pankek ini, gebu ala McD. Kalau ke fast food ini, pankek ini memang jadi kesukaan anak-anak.
Lembut, makan pula dengan sirap maple dan mentega, memang tak cukup dua keping. Kalau beli satu set pun dah RM10. Memang lebih jimat buat sendiri.
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu butter dicairkan
Cara membuat
1. Mula-mula campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati. Kacau pakai sudu dengan tangan pun boleh sudah. Kalau kau rajin masukkan semua tu dalam blender dan blend. Siap.
2. Panaskan kuali leper non-stick, api perlahan, Sendukkan adunan atau batter tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sampai penkek tu nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan lalu biar sampai kuning keemasan.
Siap dan hidangkan dengan butter dan maple syrup ke, madu ke, aiskrim ke, susu ke atau apa saja yang disukai.
Melihat deretan nanas Sarawak yang diketahui memang manis rasanya ditanam tepi rumahnya buat ramai yang teruja. Tak kurang juga terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama.
Apalagi bila wanita dikenali nama Jodi Cholo ini memberitahu setiap satu nenas itu anggaran beratnya 3-4.5kg/biji sebiji dan semua pokok nenas itu ditanam dalam polibeg saja.
Tidak lokek berkongsi ilmu, ini tip dan penjagaan penanaman nenas Sarawak yang dipraktikkan oleh beliau.
Tip tanam dan penjagaan nenas Sarawak
1.Tanam nenas Sarawak di tepi rumah saja. Tanam sejak Ramadan 2021 dan Ramadan 2022 dapat tuai hasil. Bilangan pokok ada 70 pokok.
2.Tanam melalui anak/ sulur bukan jambul dalam polibeg saja, saiz 13×13 atau 10×10. Median yang digunakan adalah 100 peratus tanah sawit. Saya potong pelapah anak pokok sebelum tanam, tinggal 3 helai yang atas sahaja supaya pokok cepat naik.
3.Anak pokok diletakkan di tempat yang kena 100 peratus sahaya matahari. Nenas ini tanam manual, 2 minggu 1 kali disiram, itu pun kalau musim panas.
4.Baja yang digunakan adalah baja NPK 15,15,15 cara 2 minggu 1 kali, sukatan sesudu makan untuk satu polibeg (saya tak pakai baja foliar).
5.Letak silver shine (tikar alas bawah polibeg) untuk elak rumput dari tumbuh sebab malas cabut rumput.
6.Fungsi pinggan polisterin/topi untuk lindung cahaya matahari yang terik elak buah rosak. Letak pinggan ini setelah buah besar.
7. Berat purata nenas 3-4.5kg/biji dan rasanya manis. Sepanjang tanam tiada racun serangga digunakan.
Tip ekstra
-Pastikan pokok sihat sebelum berbuah.
-Pokok besar buah pun akan besar.
-Selepas pokok berbuah berhenti letak baja untuk elak buah rosak.
Zaman sekarang isteri atau kaum ibu pun kebanyakannya bekerja dan dah tentu tak sempat untuk membuat semua kerja rumah.
Sebab itu ramai suami sekarang yang tak berkira membantu isteri di rumah. Selalu saja tengok kaum bapa menyidai pakaian waktu hujung minggu atau memasak di dapur kan.
Tapi sebenarnya tugas ini bukan tugas suami isteri saja, anak-anak jua harus dilatih melakukan kerja rumah. Bukan saja untuk meringankan kerja ibu bapa tapi supaya sikap yang sama dibawa bila anak sudah berumah tangga kelak. Supaya ‘mind set’ kerja rumah kerja orang perempuan itu dah tiada lagi.
Kalau nak mengajar anak sebenarnya biarlah dari kecil dan kena ada cara. Kaedah diguna pakai Ahmad Affzan Abdullah juga menarik untuk ibu bapa lain praktik kan.
Katanya sebelum minta anak buat, fahamkan kenapa mereka perlu buat kerja rumah itu. Selebihnya jom baca perkongsiannya.
Fahamkan Anak Kenapa Perlu Tolong Buat Kerja Rumah
Satu ketika, aku tengah makan. Nampak isteri aku tunjuk artikel di telefon pintar pada anak-anak.
