Halaman rumah luas untuk bercucuk tanam jadi kenapa nak tanam pokok dalam bekas tong, pasu atau polibeg. Ramai tak tahu tanam dalam bekas sebenarnya ada kelebihan tersendiri. Bagi yang baru nak mula bercucuk tanam info ini elok kita tahu.
Ilmu ini dikongsi oleh D’Pro A’nas yang suka berkebun dan selalu berkongsi tip tentang penanaman di media sosial.
Menurut beliau melalui pengalamannya, cara penanaman pokok dalam polibeg/tong lebih mudah dan paling penting lebih mudah untuk berbuah.
Kelebihan tanam pokok dalam tong/ polibeg/ pasu
Saya memilih cara penanaman dalam polibeg dan tong kerana senang untuk membuat penjagaan dan pengalihan pokok bila perlu.
Ini kerana fungsinya yang lebih efektif dan cepat berhasil berbanding menanam di tanah. Ini adalah kelebihan penanaman pokok dalam tong/polibeg;
1. Dalam aspek pembajaan
Sukatan yang diberikan adalah dalam tahap yang diperlukan oleh pokok untuk mendapat makanan yang optima serta tidak terganggu oleh rumput yg tumbuh di sekeling ygan turut sama berlumba untuk mendapat makanan.
2. Dalam aspek kawalan
Pemerhatian kesihatan pokok daripada serangan hama/kutu,serangga,kulat dan banyak lagi perosak tanaman akan jadi lebih mudah.
Contoh = Tahap/Jenis RACUN.
Ads
3. Dalam Pembuahan (ini yang lebih utama)
Boleh saya katakan pokok dalam bekas lebih senang utk dibuahkan. Ini kerana pokok yg berada dalam tong dapat ‘distreskan‘ utk dipaksa mengeluarkan bunga bagi menghasilkan buah.
Sebabnya pokok dalam tong/pasu tahap perkembangan akarnya adalah terhad. Boleh dikatakan pokok ada juga ‘otak’. Ia akan mencari sumber makanan melalui akar. Selagi akar tidak keluar dari tong/pasu, ia tak akan utk segera melahirkan buah.
Di sinilah kita dapat memaksa pokok utk berbuah. Dengan syarat akar tidak keluar dan menyentuh tanah. Inilah antara keistimewaan pokok yang ditanam dalam tong/pasu. Ia dapat dikawal.
Berlainan pula pokok-pokok yg ditanam terus ke tanah. Ia jadi lambat berbuah disebabkan pokok itu terlalu nak membesar, tidak dapat dikawal bila ia nak berbuah cepat. Selagi akarnya terus berjalan mencari sumber makanan pokok akan terus membesar.
Ads
Bagi yang mahu melakukan penanaman dalam bekas boleh ikut tip berikut;
Pemilihan pasu
Pilih pasu atau tong mengikut tanaman
-Tanaman jangka pendek – polibeg/pasu kecil
-Tanaman jangka panjang – tong besar
Campuran media tanam ikut jenis tanaman
Tanaman Jangka Pendek – Tanah + Compos 2.1 (Polibeg)
Tanaman Jangka Panjang -Tanah + Cocopeat + Compos + Serkam Padi/Pasir 3.1.1.1 (Tong)
Campuran media-media ini adalah utk membuat tanah yg gembur dan akan mengeras pada jangka masa yg lama.
Ads
Pemilihan jenis tanaman
Pokok sayur/ sayuran berbuah (Tanaman Jangka Pendek ) – Polibeg
Pokok buah -buahan berrmusi (tanaman terbaik adalah dari hybrid, cangkuk, tut, kahwin kerana kecil pun dah mengeluarkan buah – (Tanaman Jangka Panjang) – Tong.
Senang pantau aspek;
Kesihatan pokok
Percambahan Pokok
Pembibitan pokok
Pengalihan pokok
Mudah pembajaan
Tanaman Jangka Pendek
– Polibeg saiz 5-6 Inci = 5 butir baja
– Polibeg saiz 8-12 inci = 12 butir baja
– Polibeg saiz 14 ke 16 = 1/2 sudu teh baja
– Baja Subur NPK 15.15.15..
