Tengok jeruk betik ini pun dah boleh buat kita kecur air liur. Peminat jeruk memang macam ni.

Kalau teringin dan ada betik di rumah boleh buat sendiri ikut cara yang dikongsi oleh chef terkenal, Chef Asma. Jeruk betik ini tak gunakan pengawet dan rangup, itu yang sedap.

Jika dah mahir,  boleh buat jualan, tambah duit poket. Bagi yang nak cuba ini cara membuatnya.

Buat sendiri jeruk betik rangup tanpa pengawet

Kalau Suka Makan Jeruk Betik Boleh Buat Sendiri Ikut Cara Chef Asma Ini. Tanpa Pengawet & Rangup Krup Krap!

Bahan-bahan

3 – 4 biji betik mangkal- betik yang keras bukan yang dah masak
3 sudu besar kapur makan
1 cawan cuka
1 cawan gula pasir kasar
5 sudu kecil garam halus
15 biji asam boi putih
20 biji cili padi – ( 10 biji di hiris, 10 biji tak perlu hiris) – boleh kurangkan jika tak suka pedas

Kalau Suka Makan Jeruk Betik Boleh Buat Sendiri Ikut Cara Chef Asma Ini. Tanpa Pengawet & Rangup Krup Krap!

IKLAN
Cara membuat

1.Kupas kulit buah betik nipis sahaja. Kemudian potong seperti dalam gambar di atas. Tebal lebih kurang setengah sentimeter, jangan nipis dan jangan tebal sangat.

2. Rendam dengan air paras buah betik sahaja. Masukkan kapur makan, ramas sikit kapur supaya hancur. Rendam selama 1 – 2 jam.

Kalau Suka Makan Jeruk Betik Boleh Buat Sendiri Ikut Cara Chef Asma Ini. Tanpa Pengawet & Rangup Krup Krap!

IKLAN

3.Selepas rendam, tos hingga kering bagi kering.

4. Masukkan betik ke dalam bekas, satukan dengan cuka, gula, garam, asam boi & cili padi.

Kalau Suka Makan Jeruk Betik Boleh Buat Sendiri Ikut Cara Chef Asma Ini. Tanpa Pengawet & Rangup Krup Krap!

IKLAN

5. Pakai sarung tangan, gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam chiller.

6. Simpan semalaman, enak dimakan sejuk. Simpan di luar pun ok.

Kalau Suka Makan Jeruk Betik Boleh Buat Sendiri Ikut Cara Chef Asma Ini. Tanpa Pengawet & Rangup Krup Krap!

TIP
  • Wajib rendam dengan air kapur supaya betik rangup & pejal.
  • Pastikan jangan letak air, semasa gaul jeruk betik. Cukup dengan cuka dan gula, ini kerana gula dan betik itu akan berair. Kalau tambah air, jeruk tak boleh tahan lama dan akan menghasilkan buih.
  • Kalau nak buat jualan, kira sendiri kos, betik murah shj tapi bila jadi jeruk memang dijual mahal. Sedap… krup krap…
Selain itu:  Tip Bersihkan Karpet Guna Garam, Hasilnya Macam Karpet Baru! Bau Pun Segar

Selamat mencuba.

Sumber: Chef Asma.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI