Rumah yang laman ada tanam pokok petunia ini memang akan berseri. Sebab itu ramai yang cuba tanam. Cuma masalahnya pokok bunga ini senang layu.
Bagi yang ada menanam petunia dan berdepan masalah yang sama boleh jadi penjagaan yang dilakukan kurang tepat. Ini tip penjagaan yang betul untuk pokok bunga petunia, perkongsian Kebun2u.
Kenapa petunia asyik layu, ini sebab yang perlu anda tahu
Lalu lalang rumah kak Senah merimbun sungguh bunga petunia. Berseri-seri sungguh. Sedap mata memandang. Sungguh memukau.
Petunia sebenarnya adalah salah satu tanaman gantung yang paling popular dan banyak diminati oleh pencinta bunga-bungaan. Sebelum itu, jom kita semak semula apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas dalam penjagaan pokok kesayangan ini.
Berikut adalah beberapa tip penjagaan penanaman pokok bunga petunia.
Ads
Foto Nurseri Klang
1. Memerlukan cahaya matahari penuh
Pokok bunga petunia memerlukan cahaya matahari 80%-100% untuk menghasilkan bunga yang banyak. Kalau diletakkan bergantungan di gajaj kereta, pastikan terkena dengan cahaya matahari. Jika tidak, alamat tidak berbunga lah dia
2. Penyiraman yang tidak berlebihan
Pokok bunga petunia tidak suka di siram terlalu kerap/banyak kerana akan menyebabkan akar pokok berkulat. Sebaiknya, waktu penyiraman pada sebelah pagi dan di kawasan pangkalnya. Siraman pada sebelah petang / malam tidak digalakkan kerana akan menyebabkan akar menjadi masam dan busuk.
3. Sekiranya beli di nurseri
Periksa pokok dan tukar medium / tanah jika perlu. Pokok bunga petunia yang ada di nurseri selalunya telah lama dan mempunyai akar yang penuh di dalam pasu.
Berkemungkinan, tanah pun telah habis nutrisi nya. Sebaiknya, tukar medium dan campurkan sedikit baja organik agar pokok bunga dapat menghasilkan bunga serentak.
Ads
4. Pemangkasan
Untuk menghasilkan pokok petunia yang berjurai-jurai, pokok petunia perlulah dipangkas bahagian pucuknya bagi setiap 10 cm ke bawah bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang berjurai kebawah.
Tips penjagaan supaya petunia sentiasa berbunga
Buang daun dan bunga yang layu
Pokok bunga petunia sangat manja dan sentiasa di belek. Setiap minggu perlu membuang / petik daun bunga yang layu. Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan pokok menghasilkan biji benih.
Petunia yang layu jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok kurang berbunga kerana ia akan menutup permukaan daun dan boleh menyebabkan daun rosak dan menyebabkan semua daun mati.
Ads
Pembajaan
Pokok bunga petunia sama seperti pokok bunga lain. Pokok perlu dibaja seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang optimum.Gunakan baja organik kerana tidak mengakibatkan lecur pada pokok danmampu memberikan nutrien lengkap untuk pertumbuhan pokok bunga.
Hujan
Pokok petunia tidak sukakan air hujan yang berlebihan, bunga yang terkena air hujan akan rosak dan juga melepuhkan keseluruhan daun.
Tinggal di luar negara tempoh berpuasanya cukup panjang tak sama macam di Malaysia. Hampir 19 jam dia perlu menahan lapar dan dahaga. Pada masa yang sama hamil pula. Tapi wanita ini tiada masalah untuk meneruskan ibadah itu.
Ini pengalaman Nana Ruzanna satu ketika dulu. Amalan untuk dia kekal bertenaga adalah minum susu kurma yang dibuat sendiri.
Menurutnya walaupun tidak makan nasi waktu sahur tapi amalan makan makanan sunnah ini membuatkan perutnya kenyang sepanjang hari malah tak letih.
Dia turut berkongsi langkah membuat susu kurma homemade yang jadi amalannya sejak 3 hari berpuasa. Menurutnya minuman ini juga elok diminum bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa.
Ini adalah perkongsian beliau yang tentunya berguna sebagai persediaan puasa nanti.
19 jam puasa, pregnant pula tapi tiada masalah
Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa.
Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yg terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.
Kita cuma perlukan 3 bahan saja
5 buji kurma
Air masak setengah cawan
Susu segar satu cawan
Jumlah kurma ikut citasa tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut sunnah nabi.
Cara membuat susu kurma homemade
1. Kurma dibuang biji dan isinya dicarik-carik.
Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7 pm dan makan masa sahur dalam pukul 2.30. Buat yang di Malaysia sebelum tidur boleh rendam untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejab pun takpe asalkan kurma itu kembang.
2. Bila kurma dah kembang, kisar dengan secawan susu segar.
Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum. Jangan lupa selawat ke atas nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita.
Insya-Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa pun boleh amalkan.
Bagi yang memelihara anak bulus atau kucing, memang wajib ada stok makanan kucing. Kalau pelihara seekor dua mungkin tak jadi masalah nak beli. Kosnya mungkin taklah setinggi mana.
Tapi kalau banyak anak bulu di rumah, kita mungkin pertimbangkan buat sendiri makanan kucing atau wet food. Selain guna bahan berkhasiat ia juga menjimatkan.
Bahan-bahan
Sekilo ikan sardin atau lain-lain jenis ikan
2 batang lobak merah (potong kecil)
Secekak kecil bayam ataupun labu (ikut anggaran sendiri)
Agar-agar tali (setengah plastik utk sekilo ikan)
Cara membuat:
1. Rebus ikan smpai masak. Tak perlu siang, letak semua dalam kuali dgn air yg bersih. Kalau nak siang lebih elok sebab lagi bersih.
2. Selepas ikan sejuk, cabut kepala & buang tulang tengah ikan. Masukkan dalam pengisar bersama lobak dan bayam. Kisar hingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dalam kuali, masukkan sedikit air bersama agar-agar tadi. Kacau sampai agar-agar hancur. Kemudian tutup api.
4. Sejukkan kemudian masukkan dalam bekas. Boleh letak dalam peti ais tapi bukan simpan dalam freezer.
Selain berkhasiat, wetfood ini juga menjimatkan. Sekali makan tiga sudu saja.
Kalau makan nasi di restoren masak, mesti kita akan ambil kubis tumis atau kubis goreng ini jadi sebahagian lauk.
Warna kuningnya salah satu sebab buat kita terpanggil untuk kaut masuk pinggan. Selain itu kerangupannya kubis ini juga buat ia jadi tambah sedap.
Bagi yang teringin nak buat sendiri di rumah, boleh cuba ikut cara yang dikongsi oleh @Mayahkitchen.
Buat sendiri kubis tumis ‘Indian style’
Bahan-bahan
Kubis – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris nipis
Cili kering & cili api – dipotong
Segenggam daun kari
1 sudu kecil halba campur
1/2 sudu serbuk kunyit
Serbuk perasa
Daun ketumbar – dipotong
Cara membuat:
1.Panaskan minyak masak, masukkan 2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih yang dihiris nipis.
2. Tumis hinggga layu, kemudian masukkan lada kering dan cili api yang dipotong. Tumis hingga bahan layu, guna api sederhana.
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...