
Sekiranya bercucuk tanam di rumah sama ada pokok sayur dan buah, antara yang dibimbangi adalah serangan serangga perosak.
Antara serangan biasa pada tanaman adalah kumbang, belalang, kulat putih, teritip, kutu daun, ulat bulu dan koya. Boleh habis tanaman dikerjakan oleh serangga ini.
Jalan mudah boleh saja guna racun serangga berasas bahan kimia tapi penggunaan memberi kesan yang tak elok pada manusia sendiri. Sebab itu jika tanam sayur dan buah sebaiknya kita hasilkan sendiri racun serangga organik. Lebih selamat untuk kita.
Caranya mudah dan bahan membuatnya semua ada di rumah. Panduannya dikongsi oleh Dymaz Agro.
Bahan-bahan:
1 liter air
1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh
4-6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara-cara:
1. Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun dalam 1 liter air.
2. Masuk sekali bawang putih yang ditumbuk tadi dan masukkan ke dalam larutan tadi. Kacau dan tapis.
Cara penggunaan:
- Gunakan sebagai air semburan dengan mencampurkan 1 bahagian larutan air tadi dengan 4 bahagian air.
- Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan 2-3 biji cili api yang telah ditumbuk atau dihancurkan ke dalam bancuhan semburan.
- Manakala serangan serangga jenis menghisap, campurkan beberapa halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit.
Sumber: Dymaz Agro
Fot
Sebelum Beri Kawan Atau Saudara Pinjam Duit, Pastikan Buat Surat Perjanjian Hutang Macam Ni

Ramai yang selalu berdepan dengan situasi serba salah bila kawan-kawan atau saudara mara nak pinjam duit.
Ya lah kita sendiri mungkin pernah ada pengalaman dah beri pinjam tapi tak bayar. Bila minta buat tak tahu atau cakap takde duit. Sudahnya kita yang beri pinjam duit ni pulak kena buat tebal muka minta duit sendiri. Supata kejadian hutang tak berbayar ini tak berulang atau tak terjadi seeloknya kita buat surat perjanjian. Biar ada hitam dan putih supaya boleh ambil tindakan sewajarnya bila peminjam tak bayar.
Peguam Nor Zabetha memberi panduan kepada kita macam mana nak buat surat perjanjian pinjaman wang ini. Berikut perkongsian beliau:
Cara buat surat perjanjian hutang
Apa isi kandungan Surat Perjanjian pinjaman wang sekirannya hendak buat sendiri?- Jom share.
Kalau pinjamkan pada kawan, kekasih, adik beradik, sepupu sepapat, perlu ada bukti hitam putih. Nanti nak tuntut balik tak boleh maka meleburlah hutang RM5,000 atau RM10,000 atau RM15,000. Apa pun tak dapat!
Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.
Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tulis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:-
1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.
2. Perlu ada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.
Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.
3. Nyatakan jumlah pinjaman. Contoh:
Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.
4. Cara bayaran bagaimana? Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?
JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
5. Masukkan terma pengingkaran. Contoh: Sekiranya peminjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
6. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.
6. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.
TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam.
Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang.
Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.
Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Sila share, untuk pengetahuan bersama supaya tidak menjadi PEMBERI PINJAM YANG TERANIAYA.
Sumber: Nor Zabetha
5 Kategori Perut Buncit Selalu Dialami Wanita, Awas Mungkin Tanda Penyakit!

