Selain sayur dan buah, pokok limau purut ini juga berbaloi di tanam di rumah. Tak perlu banyak sepokok pun jadi kerana banyak kegunaannya.
Dari daun dan juga buah limau itu sendiri memang berguna baik untuk masakan mahupun kesihatan. Cara penanamannya pun ringkas saja, paling mudah guna keratan dahan. Cucuk saja ke tanah.
Cuma untuk pastikan pokok limau purut ini berbuah lebat ada tip dan penjagaan yang perlu dilakukan. Tip ini dikongsi oleh Mohd Amri.
Ads
Tip penjagaan pokok limau purut supaya berbuah lebat
1.Medium tanaman
Kaedah penanaman saya hanya dalam pasu kerana tinggal di rumah taman. Kediaman tiada ruang besar, jadi saya hanya menggunakan pasu yang dibeli dari Mr. DIY.
Penggunaan tanah hitam sawit dicampur dengan cocopeat serta sekam padi bakar sebagai medium.
2. Pembajaan
Pembajaan saya menggunakan baja TPF atu boleh guna BAJA NLEYGROW (organik).
Seminggu sekali akan disembur dengan BIO BOOSTER untuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Lihat sahaja pada setiap hujung tangkai pokok saya akan dipenuhi dengan buah limau purut walau ditanam di dalam pasu.
Ads
3. Kawalan serangga
Kawalan serangga pula, saya menggunakan cuka kayu dan Strex secara berselang seli dan berkala. Ingat, daun limau purut sangat digemari oleh ulat.
Ads
Jom, tanam pokok limau purut di tepi rumah. Walaupun ianya mengambil masa untuk membesar, tapi memudahkan kita bila perlukannnya.
Selera kita berbeza, ada yang suka masakan pedas dan ada yang tak. Tapi jadi masalah bila tersilap pilih cili kering yang selalu kita guna dalam masakan
Walaupun cili kering kebanyakkan warnanya merah tapi ia ada bezanya. Malah cili kering ini ada kategori berdasarkan bentuk yang membezakan tahap kepedasannya.
Ramai yang tak tahu kan. Perkara ini dikongsi oleh Puan Rohani AbWahab yang turut menurunkan tip membezakan cili kering pedas dan tidak pedas.
Tip pilih cili kering
Kebelakangan ini ramai yang mengadu tentang cili pedas. Di sini saya share tip untuk pilih cili tak pedas, kurang pedas dan terlebih pedas.
Caranya sila rujuk gambar di atas.
1. Cili nombor 1 dalam gambar di sebelah kiri memang nampak cantik dan tak berapa kering kulitnya. Nampak berkilat tapi jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya. Sebabnya inilah jenis cili kering ‘puaka niyang rapik’ punya rasa. Ekstra pedas, kalau makan rasa macam nak tumbuk orang sebelah.
2. Cili nombor 2 (gambar tengah) ini nampak kering kontang bagai gurun sahara. Yang ini jenis cili kering pedas biasa. Pedas yang mungkin kanak-kanak boleh makan dan senyum lagi..
3. Cili kering nombor tiga ini nampak macam terlebih kolagen. Berkilat tapi rasanya langsung tak pedas. Kalau anak-anak makan mereka boleh ketawa girang sebab boleh makan nasi sambal extra.
Bagi mereka yang gemar masak tomyam, tidak sempurna hidangan tanpa adanya daun ketumbar.
Walaupun saiz daunnya lebih kecil dari daun sup tetapi baunya sangat menyegat dan buat penambat selera makan.
Bagi mereka yang gemarkan daun ketumbar, boleh tanam sendiri di rumah dengan cara amat mudah.
Perkongsian dari Nina Diana mencuba kaedah yang sangat mudah terutama bagi mereka yang pernah gagal menanamnya sebelum itu.
Menurutnya kali pertama semaian yang dibuat tidak menjadi, tetapi kali kedua apabila biji dipecahkan dan ditabur terus pada tempat semaian. Lepas seminggu barulah nampak hasilnya bila pokok ketumbar hidup subur.
Cara Mudah Tanam Pokok Ketumbar
Kaedah tanaman
1. Pecah-pecahkan sikit biji benihnya. Tak perlu merendamnya terlebih dahulu.
Pecahkan biji ketumbar.
2. Semaikan terus dalam pasu/polybag.
Semai terus dalam pasu.
3. Jangan alihkan dan biarkan sehingga pokok tumbuh subur.
Bagi yang suka bercucuk tanam mesti akan stres bila lihat tanaman yang subur tiba-tiba diserang makhluk perosak. Salah satunya siput.
Boleh habis daun pokok sayur dikerjakannya. Kalau banyak memang geli melihatnya.
Jika berdepan masalah serangan siput ini boleh ikut tip dan petua yang dikongsi oleh warganet di laman Facebook Berkebun D Rumah.
1. Paling banyak disarankan adalah tabur garam kasar sekeliling pokok untuk elak siput mendekati tanaman dan mati bila terkena garam.
2. Jika mahu lebih berkesan boleh gunakan racun siput, boleh dibeli di nurseri.
3. Sekiranya mahu gunakan cara semula jadi boleh cuba hindarkan masalah siput dengan menabur serbuk kulit telur sekeliling pokok (jemur kulit telur dan tumbuk lumat).
4. Boleh juga kutip terus siput ini pada waktu aktifnya iaitu pada waktu malam dan buang di tempat lain atau hapuskan.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...