Waktu cuti hujung minggu ramai yang akan membersih dan mengemas rumah. Salah satu bahan yang selalu digunakan ketika proses ini adalah peluntur.
Ia memang berguna untuk membersihkan kotoran degil tapi awas ya, jangan guna sembarangan atau lebih tepat lagi mencampurkan bahan ini dengan cecair pencuci lain.
Ini kerana ia boleh menghasilkan gas beracun yang boleh memudaratkan. Ia boleh menyebabkan seseorang itu pitam, pengsan, sesak nafas dan batuk.
Malah sebelum ini berlaku kes di mana seorang ibu pitam akibat sesak nafas gara-gara mencampurkan bahan peluntur dengan cecair pencuci lain.
Menurut lapran Public Health Malaysia baru-baru ini seorang wanita dan anak kecil dikejarkan ke jabatan kecemasan selepas mengalami gejala sesak nafas di rumah mereka.
Ibunya sudah pitam di pintu tandas akibat sesak nafas manakala anak terbatuk tanpa henti. Puncanya adalah akibat ibu telah mencampurkan bahan peluntur (bleach) dengan Bahan pencuci lain (stain remover) lalu menghasilan gas beracun. Wanita tersebut diberikan rawatan segera dan berjaya diselamatkan.
Ads
Jangan campur cecair peluntur dengan bahan ini
Berikut adalah kesan jika mencampurkan bahan peluntur dengan cecair pencuci lain.
🚫 Cecair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin
Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.
Ads
🚫 Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin
Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah, dan juga kematian.
Ads
🚫 Cecair Peluntur + Alkohol = gas kloroform
Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.
Oleh itu sangat penting, jangan campurkan bahan pencuci terutamanya cecair peluntur dengan bahan pencuci lain.
Tidak lokek berkongsi ilmu masakan terutamanya kek dan kuih muih menjadikan Azlina Ina Fans cukup dikenali di media sosial khususnya kaum wanita yang kaki masak.
Tapi kini selain popular kerana ribuan resipi yang dikongsi dengan bahasa yang santai, Azlina juga dikagumi kerana penampilannya cukup berbeza berbanding setahun nan lalu.
Ramai yang terinspirasi dengan kesungguhan cikgu memasak ini menurunkan berat badan. Dari 98 KG, dalam masa tak sampai setahun dia sudah berjaya menurunkan 46kg hasil diet eat clean yang diamalkan.
Paling best dengan berat terkini 52 KG bukan bentuk badannya saja berubah tapi juga wajahnya. Memang ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia melakukannya dan ini adalah perkongsian dari Azlina.
Amal eat clean, puasa sunat & bersenam sendiri
Perkongsian dgn follower di sini. Diet cara yg betul, jgn memaksa diri. Diet itu untuk seumur hidup bukan 21 hari.
Cari diet yg boleh kita ikut sampai mati bukan sebulan selepas tu ko membadak balik.
Mana yg tak yakin boleh kurus, kena print gambar ini tampal kat peti ais? No ubat or jamu no supliment.
Jangan buang duit bayar pada benda yg tak perlu pun untuk kurus. Lets wake up. Duit beli benda merepek tu sila beli kan gelang coco!
Eat clean dan berpuasa sunat + senam sendiri aerobik.
Makan bahan yang ada di rumah saja
Tempoh Ogos 98kg – Mei 57kg (naik sket masa raya)
Makan bahan asas- semua bahan yg ada di rumah kecuali sarapan gantikan dgn roti whole meal dan sapuan Jiff atau Yagood.
Kalau takde makan je la roti telur goreng tanpa minyak. Tukar-tukar dgn rolled oat plus susu farm fresh dan buah. Boleh rujuk cara buat kat search taip overnight rolled oat azlina ina.
Gantikan gula dgn raw canes sugar ada juga 99 Speed Mart /stevia atau gula organic.
Ganti garam dengan rock salt dan atau himalaya garam bukit’.
Minuman tukar dari cafein kepada lemon + madu dan air suam.
Banyakkan minum air kosong.
Nasi makan dari beras biasa, minyak pun biasa.
Makan ikan biasa, kembung pun boleh
Mudah kan! Siapa kata diet susah? Asal kan sabar, bukan hari ni diet esok nak kurus. Kalau dah gemuk 20 tahun takkan boleh kurus 2 hari. Podah!
Kalau di rumah ada banyak pokok rambutan dan hasilnya makan tak habis, boleh gunakan untuk buat jeli rambutan pula. Jika selalu makan jeli kelapa jika cuba guna buah ini pula.
Cara membuat jeli rambutan ini pun ringkas dan untuk tambah keenakannya boleh letak hirisan buah yang segar. Sedap dinikmati selepas disejukkan dalam peti ais. Makan waktu cuaca panas memang sesuai sangat.
Cara buat jeli rambutan
Bahan-bahan
1 kg buah rambutan – dikupas, dibuang biji
20 biji buah rambutan – ambil isi dan hiris panjang
20 gm agar-agar
10 cawan air(kalau suka lembut tambah air)
10 sudu gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
3 helai daun pandan
Cara membuat
1. Rebus rambutan yang dibuang biji dengan 10 cawan air. Masak dengan api sederhana dalam 20 minit
2. Kemudian keluarkan rambutan, sebaiknya jangan dibuang kerana boleh dibuat pajeri atau gulai atau masak lemak cili padi.
3. Masuk daun pandan dan agar dalam air rebusan rambutan tadi. Bila agar agar sudah hancur masuk kan gula.
4. Selepas mendidik lagi sekali, tutup api. Tapis dan terus tuang dalam cawan.
5. Masukkan hirisan buah rambutan ke dalam cawan tadi.
Biasanya kalau tanam serai tak kira di kawasan khas atau dalam pasu, kita akan ambil dua tiga batang serai kemudian terus tanam.
Cara sebegini agak merugikan kerana keseluruhan serai ditanam dan tak boleh digunakan untuk memasak.
Ha…sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menanam serai. 3 langkah saja, dari sebatang serai boleh dibuat masak dan juga untuk ditanam. Berbaloikan!
1. Ambil serai dan potong bahagian bawah (gambar) kemudian rendam dalam sedikit air. Bahagian atas bolehlah digunakan untuk memasak.
2. Bahagian bawah yang dipotong dan direndam itu akan tumbuh akar baru (seperti dalam gambar) dalam masa dua atau tiga hari.
3. Bila pucuk tumbuh bolehlah terus ditanam dalam pasu atau di halaman rumah. Dalam pada itu mengikut panduan, serai yang baru ditanam perlu disiram sehari sekali, selama tujuh hari selepas ditanam.
Bangle emas memang cantik dan nampak eksklusif. Sekali sarung di pergelangan tangan, penampilan pun terus naik seri. Tapi sebaiknya jangan terus beli tanpa fikir...