Siapa yang tak suka makan aiskrim, kalau beli memang tak pernah cukup. Bila makan sikit memang tak puas jadi penyelesaiannya buat sajalah sendiri.  Boleh buat banyak mana nak, makan sampai puas.

Paling best buat aiskrim ini sebenarnya mudah saja. Tiga langkah saja dah siap, bahan pun tak banyak. Caranya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Eyta Mazlie.

IKLAN

Pesanan: Sebaiknya buat waktu malam, supaya esok boleh terus makan dan anak tak asyik bukak tutup peti ais untuk tengok aiskrim dah keras atau tak!

Bahan-bahan :

IKLAN

1 tin susu cair/susu kotak (saya guna susu tepung anak dibancuh dengan setin air masak)
¼ tin susu pekat @ ikut kemanisan
1 penutup esen vanila
1 sb ovallet (saya lebihkan 2 sudu)

Cara membuat:

IKLAN
  • Mix semua bahan sampai gebu
  • Masuk dalam bekas
  • Bekukan dalam freezer

Aiskrim Homemade Paling Senang Nak Buat

Nota:

  • Kalau nak buat banyak cuma gandakan bahan-bahan.
  • Ini base untuk aiskrim vanila. Kaalu suka perisa lain boleh letak apa-apa perisa yg anda suka.
  • Utk aiskrim ni saya warnakan utk nmpk lebih menarik.
  • Saya guna susu everyday, jadi org dewasa pun boleh minum. Nak lebih sedap gunakan susu kotak fullcream@lowfat. Tapi PKP ni kita guna bahan apa ada kat dapur saja.

Sumber:Eyta Mazlie

Selain itu:  15 Perkara Asas Tentang Servis Kereta Kena Tahu Supaya Kita Tak Tertipu
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI