Kebanyakan kaum wanita memang suka kumpul bekas makanan dan minuman. Salah satunya dah tentu jenama ini. Kalau dah beli ia selalunya jadi koleksi kesayangan bertahun-tahun lamanya. Awas kalau ada yang pakai wajib pulang balik tak kira apa cara.

Cuma biasalah bila dah lama guna bekas minuman atau makanan jenis  ini pun boleh rosak, retak, atau bekas penutup koyak. Tapi jangan sesekali buang.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga masih ramai tak tahu, bekas Tupperware yang rosak, reput dan sebagainya boleh kita tukar ganti yang baru.

Tupperware rosak jangan buang, boleh tukar ganti

Kalau Ada Bekas Tupperware Retak, Reput Atau Rosak Begini Jangan Buang. Boleh Tukar Ganti!

Menurut perkongsian Wan Rosni dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau, bekas Tupperware yang rosak ini boleh dibawa ke mana-mana stokis untuk jaminan tukar ganti.

Ini kerana semua bekas jenama ini tertakluk dalam Life Time Guarantee. Ia dijamin mampu berfungsi sepenuhnya untuk sepanjang hayat produk apabila digunakan bagi tujuan domestik yang biasa.

Mana-mana produk Tupperware atau bahagiannya yang menunjukkan sebarang kecacatan perkilangan apabila digunakan bagi tujuan domestik yang biasa tanpa sebarang caj.

Kalau Ada Bekas Tupperware Retak, Reput Atau Rosak Begini Jangan Buang. Boleh Tukar Ganti!

Beliau yang juga Elite Presidential Director di Tupperware Brands Malaysia turut memberikan contoh-contoh item yang boleh claim dan tidak boleh di bawah Life Time Warranty.

Boleh claim:

1. Reput sebab peredaran masa
2. Terkoyak seperti penutup bekas
3. Retak/Rekah (crack)
4. Menggeleding (warping)
5. Menggelupas (peeling)
6. Menyerpih (chipping)

Kalau Ada Bekas Tupperware Retak, Reput Atau Rosak Begini Jangan Buang. Boleh Tukar Ganti!

Tak boleh claim :

1. Kotor
2. Gigitan
3. Cair
4. Kecuaian
5. Perubahan warna
6. Calar (Scratch)
7. Kesan Potong (cuts)
8. Leaking (yang berkenaan paip)
9. Cetakan (printed)
10. Tali (straps)
11. Sarung (pouches)

Kalau Ada Bekas Tupperware Retak, Reput Atau Rosak Begini Jangan Buang. Boleh Tukar Ganti!

INFO

Selain itu:  Elak Mati Mengejut, Dr Zubaidi Bagi Panduan Pemakanan Selepas Usia Masuk 40-an

Dalam pada itu sekiranya stok bahagian atau produk gantian sudah tiada, Tupperware akan memberi bahagian produk alternatif dalam warna yang terkini, yang menawarkan fungsi dan nilai yang sama dengan atau produk asal.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Wan Rosni

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI