Hasil Larian 5KM Setiap Hari & Diet ‘Eat Clean’, Lelaki Ini Berjaya Hilang 35KG Dalam Masa 4 Bulan

Share

Tidak dinafikan bukan wanita saja yang menjaga bentuk badan supaya tidak mengalami berat badan berlebihan dan kekal bertubuh langsing, tetapi juga kaum lelaki.

Seperti perkongsian lelaki ini dikenali dengan Sham Shooter yang sebelum ini pernah mengalami pertambahan berat badan sehingga mencecah 120 kg.

Tetapi akhirnya berjaya mengurangkan berat sebanyak 35 kg dalam masa empat bulan setelah mengamalkan diet dan membuat senaman larian setiap hari secara konsisten.

Perbezaan cukup ketara.

Menurutnya ketika mula-mula mengamalkan diet dan melakukan aktiviti senaman, dia hanya boleh mampu berjalan mengheret kaki sejauh 3 km sahaja, tetapi lama kelamaan barulah boleh berlari sehingga 5km tanpa henti.

Hasil usaha keras, kini berat badannya telah mencecah 88 kg dan masih konsisten mengamalkan rutin yang sama dalam mengekalkan berat badan.

Tip Hilangkan 35 Kg Dalam Masa 4 Bulan

Mengamalkan Menu Yang Sihat / Eat Clean

– Untuk makan pagi, mengambil telur rebus bersama roti roti wholegrain dan juga kopi kurang manis (tubuh kita masih perlukan gula, tetapi haruslah kurangkan kemanisan itu).

Untuk sarapan pagi.

– Manakala untuk makan tengah hari akan mengambil menu yang sama, tetapi lebihkan pengambilan makanan yang rebus dan bakar.

– Untuk sementara tinggalkan pengambilan makanan laut sehingga berat badan jadi stabil.

Rebus dan bakar untuk makan tengah hari.
Sudah memadai.
Menu seimbang.

– Sementara untuk makan malam pula tekankan pengambilan masa, iaitu diambil pada jam 6.30 petang dengan mengambil buah atau hanya minum sahaja.

Pilihan untuk makan malam.
Sama seperti menu tengah hari.
Ambil buah sebagai pilihan untuk makan malam.

– Mengamalkan cheat day tetapi pada hari Sabtu dan Ahad atau salah satu hari.

– Misalnya pagi makan nasi lemak ayam, jadi tengah hari akan kurangkan makan dan sebelah petang bersenam lebih sedikit.

Tip Lain:
– Amalkan aktiviti larian 5 km sehari secara konsisten.
– Jangan lupa minta dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan semua urusan.

Konsisten amalkan aktiviti larian setiap hari.

Artikel berkait:

Berjaya Turun 13 KG Sejak Februari, Kongsi Tip Pasangan Suami Isteri Ini

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

IKLAN