Laman

Hati-Hati Kalau Tanam Pokok Siti Zubaidah, Memang Cantik Tapi Ada Bahagian Yang Beracun

Share

Pokok bunga Siti Zubaidah atau nama sainstifiknya Hydrangea memang cantik bila ia mekar. Disebabkan itulah ia punya ramai peminat dan ramai juga yang menanamnya di rumah.

Pokok yang merimbun ini memang mudah berbunga dan ia akan kembang mekar selama tiga bulan. Dari situ jugalah pokok bunga ini turut dipanggil pokok kembang 3 bulan.

Namun, dalam kecantikan itu sebenarnya ada bahaya yang tersembunyi. Bagi yang ada menanam pokok bunga ini di rumah harus berhati-hati. Ini kerana menurut Pusat Racun Negara pokok bunga yang cantik ini mengandungi sejenis racun.

Perlu diketahui bahawa bahagian tumbuhan pokok bunga siti Zubaidah terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.

Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.

Jadi perlu berhati-hati jika mengendalikannya. Ia perlu dijauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Pusat Racun Negara

IKLAN