Basuh baju putih sekali dengan baju warna lain, sekali bila angkat baju putih dah tercalit dengan warna lain. Kena pulak pada baju kesayangan, memang frust kan.
Kalau terkena situasi begini waktu basuh pakaian jangan bimbang, ada cara untuk pastikan warna yang terkena pada baju putih itu hilang.
Caranya tak perlu beli produk pencuci pun, cuma guna limau nipis. Cara ini dikongsi oleh Chef Pejo yang menurut beliau kaedah ini diperoleh dari orang-orang tua.
Tip kalau baju putih kena kain luntur warna
Mesti ada dalam ni yang pernah basuh baju warna campur sekali dengan baju putih. Lepas basuh, tengok-tengok baju warna tu turun warna menyebabkan baju putih jadi ada kesan warna lain.
Ads
Ini ada tip yang tak seberapa untuk memastikan baju putih itu kembali putih. Senang saja caranya;
1. Panaskan air di dapur sehingga panas.
2. Campurkan 2-3 ulas limau nipis. Rendam baju yang terkena kesan warna. Kacau sehingga baju terjejas itu tadi kembali kepada warna asal.
Ads
Dapat tip ini pun dari orang-orang lama. Kalau rasa berguna boleh share. Tak perlu bayar pun.
Ini bukan persiapan beli baju atau sediakan duit untuk bayar yuran yang selalu bermain dalam fikiran tapi aspek lain yang sebenarnya selalu ibu bapa lupa atau abaikan.
Contohnya macam ajar anak buka dan pakai tali pinggang, nampak remeh tapi kesannya besar juga. Menurut perkongsian guru tahun satu Mohd Fadli Salleh gara-gara tak pandai buka tali pinggang ramai murid yang terberak dalam seluar.
Lucu tapi inilah kenyataannya. Selain itu ada lagi sembilan persediaan lain yang menurutnya ibu bapa dengan anak masuk darjah satu tahun depan kena buat. Penting kerana kata cikgu ini, darjah satu tahun depan lebih mencabar.
1) Pastikan anak kenal huruf
Boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai. Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah
Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik. Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah. Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
3) Ajar anak kenali wang
Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.
Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.
Fakta: Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah
Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.
Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat, ” Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.” Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri
Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia. Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.
Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat
Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang. Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.
Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8) Ajar anak susun jadual ikut hari
Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat. Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!
Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku.
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.
9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera
Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda. Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.
Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu. Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?
10) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT
BERHENTI MERUNGUT! Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.
Kalau setiap hari memandu kereta, ilmu tentang penjagaan kenderaan ini haruslah kita tahu. Salah satunya adalah berkenaan dengan tayar kereta. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan jalur atau bunga pada tayar ini. Bila dah semakin kurang maka tayar hendaklah ditukar demi keselamatan.
Sebabnya apabila kedalaman bunga pada tayar kurang, maka ia juga secara tidak langsung akan menyebabkan fungsi tayar berkurangan. Ini bermakna, keupayaan ia untuk menyingkirkan air dan cengkaman berkurangan dan jarak membrek juga akan meningkat.
Dikongsi oleh seorang mekanik berpengalaman Mohd Khairulrizal Ramli atau dikenali sebagai Abang Comot melalui akaun TikTok, beliau menurunkan cara paling mudah untuk menentukan keadaan tayar kereta masih elok dan boleh digunakan atau sudah perlu ditukar.
1. Lihat tayar dan cari lambang segi tiga.
2. Letak duit syiling dalam jalur di tengah tayar secara menegak.
3. Perhatikan jika tulisan ‘Malaysia’ tenggelam atau tidak. Jika perkataan “Malaysia’ tidak nampak atau tenggelam bermakna tayar kereta masih dalam keadaan baik.
Namun jika perkataan ‘Malaysia’ sudah dapat dilihat maka sebaiknya tayar kereta ditukar kerana kedalaman jalur sudah berkurang atau dalam bahasa mudah tayar sudah botak.
Skrin tv pecah gara-gara anak baling permainan memang kejadian biasa bila ada anak kecil di rumah.
Ada yang baru saja beli TV baru tapi dah pecah dan ada juga terpaksa beli tv baru beberapa kali kerana perkara yang sama.
Bukan saja buat ibu bapa geram tapi juga kerugian. Supaya tak berlaku lagi situasi skrin tv retak di rumah boleh gunakan solusi yang dicadangkan oleh Noorul Hidayah yang menggunakan screen protector acrylic.
Siapa kat sini ada anak kecil dan tv selalu rosak kena baling dengan toys?
Saya salah seorang dari mangsa. Bukan je anak kuat baling toys, tapi hentak dengan cawan, kena baling bola, tepuk tv sampi bergegar.
Lepas tu saya jumpa idea untuk letak screen protector tv jenis acrylic ni. Setakat ini dah tak risau dah anak baling toys, hentak sebab alat ini protect tv (klik SINI untuk beli).
Pelindung tv ini boleh dipotong ikut saiz tv dan ada gam disediakan untuk sambung pada bahagian penyangkut.
Ada tiga penyangkut disediakan, memang kukuh.
Screen protector ini saya dah pakai hampir setahun. Setakat ini tiada calar walaupun anak ketuk.
Bagi yang nak beli, boleh klik SINI untuk link Shopee. Harga screen protector ini ikut saiz skrin tv kita dalam RM70-RM210.
Saya share apa yg saya pakai untuk kebaikan parents semua. Apa yang penting, anak selamat, tv selamat, duit pun tak melayang.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...