“Baca ni,” katanya.
Aku tengok saja. Lepas makan aku tanya dia, “Artikel apa tu?”
Dia pun tunjuk pada aku. Artikel itu dalam bahasa inggeris, ditulis oleh seorang perempuan mat saleh. Dia bercerita ketika dia sedang sibuk cuci pinggan di dapur, suaminya dan anak-anak selamba tengok TV. Puas dia panggil semua buat bodoh saja.
Akhirnya selepas lama dia bising, suami dia pun cakap pada anak-anak,
“Dah, dah. Pergi tolong mak kamu tu.”
Kemudian dia terfikir, kenapa bila cuci pinggan, kemas rumah itu, dianggap sebagai ‘tolong’ ibu dan isteri. Seolah-olah itu memang tugas ibu semata-mata, orang lain kalau buat itu sekadar nak tolong saja.
Bukankah rumah ini rumah kita bersama? Kita guna tandas bersama. Ruang tamu bersama.
Mengapa kita tidak menganggap bahawa ini kerja kita bersama juga?
Aku mengangguk-angguk sambil membaca artikel itu.
Betul, biasanya kita ini ambil mudah.
Kerja rumah kait dengan orang perempuan
Bila kerja-kerja di rumah saja, secara automatik kita kaitkan dengan tugas orang perempuan, iaitu ibu kita atau isteri kita. Kenapa mentaliti kita begitu?
Pinggan, ramai yang lepas makan hanya letak saja dalam sink. Yang lebih teruk, tinggal saja atas meja makan. Maka ibu atau isterilah yang mengutip sampah sarap ini tadi dan membawanya ke dapur
Tandas, semua guna untuk buang segala kotoran dalam badan. Bila mangkuk tandas dan lantai sudah berdaki, semuanya buat tak tahu. Masing-masing beranggapan nanti ibu atau isteri yang akan sental.
Kipas dan aircond, semua nak guna waktu kepanasan. Namun bila berhabuk, masing-masing lebih rela bersin dan terbatuk berbanding ambil inisiatif untuk buang habuk yang terkumpul. Semuanya tunggu ibu atau isteri yang buat.
Beginikah cara kita hidup bersama di dalam rumah? Di bawah satu bumbung?
Kami buat duty roster
Maka kami pun buat jadual. Duty roster. Ada tugas harian, ada tugas mingguan. Semua wajib laksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut apa yang telah ditetapkan.
Untuk apa? Supaya masing-masing ada rasa kebertanggungjawaban. Supaya anak dan suami tahu, rumah ini tanggungjawab bersama untuk pastikan ia bersih, kemas dan sihat untuk didiami.
Bukan kerja orang perempuan saja. Bukan tugas ibu atau isteri saja. Kita semua buat sepah, kita semua kena kemas.
Bergilir-gilirlah. Masing-masing akan rasa cuci pinggan, sidai baju, cuci tandas, sapu sampah, cabut rumput dan lain-lain.
Tidak ada ruang untuk anak-anak rasa seperti tuan atau bos. Tidak ada ruang untuk suami atau isteri menyuburkan ego. Barulah kita boleh hargai setiap sudut rumah yang kita diami.
Kita nampak ruang tamu kemas, kita tersenyum dan kata pada diri, itu kita yang kemas sama-sama.
Kita nampak tandas bersih, kita juga rasa puas hati kerana kita pun terlibat dalam memastikan tandas itu harum dan tidak jijik.
Baru kita tahu apa yang ibu, isteri kita rasa
Kita akan geram bila ada ahli keluarga cuba sepahkan barang. Sebab kita tahu betapa lecehnya nak kemas balik.
Baru kita tahu apa yang ibu dan isteri kita rasa selama ini.
Rumahku syurgaku. Selalu orang sebut, namun tak ramai yang berusaha untuk menjadikan rumah itu syurga bersama-sama. Hanya mengharap ia jadi syurga secara tiba-tiba?
Semoga Allah sentiasa menaungi keluarga kita dengan rahmah dan maghfirah-Nya, dan rumah yang kita diami itu sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan ketenangan.
.
.
Ahmad Affzan Abdullah.
Pelukis Kaligrafi Eksklusif
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...