Terpesona tengok daun kesum jiran yang rimbun. Senang bila nak makan laksa, asam pedas, kerabu dalam lain-lain. Tapi bila kita cuba tanam atas tanah tak menjadi.
Hanya selepas guna cara di bawah ini barulah hidup subur pokok kesum.
Ads
1. Jika tanam dalam bekas sama ada botol atau tong pastikan bekas tidak ada lubang supaya air yang disiram tidak keluar dan tanah sentiasa lembap.
2. Kemudian masukkan tanah, boleh guna tanah yang ada di sekitar rumah atau kalau tiada, beli tanah topsoil warna merah.
3. Siram tanah dengan air, tak perlulah sampai tenggelam tanah tapi kena pastikan tanah lembap. Sama juga jika tanam di atas tanah. Pastikan tanah sentiasa lembap.
4. Ambil batang bahagian pucuk kesum dan cucuk pada tanah lembap tadi.
Ads
5. Peringkat awal, letak tempat teduh, selepas seminggu baru letak tempat yang panas.
6. Bila pokok kesum dah rimbun sikit barulah letak baja biji atau baja air.
Bila anak dari mula sesi sekolah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara online ramai ibu bapa yang pening kepala dengan grup chat kelas anak.
Kalau anak ada lebih dari dua orang memang pening. Semua info dari guru diberi di situ. Tambah lagi dengan grup kita kerja dan rakan-rakan.
Bagi memudahkan ibu bapa mencari dan melihat info dari grup chat sekolah apa kata buat pengurusan sikit. Buat folder khusus untuk grup chat persekolahan anak di WhatsApp dan juga Telegram.
Jadi bila tekan saja folder ini akan keluar grup chat berkaitan dengan sekolah saja. Takde lah kita terlepas pandang mesej dalam group dan nak cari apa apa maklumat pun senang.
Hari ini saya nak share cara buat Folder Chat di WhatsApp untuk peranti android supaya senang cikgu dan parents untuk manage group chat PDPR anak-anak.
Ini pula cara untuk buat folder grup chat sekolah anak di Telegram. Senang je nak buat.
Nak cuba tanam sayur, tapi nak cara mudah. Kalau boleh tak mahu selalu siram. Boleh saja! Guna teknik tanam dalam nutripot.
Caranya dikongsi oleh usahawan tani, Azuan Abdullah. Ikut saja langkah demi langkah di bawah ini.
Dalam banyak-banyak teknik tanam sawi di rumah, teknik ini yang paling mudah dan berkesan buat saya . Ianya dipanggil teknik nutripot buatan sendiri. Apa yang specialnya diy nutripot ni?
Melalui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil. Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Jimat masa, jimat baja dan jimat tenaga. Bestkan!
Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.
Ini bahan-bahan yang diperlukan;
1. Pasu 2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu. 3. Span 4. Cocopeat 5. Air baja AB
1. Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.
2. Pilih pasu yang ada lubang ya. Jika tak ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.
3. Masukkan pasu ke dalam tong. Ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.
4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.
5. Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.
6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.
Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.
7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium.
8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.
9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.
10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci.
Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS
11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut. Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5 Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8 Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0 Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5 ** Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”
12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.
13. Satu pasu ini dapat hampir 500 gram. Jika tak nak potong pokok pun boleh. Memadai kita ambil 2-3 helai setiap pokok. Cara macam ni, pokok boleh tahan lama. Alhamdulillah rasanya tak pahit dan sangat rapuh.
Kalau tak nak DIY pasu ini pun boleh. Beli terus pasu nutripot yang dah siap. Ada jual di Shopee.
Kalau dalam famili ramai yang suka makan ulam selom, eloklah belajar tanam sendiri.
Tak perlu susah cari pasu, jika di rumah ada kotak polesterin ini pun boleh tanam. Lagi merimbun! Caranya dikongsi oleh Ibrisam Wossali.
Saya kongsi cara tanam pokok selom dalam polisterin. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tanam pokok kesom. Sebab kedua jenis pokok ini suka pada keadaan tanah yang lembap dan berair.
Ini pokok yang ditanam pertengahan Mei lalu
Ini keadaannya pada 27 Jun lalu, merimbun
Saya mula beri baja pertama bila usia pokok selom sebulan. Saya beri baja kopi. Selang beberapa hari kemudian beri baja AB pula.
Selamat mencuba. Ini adalah cara saya. Orang lain ada caranya tersendiri. Yang paling penting pokok yang kita tanam hidup dan dapat merasa hasilnya.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...