– Organik
Tanaman Jangka Panjang
-Tong saiz 16 inci = 1/2 sudu makan baja NPK 16.16.16. 1/2 sudu teh baja Buah.Semburan Folia.
-Tong Saiz 24 inci = 1 sudu mkn baja NPK 16.16.16. 1/2 sudu mkn TSP. 1/2 Sudu Makan Baja Buah. Semburan Folia.
-Selang seli dengan kompos dan organik
-Pembajaan 2 minggu sekali
Jeruk ikan masin tenggiri yang digoreng bersama dengan hirisan bawang dan cili padi memang sedap. Makan dengan nasi panas atau lauk kari memang layan.
Bila teringin nak makan ramai yang pilih untuk beli jeruk ikan masin ini tapi ada rasa ragu ragu sama ada produk buatan muslim atau tidak, selain was was dengan tahap kebersihan semasa pembuatannya. Ada juga yang dah beli tapi terlalu masin pula.
Supaya tak ragu-ragu dan jeruk ikan masin tenggiri ini kena dengan selera kita boleh saja buat sendiri, homemade. Caranya dikongsi oleh pengusaha jeruk ikan masin sendiri iaitu Suria Abdullah.
Buat sendiri jeruk ikan masin tenggiri
Saya kongsikan cara nak buat jeruk ikan masih tenggiri yang dalam minyak.
Bahan-bahan
Ikan tenggiri (boleh juga guna ikan gelama dan senangin)
Bahan perapan:
Cuka makan
Asam keping
Garam kasar
Bekas kedap udara
Cara membuat:
1. Cuci bersih ikan, saya korek darah yang ada pada tulang tengah sekali.
2. Toskan ikan, keringkan dengan cara lap guna tisu makan (ini untuk makan sendiri).
3. Jemur sekejap (kurang setengah jam) dalam cuaca yang panas (ini cara saya, sebab saya buat dalam kuantiti lebih 50kg). Tapi jangan jemur terlalu lama nanti isi ikan akan kecut dan keras.
4. Dah siap dikeringkan, rendam sekejap dalam cuka makan. Rendam kurang seminit.
5. Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara. Kemudian, letak ikan, tabur lagi garam kasar. Letak asam keping (jangan banyak sangat nanti masam dan tak sedap). Ulang hingga ikan habis.
6. Tutup rapat bekas berisi ikan. Biarkan selama 7 hari. Jika nak sedap, simpan dalam tempayan.
7. Cukup 7 hari buang air perapan kemudian bilas ikan. Bilas sedikit saja jangan cuci nanti isi ikan hancur.
8. Masukkan ikan dalam bekas lain kemudian tuang minyak masak yang baru. Biarkan ikan terendam lebih kurang sejam dah boleh goreng.
INFO : Ikan ini boleh simpan di luar terendam minyak tahan lebih 2 bulan. Jika simpan peti sejuk tahan lebih 6 bulan. Jika simpan dalam peti sejuk minyak akan beku, kena keluarkan awal jika nak makan.
Ini produk jualan beliau.
Cara goreng
Sebelum goreng golek-golekkan ikan dalam tepung gandum supaya ikan tak hancur. Tak perlu letak air kemudian barulah digoreng.
Ayam goreng memang kegemaran ramai, terutama kalau makan panas-panas. Sama ada buat ayam goreng kunyit atau ayam goreng berempah.
Tapi kalau nak lain sikit dan sedap boleh cuba ayam goreng kari pula. Nak buat pun mudah, cuma kisar bahan, gaul, dan goreng. Ratah waktu panas memang sedap. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya memang lain macam. Jom cuba ikut resipi Bella Shabudin
Cara buat ayam goreng kari
Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ini nak share resipi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Bahan A:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan B:
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum
Cara membuat
1. Kisar kesemua bahan A.
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.
3. Perap selama sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
5. Sedia dihidangkan.
Ayam goreng kari ini kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...