Kebelakangan ini ramai yang merungut dengan bil elektrik yang tinggi. Ada yang naik sekali ganda dari biasa.
Salah satu cara kita untuk penjimatan dah tentulah mengurangkan penggunaaan alat elektrik tapi berapa sangatlah yang dapat dijimatkan terutama waktu cuaca panas ini.
Namun begitu kalau bil elektrik dah mencecah sampai RM500 setiap bulan ada baiknya pertimbangkan penggunakan sistem solar panel di rumah. Harganya mungkin besar tapi dalam jangka masa panjang memang menjimatkan kos.
Dikongsi oleh Peter Wong ini pengalaman beliau menggunakan solar panel yang mungkin jadi rujukan dan pengetahuan kita.
Sharing pengalaman guna solar panel
Sekadar sharing pengalaman pakai Solar panel saya. Saya pakai solar 10 panels. 8 menghala ke timur, 2 menghala ke barat. Panels top tier 1 jenama Qcells dan Inverter Hoymiles. Kos beli solar RM 20,000 untuk saiz 4.7kwp. Setiap bulan boleh potong bil letrik lebih kurang.
Ads
Kalau harga letrik tetap sama, agak-agak dalam 6 tahun dapat balik modal. Kalau harga letrik meningkat lepas ni, boleh dapat balik modal lebih awal.
Solar tu saya bayar ansuran 36 bulan. Downpayment dah bayar RM5500. Baki RM14,500 bahagi 36 bulan 0% interest. Setiap bulan bayar RM402.77. Tapi bil letrik sudah kurang RM280 setiap bulan.
Kadang kala bil boleh sampai negatif
Kontra balik dengan bil solar jadi setiap bulan cuma bayar RM100+ untuk letrik. Itu pun 3 tahun je. Lepas 3 tahun tak payah bayar apa-apa langsung. Cuma menikmati elektrik percuma RM280 setiap bulan. Kadang kala bil boleh sampai negatif pasal penggunaan kurang dari RM280 pada bulan tersebut.
Bagi saya rasa sangat berbaloi beli solar. Warranty inverter 10 tahun. Warranty solar panel 25 tahun.
Ads
Syor kalau rumah bil elektrik RM250 ke atas
Saya syorkan kepada sesiapa yang duduk rumah taman/kampung yang guna letrik sekurangnya RM250 ke atas. Kalau bil letrik cuma RM100-RM200 macam tak berbaloi pasal kena tunggu masa lama untuk dapat balik modal pemasangan solar.
Setiap 6 bulan sekali saya naik atas bumbung (saya ada cara naik ke bumbung melalui airwell) bawa paip air dan extendable pole dengan sponge untuk lap permukaan solar panel. Pakai air dan sabun pinggan saja.
INFO
Setiap tahun kos untuk pemasangan solar kian menurun dan terkini saya nampak ada pakej pemasangan saiz lebih kurang sama dengan saya cuma harga RM18k!! ROI lebih cepat dan harga pemasangan lebih rendah dari saya!
Ads
INFO TAMBAHAN
Tiada bateri maintenance diperlukan. Saya ingin menambah info ini kerana kerap dapat soalan bertanya tentang maintenance bateri. Saya pakai sistem on-grid dengan TNB.
Jadi semua elektrik dijana akan dibeli oleh TNB pada kadar 1 untuk 1. E.g. jika TNB caj RM0.516 setiap kWh, saya juga jual balik kepada TNB pada kadar Rm0.516. Di bawah program subsidi solar NEM 3.0, saya sudah sain kontrak dengan TNB dan TNB sudah lock-in untuk beli 100% elektrik yang dijana oleh solar panel saya selama 10 tahun.
Tengok buah mulberi yang merah bila ranum dan rasa yang manis membuatkan ramai yang cuba menanam sepokok dua tanaman ini di rumah. Tanam dalam pasu boleh boleh.
Tapi yang selalu jadi masalah, walau pokok mulberi dah besar ia tak juga berbuah. Jika pokok yang ditanam berdepan masalah ini boleh praktikkan teknik yang dikongsi Siti Saja bagi memastikan pokok mulberi berbuah lebat dan besar. Hasilnya macam ni.
