Bernikah sekitar November tahun lepas, pasangan pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya lah kan pasangan suami isteri mana tak teringinkan anak.
Justeru, salah satu ikhtiarnya adalah doa. Melalui satu status di instagram ternyata itu juga doa dari Fazura untuk dikirim kepada adik angkatnya yang berangkat ke tanah suci.
Menurut Fazura, adik angkatnya Wani itu selalu meminta titipan doa daripadanya untuk dibacakan setiap kali dia melalui Masjidil Haram. Entah mengapa kali ini, inilah doanya. Malah Fazura juga memohon netizen untuk mengaminkan doa ini.
Ads
“Mohon doakan semoga dikurniakan zuriat yang sempurna, dikurniakan rezeki buat saya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan. Dilindungi dan dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia,.”
Demikian titipan doa yang ditulis yang diakhiri dengan nama Faz. Gambar nota ini dimuat naik oleh Fazura semalam dalam instagram miliknya.
Sayu apabila titipan doa dibacakan di depan Kaabah
Subhanallah. Cukup beruntung saya dipertemukan dengan adik angkat saya yang diperkenalkan oleh mama sebagai anak angkat nya sewaktu saya berada di Madinah baru-baru ini. Wani merupakan adik saya yang sangat rajin berdoa lantas sering meminta titipan doa dari saya hampir setiap kali dia melangkah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini. Salam syukur, kasih dan sayang. ? // ??
Semoga Fazura dan Fattah dikurniakan rezeki anak secepatnya dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Dengar cerita Fattah sambut belajar pulak, itu pun rezeki juga kan!
Wow sangat. Itulah yang boleh dikatakan mengenai hadiah yang diterima oleh penyanyi, Mila Jirin. Dia menerima hadiah sebuah kereta mewah Mercedes S400 L AMG daripada suaminya. Hadiah ini bukanlah untuk meraikan hari istimewa. Sebaliknya sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.
Melalui instagram, Mila memuat naik perbualannya dengan suami melalui aplikasi WhatsApp. Suami merangkap pengurus bagi Mila, Isz Mustapha telah menghantar gambar kereta mewah itu dengan kapsyen ‘A gift for you’. Mila pula membalasnya dengan begitu sweet iaitu suami dan anak ialah hadiah paling istimewa buatnya.
Pun begitu, pada bulan Jun lalu, Isz telah memuat naik gambar mereka sekeluarga di show room motosikal mewah Harley Davidson. Melalui gambar itu, Isz menulis kapsyen “Tq my love @mila_jirin for approval.” Mungkin hadiah kereta itu sebagai tanda terima kasih kerana Mila telah mengizinkan Isz membeli motosikal tersebut.
Ketika VK menelusuri timeline Facebook terlintas akan perkongsian Khairul Abdullah ini. Tersentuh hati membaca kegigihan bapa 3 anak ini menguruskan keluarganya sendirian selepas pemergiaan isteri.
Selepas mendapat izin empunya diri maka VK berkongsi kisah yang dilalui.
1 Ogos lalu isteri yang amat dicintai menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman yang mengakibatkan organ dalaman gagal berfungsi.
Arwah meninggalkan 3 orang anak lelaki Khaleef (4 tahun) Khaleel (2 tahun), Khaleed (7 bulan) dan seorang suami yang amat menyayanginya.
Kini beliaulah yang menguruskan anak-anak. Namun menurut Khairul mujurlah ketika hayat isterinya dia telah dipersiapkan dengan banyak perkara. Maha hebat ketentuan Ilahi. Ikuti catatan menyentuh hati Khairul tentang perkara ini.
Sering diajak buat kerja rumah bersama
Tanpa sedar, isteri telah mempersiapkan saya bagi menghadapi saat ini.
Saya sering diajak untuk mengemas rumah bersama. Saya vakum, dia mop. Saya susun buku, dia lap meja, saya cuci toilet, dia kemas katil dan seterusnya begitulah.
Rutin mengemas diganti-ganti. Jadi saya tahu dan pernah buat kesemuanya.
Adakah dia sedang mempersiapkan saya?
Dia sering inginkan masakan yang dimasak di rumah. Keistimewaanya adalah memasak lauk pauk. Namun saya sering diminta masak masakan laian seperti laksa, segala jenis mee dan juga kek. Itu kebolehan saya.
Ketika dia mengandungkan Khaleef, kami jauh di perantauan. Memang takde peluang nak nikmati segala masakan sewaktu bulan puasa.
Macam-macam diinginkan dan habis segalanya saya kena masak, dari murtabak ke roti jala, dari sate sehingga ke soto dan segala jenis masakan.
Lalu saya handal memasak. Saya champion. Saya boleh memasak apa sahaja.
Memang dia sedang mempersiapkan saya.
Anak sulung kami Khaleef sayalah yang menjaganya sejak di hospital lagi. Nurse memanggil saya untuk mengajar cara menguruskan bayi seperti membasuh berak, memandi dan memakaikan lampin.
Di Jerman memang begitu, suami harus belajar menguruskan anak.
Dah terbiasa
Kebetulan saya seorang freelance yang mempunyai kontrak pekerjaan secara fleksible. Peluang tersebut saya ambil untuk memjaga Khaleef sepenuh masa.
