Jamuan sekolah memang selalu diadakan, dari jamuan raya, jamuan akhir tahun, jamuan hari guru dah sebagainya. Mak-mak yang ramai anak memang selalu pening fikir apa nak bawa. Kalau ada lagi yang sedang fikir apa menu yang hendak disediakan untuk jamuan sekolah anak, idea yang dikongsi Rose Senni ini boleh kita tiru.
Menyediakan spageti bolognese daging, ia memang menu biasa tapi cara penyediaannya yang menarik kerana praktikal untuk anak-anak makan. Spageti ini diisi dalam cup atau cawan plastik sekali dengan garfu memang memudahkan kerana tak perlu guna pinggan. Boleh terus gaul dan makan.
Spageti bolognese daging dalam cup
Alhamdulillah tengah sarat menunggu hari dapat siapkan menu untuk jamuan akhir tahun untuk 3 orang anak. Total untuk 120 orang makan. Terima kasih pada ahli group MAHN yang pernah berkongsi idea untuk hidang macam ni. Maaf sebab tak ingat siapa.
Saya masak 3 kali sebab waktu jamuan berbeza dan banyak sangat. Sekali masak untuk 40 cup. Dah hantar anak-anak akan letak siap garfu/chopstik. Mudah sebab tak perlu pinggan bagai dah. Boleh terus gaul dan makan.
Ni resipi Spagetti Beef Bolognese cara saya. Nak tukar Chicken Bolognese pun boleh. Boleh ubah ikut kesesuaian dan bahan masing-masing. Untuk yang nak buat jualan pun saya rasa ok. Resipi untuk 40 cup atau 40 orang.
Bahan-bahan:
2 pek spagetti (direbus dengan sedikit minyak)
Ads
Bahan kuah spagetti :
5 tin sos Prego cendawan
1 tin sos pasta cendawan Adabi
2 pek daging lembu kisar Ramly
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
3 biji capsicum / cili benggala (3 warna dipotong dadu)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
6 batang sosej (dihiris halus)
2 cawan air (ikut sukatan tin Prego)
Sedikit garam
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)
Cara membuat
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak akan bertukar ke warna coklat.
Ads
3. Masukkan sosej dan lobak merah kacau sebati.
4. Masukkan capsicum dan bawang holand dan kacau sebati.
5. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam.
Ads
6. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api.
7. Sediakan cawan plastik, masukkan kuah diikut dengan spageti di atasnya. Tutup dengan penutup cawan (pastikan spageti dan kuah sejuka terlebih dahulu).
Antara hidangan yang selalu ada waktu pagi adalah bihun goreng Singapore. Nampak macam putih saja tapi rasanya memang sedap dan pedas.Nak lagi best makan dengan sambal kicap.
Walaupun nampak ringkas tapi sebenar ramai yang tak tahu cara masak bihun Singapore ini. Bagi yang gemar hidangan ini jom buat sendiri. Boleh ikut resipi perkongsian Habeebah Md Daud ini yang diajar oleh ibu mentuanya.
Katanya rahsia supaya bihun Singapore yang dimasak sedap adalah udang kering.
Bahan-bahan
Bihun 400gm(rendam dengan air panas 5 minit. Kemudian terus tos)
3-4 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam 2 sudu makan udang kering
2 inci halia
Udang (dibuang kulit)
Daun kucai -potong 4 cm
Lobak merah – hiris halus (jika suka)
Garam,gula, serbuk perasa -secukupnya
Bahan dikisar
Cara membuat:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada hitam, udang kering & halia. 2. Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown. 3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
4. Masukkan udang.
5.Masukkan bihun yg dah ditoskan. Gaul sebati
6.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.
Baru saja cabut rumput keliling rumah, tapi tak sampai seminggu dah tumbuh balik. Ini situasi biasa kalau rumah ada laman. Memang penat.
Tapi kalau tak berapa rajin nak cabut atau meracun rumput ada cara yang lagi mudah untuk matikan rumput dan lalang ini.
Caranya cuma guna garam! Dikongsi oleh pemegang akaun Tik Tok Kak Tin Geng Kebun, ini cara yang boleh kita praktikkan.
Tip matikan rumput guna garam
1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.
2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya.
3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.
Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.
4. Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular.
Hidangan tortilla dah semakin diterima dan disukai sekarang. Roti nipis ini selalu kita buat wrap dengan macam-macam inti dan sos. Biasanya kita buat untuk hidangan pagi, malam pun boleh. Ringkas dan mengenyangkan.
Selain dari beli siap tortilla, kita juga sebenarnya boleh buat sendiri. Lagi mudah, buat banyak sekali gus dan frozen. Memang lebih jimat. Cara membuatnya dikongsi oleh Ana Mohd.
Buat sendiri tortilla, boleh frozen untuk simpan
Siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri. Boleh frozen, nak makan defrost dan bakar sekejap saja. Mudah kerja, jimat pun jimat. Boleh buat bekal sarapan mudah untuk anak dan suami.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 sb minyak masak/zaitun
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
3/4 cawan air panas (bukan 3 atau 4 cawan ye TAPI tiga per empat- separuh kemudian tambah sikit lagi)
Cara membuat:
Satukan semua bahan. Gaul, agak-agak dah suam terus uli jadi doh yang lembut.
Kemudian tutup dengan kain lembap dalam 20 minit.
2. Selepas 20 minit boleh bulat kecil kecil dan canaikan. Bakar atas pan.
3. Jika nak frozen kan, bakar sekejap saja. Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar. Anggaran 1 minit kedua belah. Ok siap!
Ekstra
Boleh juga nak buat garlic tortilla, caranya 3 sb minyak dipanaskan dan tumis 2 ulas bawag putih yang dicincang halus sampai naik bau(jangan hangit). Tutup api biarkan sejuk kemudian baru campur dengan tepung dan bahan lain.
Untuk inti ikut selera masing-masing. Saya cuma perap ayamm dengan sos tiram/sos lada hitam dan grill. Letak salad, carrot, timun, tomato, bawang dan sos cili.
-Pastikan sayur ditos smpai kering untuk elakkan cepat basi.
-Boleh juga isi ayam celup tepung/fillet ikan celup tepung. Tambah mayonis/cheese.
Simpan emas menarik minat ramai sejak dulu memandangkan logam ini sentiasa naik. Tambah pula sekarang ada cara mudah dan selamat untuk menyimpan emas tanpa...