Selepas melalui tahun penuh kemelut rumahtangga pada 2017, Datuk Adi Putra memulakan tahun baru ini dengan lembaran berbeza.
Pelakon ini semalam bernikah dengan bekas isteri pertamanya Aida Yusof nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Adi Putra sendiri dalam laman instagramnya malam semalam.
“18.1.18 CONTINUITY OF 12 YEARS. Syukur Pada Allah dan trima kasih pada yg hadir dan juga mendoakan buat Saya dan @aidayusof15 Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen
Demikian tulis Adi Putra yang turut memuat naik dua gambar bersama Aida.
Ads
Selamat pengantin baru…eh lama!
Dalam pada itu berita pernikahan Adi Putra itu turut dikongsi oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.
Nurul yang kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah turut memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.
“Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15… Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”… eh… lama… Baharu… Ehh,” tulis Nurul Zahid yang turut memuat naik foto Adi Putra menyarungkan cincin ke jari isterinya.
Ads
Posting pernikahan ini mendapat reaksi peminat pelakon itu yang kesemuanya mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan mendoakan mereka kekal bersama hingga ke jannah.
Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.
Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.
Ads
Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.
Kehadiran Putera Abdul Mateen Bolkiah kerabat diraja Brunei dalam acara ekuestrian tiba-tiba menyebabkan sukan kelas atasan yang dulu kurang mendapat tumpuan menjadi perhatian untuk Sukan Sea 2017 ini.
Mencambahkan lagi minat netizen bila DYMM Tuanku Sultan Mizan yang turut mewakili negara dalam sukan ekuestrian berjaya memenangi pingat emas untuk acara Endurance yang telah berlangsung kelmarin.
Tapi sebenarnya selain Sultan Terenggganu, Tuanku Sultan Mizan dan Putera Abdul Mateen yang merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei, ada lagi keluarga diraja lain yang terlibat mewakili negara mereka dalam sukan ekuestrian yang bermula hari ini di Taman Ekuestrian, Putrajaya.
Tiga daripadanya adalah kerabat diraja Brunei dan seorang lagi Puteri Raja dari Thailand. Hebat kan!
Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah & Pangiran Muda Bahar Bolkiah
Puteri Azemah Ni’matul, merupakan kekanda Putera Mateen sendiri sementara Pangiran Muda Bahar Bolkiah adalah anakanda kepada Pengeran Muda Jefri Bolkiah, adinda Sultan Brunei.
Pangiran Muda Abdul Qawi
Beliau merupakan anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.
Puteri Sirivannavari Nariratana
Sirivannavari Nariratana merupakan Puteri kepada Raja Thailand Vajiralongkorn dan Sujarinee Vivacharawongse.
Kalau pramugari di negara kita kebanyakannya muda-muda dan cantik-cantik belaka lain pula dengan pramugari syarikat penerbangan American Airlines. Cantik dan muda bukan kriteria utama.
Ini pada usia yang layak dipanggil warga emas masih ada lagi yang bertugas awan biru. Begitulah kelebihan Bette Nash. Berusia 81 tahun, Nash masih bagi bekerja sebagai pramugari dan dikatakan pramugari tertua di dunia!
Nash memulakan kariernya sebagai krew kabin pada tahun 1957, ketika usianya 21 tahun. Bagi Nash, kerjaya sebagai pramugari cukup glamor dan atas sebab itulah dia rela menghabiskan sebahagian besar usianya bertugas di awan biru.
Nash menjadi pramugari selama lebih kurang 60 tahun. Penerbangan pertamanya adalah ketika bersama Eastern Airlines. Malah dia juga sempat terbang dan melayani penumpang seperti Jackie Kennedy, isteri bekas Presiden Amerika, John F. Kennedy.
“Ramai juruterbang yang datang dan pergi. Ada juga yang dah pencen tapi saya tetap di sini,” ujar Nash.
Mengimbas pengalaman menarik bekerja katanya, dahulu penumpang pesawat dibolehkan untuk merokok. Malah dia menghidangkan makanan menggunakan dulang perak dan masih mengenakan sarung tangan putih.
Kini keadaannya sudah jauh berbeza cuma Nash saja yang tidak berubah. Dia masih lagi bekerja memulakan waktu paginya dengan mengenakan mekap selepas sampai di Reagan National Airport di Washington.
Ujar Nash dia tidak mahu terburu-buru menamatkan perkhidmatannya. Selagi masih diberi kesihatan yang baik dia akan tetap mahu bekerja di sebagai krew kabin dan melayani penumpang dengan senyuman dan ramah.
Selepas hampir empat tahun hidup bersama anak-anak, pelakon Dynas Mokhtar,35 akan menamatkan status ibu tunggal yang dipegang pada hujung minggu ini.
Bakal bernikah dengan jejaka bujang Shazrik Din, meski ini merupakan perkahwinan kedua buat dirinya namun tetap ada acara berbalas hantaran.
Menariknya, hantaran yang disediakan oleh Dynas untuk bakal suaminya itu cukup istimewa dan rasanya tak pernah lagi dibuat dek pasangan lain.
Bagi pasangan yang ‘ada-ada’ mungkin pernah memberikan hantaran rumah, kereta atau percutian tapi apa yang diberi Dynas berbeza. Sebagai hantaran untuk suami, Dynas memberikan pembedahan lasik untuk mengatasi masalah mata yang dialami Shahrik.
Belum pernah dengar lagi kan pembedahan lasik dijadikan hantaran kahwin.
Ujar pelakon ini hantaran itu adalah hadiah terbaik buat suaminya. Hadiah penglihatan lebih jelas ini katanya supaya bakal suami dapat melihat betapa dia sangat menyayanginya. Sweet sungguh Dynas ni.
Perkara ini dikongsi Dynas dalam satu entri di instagramnya baru-baru ini.
“As hantaran I decided to give Rik the best gift ever ! Perfect vision and that you can see how much I love you . A special Tq to Prof Muhaya,”demikian tulis Dynas dalam status yang turut berkongsi video ketika Shazrik melakukan pembedahan lasik di Pusat Lasik Prof. Dr Muhaya.
Dalam ruangan komen di status tersebut Dynas turut berkongsi tentang harga pembedahan lasik yang dilakukan. Membabitkan kos RM12 ribu, pembedahan ini katanya hanya dilakukan dalam masa dua minit sahaja.
Jelas Dynas dia sendiri pernah melakukan pembedahan lasik ini satu ketika dulu yang melibatkan kos RM 8 ribu namun tempoh pembedahan adalah selama 17 minit.
Terbaiklah hantara Dynas ni, kalau ada duit apa salahnya untuk insan tersayang kan.