1. Cara buat teknik lenturan
Lenturkan dahan dan ikat di pangkal pokok. Kalau nak cantik ikat satu-satu di keliling batang utama.
Dahan yang lebih halus selitkan sesama sendiri. Ikat sekiranya tak mahu terlucut.
2. Petua untuk lebat dan besarkan buah
Mula-mula luruhkan semua daun sampai pokok betul-betul ‘togel’ dan cantas semua pucuk. Ini untuk memaksa pokok berbuah.
Dalam masa lebih kurang seminggu dua akan muncul banyak tunas baru beserta putik-putik buah.
Setelah buah hampir masak luruhkan semua daun sekali lagi. Ini untuk memberi peluang buah membesar tanpa perlu bersaing dengan daun.
3. Untuk pembajaan, bubuh baja kopi
Rajinkan diri ‘top up’ tanah hitam di pangkal pokok. Saya gunakan tanah hitam dari tempat bakaran sampah je.
Api dapur gas warna oren akan membuatkan periuk atau kuali hitam setiap kali memasak. Bagi memastikan ini tidak berlaku, ia perlu dibaiki agar apinya kembali berwarna biru. Sayang pula jika periuk dan kuali mahal berjelaga.
Cara untuk menukar api dapur gas dari oren ke biru ini juga mudah, boleh saja dilakukan oleh kaum wanita. Menerusi perkongsian oleh Sharina Othman beliau menunjukkan cara-caranya.
Api oren boleh rosakkan periuk.
Api dapur gas oren tukar jadi warna biru, ini caranya
1. Terbalikkan dapur gas dan cari alat di dalam gambar. Sebelum itu pastikan gas ditutup dan barang-barang di atas dapur dialihkan.
Cari alat ini
2. Pusing alat tersebut hingga tidak menutup lubang itu (anak panah).
Pusing hingga tidak menutupi lubang.
3. Hasilnya, api akan bertukar menjadi biru, jimat tak perlu membeli dapur gas baru.
Hasilnya.
Tip untuk dapur gas kaca:
Untuk dapur gas jenis kaca.
Tip pilih dapur gas
Sebaiknya, pilih tungku yang diperbuat dari tembaga. Tungku yang diperbuat dari tembaga lebih mudah diselenggara dan dibersihkan terutamanya apabila api mula mengecil atau tungku tersumbat. Tambahan, tungku tembaga tidak mudah berkarat. Tapi zaman sekarang memang agak sukar untuk mendapatkan tungku yang diperbuat dari tembaga. Jadi, sebaiknya cari tungku yang menggunkan material tahan karat dan padu.
Saiz dan jumlah lubang pada tungku juga memainkan peranan yang penting. Jika saiz tungku besar dan mempunyai lubang yang banyak, ia bukan sekadar mempercepatkan waktu memasak malah haba dapat diagih secara rata. Jika tungkunya kecil dan lubang api tak banyak, perkara sebaliknya yang akan berlaku.
Kalau nak pastikan kediaman berbau harum kita biasanya akan beli saja pewangi kediaman. Beli sebotol kadang-kadang tak sampai sebulan dah habis kalau kerap menggunakannya.
Sebagai langkah penjimatan, boleh saja DIY pewangi rumah mengikut perkongsian netizen @yatt_azml di twitter ini. Cuma guna dua bahan saja, satu rumah berbau harum.
Bahan-bahannya pula memang dah ada di rumah jadi kalau habis boleh saja buat semula.
Bahan-bahan
Botol semburan -saiz kecil
1 penutup botol softner atau pelembut pakaian
Sedikit cuka
Cara membuat:
Campur bahan ini dalam botol, boleh juga tambahkan air.
Kalau nak guna botol lebih besar tambahkan pelembut pakaian (apa juga jenama)
Semburlah pada langsir, sofa atau karpet.
Selain itu ia juga berfungsi untuk kurangkan habuk melekat pada permukaan seperti meja, kipas dan tingkap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...