Jadi saya belajar dan praktik lalu jadi pandai apabila melakukannya setiap hari. Saya sangat cekap dan tidak kekok menguruskan bayi.
Masuk anak kedua saya bertambah pandai. Masuk anak ketiga maka saya dah jadi champion.
Memang dia sedang mempersiapkan saya.
Anak-anak diajar untuk duduk di dalam carseat sejak hari pertama keluar dari hospital. Walaupun anak menangis dia tidak mahu mengambilnya walaupun saya suruh begitu.
Katanya anak harus dididik, nanti mereka tiada disiplin. Walaupun kesian melihat anak menangis namun dia mahu hati saya keras di dalam mendisplinkan anak.
Memang benar, dia sedang mempersiapkan saya.
Apabila berseorangan begini menguruskan anak ke sekolah atau ketika keluar dari rumah ianya sangat membantu. Bayangkanlah kalau anak jenis tak duduk dalam carseat?
Macamana saya nak bawa baby? Macamana dengan si abang dan adik yang bakal melompat dan bergaduh di belakang? Pasti menganggu tumpuan pemanduan saya.
Rupanya sangat berguna untuk saya
Jadi saya bernasib baik. Semua yang saya belajar, amalkan dan didik pada anak-anak rupanya sangat berguna untuk saya hari ini.
Sememangnya dia sedang mempersiapkan saya.
Katanya kami perlu ada dryer di rumah. Tak perlu lagi jemur pakaian. Nanti dengan anak yang bertambah, jumlah pakaian bertambah dan kerja nak membasuh jadi semakin berat.
Dan memang benar. Kerja-kerja laundry jadi sangat mudah. Namun kerja melipat dan menyusun masih lagi berat. Dia tidak mahu saya buat katanya saya seringkali gagal mengikut prosedur dan spesifikasi yang telah dia tetapkan.
Namun dia sering mengajak saya meneman dia ketika melipat dan menyusun pakaian. Yang pakaian begini harus disusun begini di dalam almari ini. Yang ini pula harus begini dan seterusnya. Semuanya bersistem dan ianya sangat memudahkan.
Dan hari ini, walaupun adik yang datang ke rumah tolong melipat pakaian, ianya tetap disusun seperti sistem yang telah ditetapkan. Mudah untuk saya mencari pakaian terutaman pakaian anak-anak yang saya perlu siapkan setiap pagi.
Sememangnya dia telah mempersiapkan saya.
Beberapa minggu sebelum pemergiannya dia ada memberitahu saya tentang fail-fail setiap urusan rumahtangga dari fail anak-anak, schedule vaksin, akaun bank, akaun tabung haji, di mana letaknya segala dokumen dan pelbagai maklumat pengurusan kewangan yang perlu saya tahu.
Alhamdulillah, hari ini semuanya saya tahu. Semuaya tersusun kemas di dalam fail dan di dalam rekod excel yang dia buat. Semua login serta password akaun media sosial, perbankan, email dan sebagainya saya tahu.
Dengan mudah saya menutup semua akaun media sosial beliau dan juga akses ke akaun perbankan dan akaun-akaun online yang lain.
Ya saya boleh
Akhirnya, memang saya telahpun bersedia.
Pemergiannya sangat mengejutkan. Saya dan anak-anak sentiasa redha yang jodoh kami dengannya hanya setakat itu sahaja.
Hidup perlu diteruskan bagi menunaikan amanahnya.
Ramai orang kagum bagaimana saya melakukannya. Seorang lelaki yang perlu menjaga 3 anak kecil yang seorangnya masih lagi bayi.
Bolehkah dia tukar lampin? Bolehkah dia beri susu? Bolehkah dia beri makan? Bolehkah dia tidurkan anak-anaknya? Bolehkah itu, bolehkah ini dan macam-macam lagi.
Budak-budak sekarang terutama yang masih kecil memang payah makan sayur. Jarang sangat jumpa anak-anak yang suka. Kalau diletak dalam pinggan selalunya takkan diusik.
Tapi lain pula cerita dengan anak bongsu pelawak terkenal Harith Iskandar dan Dr Jezamine Lim, iaitu Zydane Xayne Iskander. Kagum bila melihat anak baru usia 4 tahun ni boleh meratah sayur semata-mata, malah menangis pula bila hidangan sayur di pinggan diambil oleh ibunya.
Aksi itu telah dimuat naik oleh isteri Harith, Dr Jezamine Lim dalam laman instagramnya semalam. Lucu betul tengok Zydane ni merengek bila ibunya mengambil sayur dalam pinggan untuk diberi kepada abang.
Masalah yang bagus, dia tak pernah kongsi sayur dengan orang lain. Ada masa ayah dia pun beri semua sayur pada dia bila saya tak melihat,” tulis Dr. Jezamine.
“Dia satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur,” usik Harith pula dalam video tersebut.
Dalam pada itu video tersebut juga banyak mendapat respon dari netizen. “Cute sungguh, pertama kali tengok budak menangis nak makan sayur ini pula antara komen-komen netizen terutama wanita yang rata-ratanya kagum melihat aksi Zydane.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...