Pandemik Covid 19 memang banyak memberi impak pada kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika ini. Ramai yang dipotong gaji, elaun, terpaksa bekerja dari rumah malah ramai juga yang diberhentikan terus.
Pada masa yang sama kita tetap juga harus membayar komitmen yang telah dibuat kerana ia satu keperluan seperti pinjaman kereta. Tapi bagaimana pula kalau masih tidak bekerja dan tidak mampu membayar hutang kereta kepada pihak bank.
Apa yang perlu kita lakukan. Perkongsian dari perunding kewangan dan hartanah Azizul Azli Ahmad boleh dijadikan panduan.
Tip bila gagal bayar pinjaman kereta
Kereta masih mendahului carta sebagai 36% punca terbesar golongan muda muflis. Bila kita mula tak mampu bayar hutang kereta, sebab diberhentikan kerja akibat pandemik Covid 19 atau sebab lain jangan lakukan ini :
1. Menyerahkan kepada pihak ke-3 untuk sambung bayar/ skim sewa.
Ads
2. Sembunyikan daripada pihak bank elak kenderaan ditarik.
3. Menjual komponen kenderaan dan sebagainya.
4. Balik kampung, simpan kereta di rumah Tok Long.
5. Report kereta hilang atau kena curi.
Ads
Buat perkara ini!
Jika dah masuk bulan ke tiga tak mampu bayar. Bawa kereta dan serahkan kunci pada bank. Bank akan beri tempoh 21 hari untuk kita tuntut kembali. Cari duit, jual tudung, jual emas yang ada dan tuntut kembali.
Jika gagal, bank akan mulakan lelongan kereta kita. Jika berjaya bida lebih dari baki hutang. Bank akan bagi baki yang ada.
Ads
Pihak bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya:
Finance sudah melebihi 75% kecuali dengan surat dari mahkamah.
Kereta anda berada di kawasan kediaman berpagar.
Pada hari cuti umum.
Selepas jam 9 malam.
Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
Mangsa juga boleh buat laporan polis jika ada unsur kekerasan dan ugutan dari agen tarik kereta.
Sekarang musim durian, harga pun dah semakin murah. Tapi durian jenis Musang King atau Mao Shan Wang harganya tetap juga mahal.
Sebiji boleh mencecah RM100 malah lebih pada bukan musim. Walau begitu peminatnya tetap ada dan sanggup membelinya.
Disebabkan harga yang mahal maka sebelum membeli wajiblah tahu ciri durian Musang King ini. Takut nanti tertipu. Terutama bagi yang baru nak rasa dan belum mahir tentang ciri durian jenis ini.
1. Duri bentuk piramid
Durian Musang King mempunyai duri yang berbentuk piramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.
2. Bentuk buah bujur
Durian Musang King biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi ( ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Pernah nampak buah pinggang? macam tu la bentuknya.
3. Tapak sulaiman
Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.
4. Tidak berduri di pangkal
Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.
5. Warna isi kuning kunyit
Isinya berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya senang ditanggalkan.
Biasanya bila beli mi kuning atau kuetiau kita akan terus masak semuanya. Sebab kalau guna separuh dan simpan baki dalam peti sejuk, mi akan kering dan patah-patah bila di masak. Sudahnya hasil mi atau kuetiau goreng jadi tak cantik.
Kalau letak di luar pula takut berkulat. Jadi masalah pulak nak masak dalam kuantiti sedikit.
Sebenarnya untuk menyimpan kedua jenis mi ini dalam peti ais ada caranya. Barulah mi kuning dan kuetiau tak kering dan patah bila dimasak. Caranya boleh ikut perkongsian daripada Reen.
Cara simpan mi kuning dan kuetiau dalam peti ais
Selepas beli, jika terus disimpan dalam peti sejuk mi atai kuetiau akan patah-patah semasa nak basuh kan. Susah nak dileraikan.
Saya share cara simpan mi kuning dan kuew teow supaya tahan lebih lama dan cantik bila nak masak.
1. Keluarkan mi atau kuetiau dari bungkusan, jangan basuh. Leraikan dan letak dalam bekas yang kering dan bertutup.
2. Letak minyak masak, sebatikan minyak dengan mi atau kuetiau dalam bekas tersebut.
3. Simpan bekas berisi mi dan kuetiau dalam peti sejuk.
Sebelum masak mi, basuh terlebih dahulu untuk buang minyak. Mi dan kuetiau tidak akan keras dan patas bila dimasak jika disimpan cara ini.
Baru saja lap semalam hari ni, esoknya habuk dah bertepek semula pada kabinet, rak, meja, perabot dan peralatan dalam rumah. Takkanlah nak lap hari-hari. Tambah pula sekarang cuaca berjerebu lagilah banyak debu yang masuk dalam rumah.
Kaedah elak habuk melekat dalam rumah
Antara sousi yang boleh dilakukan untuk kurangkan habuk dalam rumah adalah dengan menggunakan bancuhan cecair pelembut pakaian.
Tak perlu tambah apa-apa bahan lain hanya cecair ini saja bersama air paip. Bancuhan dua bahan ini saja sudah cukup untuk mengurangkan habuk hinggap pada perkakas dalam rumah. Jadi takdelah selalu sangat kena lap.
Kaedah ini dipraktikkan oleh wawadels dan dikongsi oleh beliau. Ujarnya sejak menggunakan cara yang dipelajari dari kakak beliau habuk kurang melekat di dalam rumah.
1. Caranya cuma sediakan 1 penutup cecair pelembut pakaian dan juga 1 liter air. 2. Kemudian campurkan kedua bahan in dalam botol spray.
3. Sembur pada perabut, meja, rak dan sebagainya untuk mengelakkan habuk melekat kemudian lap dan biar kering.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...