Rasanya ramai yang sudah maklum, pelawak, Achey, dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya telah mengambil anak angkat beberapa bulan lalu. Kehadiran bayi yang dinamakan sebagai Tiara Zinnirah ini jelas dilihat menceriakan lagi rumah tangga mereka berdua selapas lapan tahun mencuba untuk memiliki zuriat sendiri.
Ads
Malah banyak momen-momen membahagiakan bersama Tiara dikongsi dalam instagram beliau. Terbaru adalah momen Achey meraikan sambutan hari jadinya. Istimewanya Achey menerima hadiah yang paling berharga dengan cara yang paling istimewa hingga cukup terkesan di hati bukan saja Achey tapi netizen yang menontonnya. Sebak weiii….
Ujar isteri Achey, tiada hadiah yang paling istimewa untuk diberikan kepada suaminya itu selain daripada kehadiran anak iaitu Tiara Zinnirah. Mendengar ayat dari isteri Achey ternyata tidak dapat menahan perasaannya.
Ads
Video yang dimuat naik semalam itu juga turut menerima reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menitis air mata melihat pasangan ini.
Bernikah sekitar November tahun lepas, pasangan pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya lah kan pasangan suami isteri mana tak teringinkan anak.
Justeru, salah satu ikhtiarnya adalah doa. Melalui satu status di instagram ternyata itu juga doa dari Fazura untuk dikirim kepada adik angkatnya yang berangkat ke tanah suci.
Menurut Fazura, adik angkatnya Wani itu selalu meminta titipan doa daripadanya untuk dibacakan setiap kali dia melalui Masjidil Haram. Entah mengapa kali ini, inilah doanya. Malah Fazura juga memohon netizen untuk mengaminkan doa ini.
“Mohon doakan semoga dikurniakan zuriat yang sempurna, dikurniakan rezeki buat saya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan. Dilindungi dan dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia,.”
Demikian titipan doa yang ditulis yang diakhiri dengan nama Faz. Gambar nota ini dimuat naik oleh Fazura semalam dalam instagram miliknya.
Subhanallah. Cukup beruntung saya dipertemukan dengan adik angkat saya yang diperkenalkan oleh mama sebagai anak angkat nya sewaktu saya berada di Madinah baru-baru ini. Wani merupakan adik saya yang sangat rajin berdoa lantas sering meminta titipan doa dari saya hampir setiap kali dia melangkah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini. Salam syukur, kasih dan sayang. ? // ??
Semoga Fazura dan Fattah dikurniakan rezeki anak secepatnya dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Dengar cerita Fattah sambut belajar pulak, itu pun rezeki juga kan!
Baru-baru ini pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan mereka melakukan upacara Jejak Tanah untuk anak mereka, Aqeef Anaqi. Secara dasarnya, adat ini dilakukan sebagai lambang seseorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
“semoga langkah kecil nya diberkati Allah dan setiap jejak kaki itu dipermudahkan إن شاء الله . Alhamdulillah selesai sudah adat Jejak Tanah untuk @aqeefanaqi . Terima kasih Tok Long ??.
Apabila ada selebriti terkenal melakukan adat lama seperti ini, maka orang mula memperkatakannya. Padahal bagi masyarakat Rawa, adat ini memang masih diamalkan lagi. Nak tahu serba sedikit mengenai adat Jejak Tanah ni? Jom baca.
Adat Jejak Tanah ini diamalkan oleh masyarakat berketurunan Rawa.
Jejak Tanah dibuat apabila seseorang bayi itu sudah berumur 11 bulan atau 12 bulan atau apabila si bayi sudah mula pandai berjalan.
Kalau orang berketurunan Rawa itu tidak membuat adat Jejak Tanah ini, dipercayai sesuatu yang tidak elok akan berlaku pada bayi itu. Misalnya bayi akan lemah dan selalu sakit. Mungkin juga bayi itu akan mudah terkena gangguan.
Selagi belum buat adat Jejak Tanah, bayi itu masih lagi berada dalam keadaan Pantang Tanah. Mengikut kepercayaan, bayi tidak boleh memijak secara terus pada tanah. Ada juga yang amalkan bayi tidak boleh memegang bunga. Kalau bayi itu perempuan pun, bayi tidak boleh pakai barang kemas daripada emas.
1) Adat Jejak Tanah dibuat dengan si bayi dipakaikan pakaian berwarna kuning. 2)Ada yang memakaikan inai pada jari tangan dan kaki pada malam sebelum upacara dijalankan. 3)Beras putih, beras kunyit, bertih, tiga jenis bedak sejuk (kuning, hitam dan putih ), daun sepenuh, daun puding, 7 jenis bunga, 3 biji limau nipis, 2 ketul ibu kunyit, sebentuk cincin belah rotan dan bagi bayi lelaki sebilah keris. 4)Hamparan kuning dibentang di luar rumah. Bunga ditabur atas hamparan. 5)Bayi akan disuruh berjalan atas hamparan itu. Direnjiskan air limau. 6)Cincin belah rotan digunakan untuk dilalukan pada dahi, belakanag badan, tangan dan tapak kaki. 7)Kaki dijejakkan ke tanah dan badan dicalitkan tanah. 8)Bayi dimandikan dengan bedak sejuk dan dibilas dengan air limau. 9)Bayi dibawa masuk ke dalam rumah dan dibacakan doa.
VK suka betul tengok Anaqi pakai baju kuning. Comel sangat. Orang Melayu memang kaya dengan adat dan budaya. Selagi ianya membawa manfaat dan tak bercanggah dengan akidah, bagi VK boleh je buat.
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri meluahkan rasa sayang kepada anak. Bagi seorang bapa yang juga jurufoto Frans Hofmeester dari Belanda dia melakukannya dengan merakam video anak perempuannya setiap setiap minggu.
Gigih tak gigih, dia merakam video wajah anaknya Lotte sejak lahir pada tahun 1999 sampailah umurnya 18 tahun. Hasilnya memang menarik!
Siapa yang melihat video ini pasti tersenyum. Walau hanya melihat sekadar gambar berubah-ubah tapi terlalu besar makna buat bapa yang merakamkannya.
Hofmeester kemudian memuat naik video ini di Youtube pada hari jadi anaknya Lotte yang ke 18 pada 28 Oktober 2017. Sejak itu video tersebut telah mendapat hampir 2.4 juta tontonan.
Hofmeester juga merakam gambar anak lelakinya Vince sejak lahir hinggalah usia 14 tahun. Berbeza dengan kakaknya yang manis dan pemalu, video Vince berdurasi empat minit itu penuh dengan gambar mimik-mimik muka yang comel ketika kecil.
Ok, ada sesiapa yang berminat nak buat? Pastikan tak separuh jalan.
Anak makan terlalu memilih? Elakkan memaksa. Jadual makan, pendedahan berulang dan pemantauan tumbesaran antara langkah penting untuk membantu mereka menerima lebih banyak makanan.