Isi Kandungan
Toggle
Ramai tak tahu buncit jenis ini. Perut menonjol dari bahagian bawah bawah payu dara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut. Penyebab masalah ini adalah tres.
Selain hamil, bila lihat perut menonjol semua akan melabelkannya sebagai buncit. Tapi ramai yang tak tahu bahawa perut buncit wanita ini ada kategorinya dengan penyebab yang mungkin berbeza. Malah ada juga yang sebenarnya menandakan penyakit. Itulah sebabnya perlu tahu kita kategori mana.
Lima jenis masalah perut buncit ini selalu dialami wanita, cuba perhatikan mana tahu kena dengan keadaan perut anda.
Perut Pir
Individu ini miliki pinggang yang ramping, tapi bahagian perut bawah lebih besar selain ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga punya lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha. Ia akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.
Sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon. Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila balig selain turut mencipta punggung dan paha yang bulat, serta menyediakan lemak sewaktu hamil.
Jika sel-sel lemak di bahagian ini, yang sensitif untuk hormon wanita, dihasilkan secara berlebihan, berat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan bentuk tubuh seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.
Perut Ibu
Tiga bulan atau lebih selepas bersalin perut anda kelihatan seperti masih hamil. Bahagian perut kendur, tiada bentuk dan ada yang menggeleber. Perut yang tidak rata selepas bersalin terjadi kerana sewaktu hamil dan melahirkan, otot-otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikuti perkembangan bayi.
Setelah bersalin, kedua sisi otot seharus secara semula jadi bersatu. Jika ini tidak terjadi, perut akan kelihatan besar dan buncit. Sebahagian masalah ini akan diatasi sendiri selepas bersalin dan ada juga yang mengambil masa lima hingga tujuh bulan.
Perut Tiroid
Penyakit tiroid bukan hanya menyebabkan bahagian perut wanita saja membesar tapi bahagian tubuh lain juga akan kelihatan membengkak termasuk lengan dan kaki. Dapatkan pemeriksaan bila melihat perut dan bahagian tubuh lain anda dalam keadaan begini.
Penyebabnya adalah kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher yang menghasilkan satu hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Tanda-tanda tiroid yang harus diawasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat.
Perut Stres
Bila stres dan tiada aktiviti fizikal dilakukan semua lebihan energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadi, ia hanya akan disimpan kembali sebagai lemak.
Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.
Perut Kembung
Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan mereka tak berubah.
Satu dari penyebab utamanya adalah angin. Ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.
Namun, jika bakteri usus mengalami kesukaran menghancurkan makanan tertentu, ia akan melakukan fermentasi, menghasilkan lebih banyak gas yang akhirnya mendorong dinding perut menonjol ke arah luar.
Untuk mengatasi masalah ini, hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan. Selain itu menelan terlalu banyak udara, seperti ketika mengunyah gula-gula getah atau minum melalui straw juga dapat menyebabkan kembung.
Ok, sekarang perhatikan perut masing-masing. Tengok anda jenis yang mana.
Cara Buat Dalgona Coffee Yang Sedang Trending Sekarang!

Selain Covic 19 yang sedang trending, di page masakan lain pula. Trending sekarang adalah Dalgona Coffee.
Sempena perintah kawalan pergerakan ketika ini ramai yang cuba membuat Dalgona Coffee yang katanya berasal dari Korea dan memuat naik di media sosial.
Salah seorangnya adalah Aishah Rosli Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian ini.
Cara buat Dalgona Coffee
Sempena perintah larangan pergerakan ni, kita duduk rumah explore benda baru. Jangan nak bebal keluar rumah
Jom buat Dalgona coffee yang viral ni. Sedap minum air sejuk panas panas ni. Tambahan air ni tak manis.
Bahan-bahan:
1-2 sudu Nescafe/coffee (mana mana pun boleh)
1 sudu gula 1 sudu (ikut cita rasa) t
Air panas sikit
Susu segar
Ais (jika suka)
Cara membuat (video):
- Whisk guna garfu sampai kembang. Macam nak buat meringue tu. Kalau nak cepat, guna je mixer.
- Kemudian masukkan ais dalam gelas, tuang susu segar.
- Kemudian letak coffee yg dah kembang atas sekali (buat macam topping)
- Siap!. Kacau dulu then minum!
- Topping ini boleh buat 2-3 gelas tau. Bukan 1 gelas letak semua topping tu.
(Boleh kurangkan nescafe dan tambah gula ikut citarasa. Saya suka pahit pahit. So letak sikit je gula).